SMK!3

133 15 11
                                    

Laila yang baru sedar dari pengsannya, dengan perasaan tertanya tanya dimanakah dia. Adakah dia sudah balik? Apakah yang terjadi pada dirinya semalam? Penuh tanda tanya didalam kepala Laila.

"Aku dekat mana ni?" Soal Laila.

"Ha dah bangun pun cik puteri kita ni!" Kata Hyeon dengan nada sindir.

"Macam mana aku ada dekat hospital? Apa jadi dekat aku?"

"Eh rileks la! Semalam kau pengsan."

"Ouh, habistu mana Muna?"

"Dia balikla. Aku jaga kau"

"Eh asal kau pulak jaga aku? Biarlah Muna jaga!."

"Eh kau tu bersyukur sikit ada orang nak jaga kau!" Kata Hyeon sambil menuding jari ke arah Laila.

"Haih apa apala mamat korea!"

"Kau nak apa apa tak? Aku nak pergi cafe ni."

"Apa fe?"

"CAFE la! Tula lain kali rajin korek telinga!"

"Eish! Taknak papelah!"

"Eleh merajuk pulak minah ni. Macam budak budak."

"Apa kau cakap tadi? Ni nak?" Tengking Laila sambil menunjukan buku limanya kepada Hyeon.

"Uuuu takut aku!" Sindir Hyeon.

"Geram aku dengan mamat nih!" Bengis Laila.

"Aku belikan kau bubur jela."

"Papela eih."

_______________

Nada dering telefon Fikry berbunyi. Lalu dia segera mengambil telefon bimbitnya itu.

"Ha Muna kenapa call?" Soal Fikry.

"Asalamuaalaikum Fikry."

Fikry menepuk dahi kerana lupa memberi salam.

"Err, waalaikumsalam. Awak nak apa ni?"

"Saya ingat nak melawat Laila harini. Awak boleh hantarkan saya tak? Saya tak pandaila bawa kereta." Kata Muna sambil tersengih sengih macam kerang busuk.

"Eh boleh je, saya pun nak pergi hospital" Kata Fikry.

"Okaylah, kalau macam tu saya siap siap sekarangla."

"Okay. Nanti saya call awak kalau saya dah sampai okay."

"Okay." Lalu dia menutup telefon bimbitnya dan bersiap siap.

____________

Pintu bilik yang dilekatkan dengan nombor 4317 diketuk.

"Izinkan saya masuk tuan puteri." Kata Hyeon.

"Masuk jela assistantku." Kata Laila sambil senyum macam fake gitu.

Faham tak senyum tu macam mana? Tak faham buat buat faham!.

"Bagi aku suap." Kata Hyeon dengan nada selamba.

"Eh tibe je mamat ni nak suap aku?! Dia minat aku ke? Eh apa kau fikir ni Laila! Syok sendiri ea?" Kata Laila didalam hatinya sambil menampar pipinya sendiri.

Lalu Hyeon mengambil sebuah kerusi dan melabuhkan punggungya di sebelah katil Laila.

"Bukakla mulut dulu."

"Bismillah mana bismillah?"

"Kau yang nak makan bacalah bismillah sendiri?! Takkanla aku nak bacakan?"

Suamiku Mat Korea!Where stories live. Discover now