Malam tiba~
Segala rancangan tentang penangkapan Jungkook telah dirancang dan diatur dengan teliti oleh tiga penyiasat tersebut
Anggota khas polis diarahkan untuk beraksi bersama menjalankan rancangan itu. Mereka semua bersiap sedia diluar kawasan rumah tersebut terlebih dahulu
Seketika kemudian, Jungkook yang sedang memandu keretanya memasuki perkarangan rumah nya. Jungkook turun lalu menjejakkan kakinya ke dalam rumah.
"Annyeong, omma!" Tegur Jungkook
"Nae, annyeong!" Balas Puan Jeon kemudian melihat jika anaknya sudah naik ke tingkat atas rumah tersebut.
Bukkk!
Kedengaran bunyi pintu ditutup. Dengan pantas Puan Jeon ke telefon rumah nya lalu menelefon Detektif Seo Yeon
"Detektif, Jungkook dh masuk ke dalam bilik dia" bisik Puan Jeon takut Jungkook terdengar perbualan mereka
"Baiklah, Puan tunggu sahaja di ruang tamu. Puan buka kan pintu-pintu yang telah kita bincangkan tadi" arah Seo Yeon. Puan Jeon akur dengan arahan tersebut
Seo Yeon menganggukkan kepalanya sambil melihat Jin dan Namjoon, menandakan line clear
Jin dan Namjoon memahami isyarat tersebut. "Alpha east! Eagle west! Phoenix north! Shark south! Move move move!" Arah Jin
Kesemua team memasuki kawasan rumah agam tersebut. Kesemua team tersebut dianggotai oleh 6 org. Ketua-ketua nya ialah :-
Alpha: Detektif Seo Yeon
Eagle: Koperal Jin
Phoenix: Detektif Namjoon
Shark: anggota polis yang lainMereka mengawal setiap penjuru rumah tersebut. "Alpha, eagle up! Phoenix, shark down!" Arah Jin
Mereka menaiki tangga ke tingkat atas dengan berhati-hati. Seo Yeon merupakan Alpha1. Seo Yeon berada di hadapan mereka semua
Seo Yeon mengangkat penumbuknya tanda berhenti. Dia melihat keadaan di sekitar bilik Jungkook. Clear!
Seo Yeon melambaikan tangganya ke depan menunjukkan team diarahkan untuk maju. Semua akur lalu mengepung pintu bilik, tangga, dan semua celahan tempat yang mampu untuk Jungkook melepaskan dirinya.
Seo Yeon memegang tombol pintu bilik Jungkook manakala Jin sudah bersiap sedia memacukan pistol nya ke arah pintu tersebut. Namjoon ditugaskan untuk mengawal bahagian bawah.
Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka laju oleh Seo Yeon.
"Angkat tangan!" Arah Jin sambil menghunuskan pistolnya ke arah Jungkook
YOU ARE READING
[✔] The Psychopath | 전정국
Fanfiction『 JEON JUNGKOOK FANFICTION 』 Wajahnya tampan, Suaranya lembut, Kelakuannya yang sangat gentleman, Boleh dikatakan ianya dapat memikat hati para wanita. Namun sayang, itu semua hanya lah lakonan semata-mata. Tiada simpati, Tiada belas kasihan, Tiada...