Day 1 : So Beautiful

2.2K 35 3
                                    

" Hatiku lebur keranamu. Namun hatimu tidak melebur keranaku," - Nickson Martin

Nickson memerhati gadis di sebelahnya. Gadis yang baru dua hari dinikahinya. Gadis yang semalam berbaring di sebelahnya dan mengusik ketenangannya hingga semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya.

Semalam Nelcy tanpa sedar telah melingkarkan kakinya pada pinggang Nickson, mungkin kerana menyangka badan lelaki itu guling yang biasa dipeluknya. Saat itulah junior Nickson terbangun dan mencanak dengan gagah.

" Nick," panggilan Nelcy memutuskan lamunannya.

"Hmm..," Nickson berdeham. Wajah Nelcy yang putih bersih itu ditatapnya. Cantik, bisik hatinya.

" Kita akan tidur sebilik di villa nanti?" dia bertanya lembut.

Nickson menelan liurnya. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kita suami isteri, Nel. Ingat syarat orang tua kita, " akhirnya hanya itu jawapan yang terlintas dalam kepalanya.

"Owh..," Nelcy mengangguk. Dadanya terasa berdebar kencang memikirkan apa syarat yang terkandung dalam perjanjian bulan madu mereka.

"Kenapa? Kamu takut?" dia mencari tangan Nelcy yang diletakkan di atas pangkuan gadis itu. Ditariknya tangan itu dan digenggamnya erat. Matanya menatap dalam ke dalam anak mata Nelcy.

"Jangan takut. Kita akan melaluinya bersama," sebelah tangannya mengelus pipi Nelcy.

"Aku takut, Nick," Nelcy berkata perlahan. Perkara yang paling ditakutinya adalah melalui malam pertama bersama suaminya ini.

Entah mengapa, entah dorongan dari mana yang memaksanya melarikan pandangan ke arah celah paha suaminya.

Bengkak, hatinya berkata. Sekali lagi dia menelan liur. Seluar suaminya kelihatan penuh. Pasti besar, fikiran nakalnya berputar ligat.

"Ehem..," Nickson berdeham. Dia seakan dapat membaca apa yang difikirkan isterinya.

Pipi Nelcy merona. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya. Namun Nickson juga punya fikiran nakal. Tangan Nelcy yang masih digenggamnya sengaja di bawa menuju kangkangnya.

Terbeliak mata Nelcy saat tersentuh bonjolan yang terdapat di celah paha suaminya. Dadanya berombak kencang. Sah, meski masih tersembunyi di sebalik jeans, Nelcy dapat merasa betapa keras dan besar senjata suaminya.

Nickson sengaja mengeluskan tangan isterinya di situ. Matanya menatap nakal pada Nelcy, tidak peduli dengan driver di hadapan yang mungkin melihat aksi mereka.

💕💕💕

Makan malam sudah selesai. Kini mereka berdua sudah berada di dalam bilik tidur mereka, untuk melalui malam pertama bulan madu mereka.

Nickson membuka baju dan jeans yang dipakainya. Dengan hanya menyisakan boxer, dia  berbaring di atas tempat tidur yang akan mereka kongsi berdua selama tiga puluh hari bulan madu mereka.

Matanya memandang pada isterinya yang kelihatan gugup. Aku tidak mahu melepaskan malam pertama kita, sayang, Nickson berbicara dalam hati.

Tubuh Nelcy terlalu menggoda untuk disis-siakan. Lagipun, gadis itu sudah sah untuk dia miliki. Tentang cinta, biarlah. Nickson belum mahu memikirkannya. Dia lelaki muda dan normal. Nafsu boleh dituntaskan meski tanpa cinta.

"Mari ke sini, Nel," Nickson menepuk tempat kosong di sebelahnya.

Namun Nelcy tetap berdiri terkaku di tepi katil. Kakinya terasa lemah untuk melangkah.

Thirty Days To Fall In LoveWhere stories live. Discover now