Menanti suatu yang tidak pasti.
Menunggu suatu perkara yang dungu.
...
Terkelu lidah tidak berkata.
Terpejam mata tidak melihat.
Hanya telinga mendengar setiap perbualan.
Samada benar atau tidak.
...
Metafora yang berbeza.
Meditasi yang jauh dari halaman.
Fanatisme yang pelbagai.
...
Ada fanatisme sempit,
Ada fanatisme suka,
Ada Fanatisme benci,
Ada fanatisme menutup,
Sedangkan fanatisme bawa keadilan untuk menilai.
...
Mulut adalah perosak reputasi.
Pembunuhan motivasi.
Mereka pakar fabrikasi, modifikasi, manipulasikan semua perkara.
...
Di depan senyum, belakang dengki.
Yang sering cemburu mungkin teman kita sendiri.
...
Siapa tahu.
Sabar menanti.Nukilan: Alang
091119
Tempat Hujan
YOU ARE READING
"HUJAN"
PoetryPuisi yang lahir dari hati yang tanpa sebarang halangan yang menganggu fikiran untuk meluahkan perasaan dan emosi yang yang terpendam selamani. Yang datang membawa pelangi hanya mewarnai kehidupan tapi dihapuskan dengan duri yang gelap lagi berbisa...