١ | B e g i n

919 45 5
                                    


L O V E  I N  S I L E N C E

Once upon a time.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

MEMORI.

KRING!

Bergema di seluruk pelusuk sekolah bunyi deringan loceng. Aku mengerling jam tangan. Tepat 10.10 pagi. Kepala tertoleh ke arah sahabatku yang sudah bangun berdiri di sebelah. Dia turut berpaling.

"Diane, jom!"

Bangun. Ikutkan hati, malas nak pergi rehat. Tapi disebabkan tangan aku sudah ditariknya, tiada alasan lagi mahu menolaknya.

Kami berjalan berdua di sepanjang laluan koridor menuju ke kantin. Tangannya tidak lepas memimpin tanganku. Sudah biasa.

"Diane, awak nak makan apa hari ni?" Soalan yang sama setiap hari. Tidak pernah jemu dia bertanya. Tidak juga jemu aku menjawab.

"Nasi ayam pedas kut."

"Air?"

"Milo ais."

"Okay. Awak beli nasi, saya beli air. Duduk dekat meja biasa."

Kami berpecah apabila kaki sudah memijak lantai kantin. Beginilah kami hari-hari. Berkongsi duit. Kadang-kadang dia membeli air dan aku yang membeli nasi. Tapi acap kali dia yang membeli air. Kadang rasa geram itu ada sebab aku yang kena habiskan RM 3.00 bagi dua bungkus nasi manakala dia hanya perlu guna RM 2.00 bagi dua gelas air. Setiap hari Ummi akan bagi aku RM 4.00 je. Dia sedar tak yang dia itu anak orang kaya? Tapi aku redha je lah.

Selesai membeli dua bungkus nasi ayam pedas, aku berjalan ke arah meja kantin yang berada di hujung sekali bahagian kanan. Kalau bahagian kiri, pelajar lelaki yang akan duduk berkumpul di situ. Jadi pelajar perempuan akan menghadap pelajar lelaki.

Dari jauh sudah kelihatan Iffah yang sudah duduk di meja itu. Aku duduk disebelahnya dan kaki aku angkat lalu aku masukkan ke bawah meja. Kami mula makan tanpa menghiraukan suasana sekeliling yang riuh rendah dengan suara-suara pelajar.

Sedang enak aku menjamah nasi ayam pedas ini, mata aku menangkap si dia bersama beberapa rakannya di hujung sana. Betul-betul berhadapan dengan kami.

Aish! Hensem betul.

Lengan baju kemeja pengawas sekolah dia sinsing hingga ke siku, blazer yang tersarung ditubuhnya dia tanggalkan. Mata aku tidak lepas merenungnya dari jauh. Bibirnya berkata sesuatu pada rakan di sebelah. Dibalas dengan anggukan. Berlalu pergi dia bersama blazer di tangan. Bayangnya menghilang.

Aku terpinga-pinga. Dia nak pergi mana tu? Aku tak puas lagi tatap dia ni.

Astaghfirullahal'azim.

Zina mata!

Beberapa minit kemudian, dia datang semula tanpa blazer. Mungkin tadi dia letak blazer dalam kereta. Almaklumlah anak kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah ni. Tak hairanlah jawatan dia sebagai ketua pengawas.

Aku terus menyambung makan. Kadang mata curi-curi pandang juga Encik Crush dihujung sana. Tiba-tiba pembesar suara berbunyi di serata sekolah tanda pengumuman dibuat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐈𝐧 𝐒𝐢𝐥𝐞𝐧𝐜𝐞 : 𝑀𝓇𝓈 𝐻𝑒𝒶𝒹 𝒫𝓇𝑒𝒻𝑒𝒸𝓉Where stories live. Discover now