"Abang Hun !! Ee main-main la dia ni"
"HAHAHA sorry adik abang ok ok cepat"
Dah la panas terik dok kat tengah sawah ni, boleh pula abangnya bergurau. Orang suruh tangkap gambar dia, dia pi tangkap gambar tahi lembu. Haih sabar jela.
"ok nice! candid syira. one two 'klik'!
"now syira posing ala model pulak"
'klik' ! 'klik' ! 'klik'!"Fuh Syira dahla tu rehat dulu la. Abang Hun penat ni"
Boleh gila dia kalau layan si Syira ni hari-hari. obses sangat nak jadi instafam!
"ish abang hun ni. Baru 30 keping dah lelah. yelah jom rehat kat pondok tu" ujar Ferra Syahira. Kasihan pula dia lihat abangnya yang hanya tua 3 tahun darinya.
"syira..."
"hmm?"
"minggu depan result SPM keluar kan? Syira nak sambung belajar kat mana". Hun sedikit berat hati untuk melepaskan adik kesayangannya itu. Dia pasti akan merindukan Syira yang periang.
"entah la. haritu Syira ada apply beberapa universiti. Kat Kelantan, Perlis, KL, Melaka. hm kenapa abang hun?"
"kalau boleh jangan ambil yang jauh sangat. Kalau dapat kat KL tu lagi bagus. Abang Hun bukan apa,, cuma risaukan Syira je"
Syira tergelak kecil. Dia tahu abang Hun amat mengambil berat tentang dirinya. Abang Kyle dan Abang Im pun begitu juga. Cuma Ferra lebih manja dengan Abang Hun.
"ala abang Hun takyah risau la. pandai la Syira bawak diri. Syira kan dah besar. Nanti hari-hari Syira call abang hun. okey?"
Hun hanya tersenyum nipis. Kau taktahu dunia luar lagi Syira! Betapa kejamnya mereka! Suara itu hanya mampu diluahkan di hatinya saja.
_______"Ha matahari nak tenggelam baru reti nak balik ! Macam mana la nak jadi bini orang ni heih. Hun pun ikut je cakap adik kan?!"
Maka bermulalah bebelan panjang Puan Atikah. Hun dan Syira hanya tunduk sahaja dimarahi. Tapi dalam diam, mereka tersengih. Bukan tak biasa diceramah oleh ibu mereka.
"Sorry ibu. Abang Hun ni ajak borak panjang sangat kat pondok tadi"
"Eh kita pulak kena. Dia yang sibuk nak OOTD tadi. Feeling model kat tengah sawah. Kahkahkah" Berdekah Hun gelakkan Syira yang sudah cemberut mukanya.
"Ha dah tu. Pergi mandi. Maghrib nanti kita jemaah sekali"
"Okey boss!"
_______"Wasalallahuala sayyidina muhammad wa alaa alihi wasahbihi wasallam walhamdulillahi rabb alamin." Tenang Encik Shahir menamatkan bacaan doa mereka pada malam itu.
Selesai bersalaman, abang sulung Syira, Kyle mula membuka mulut.
"ibu..ayah.. minggu depan Kyle dah start kerja kat Johor. Kena stay sana dalam 3 bulan"
Terlopong Syira mendengarnya. Eh bukan Abang Kyle pergi bulan depan ke? Kenapa pulak jadi minggu depan ni? Aduh pening kepala Syira.
"Jadi..Abang Kyle tak dapat la teman Syira ambil result minggu depan. Alaaa" Syira sedikit kecewa. Fikirnya satu family dia akan ikut serta untuk mengambil keputusan SPM pada minggu hadapan. Tapi hampa.
"Ala Syira..abang kyle mintak maaf okay? sepatutnya memang pergi bulan depan tapi ada kekangan di pihak sana. Nanti kita skype je la eh. Sorry Syira"
"Takpela Syira. Abang Im kan ada? Hun ada. Ibu ayah pon ada. 3 bulan je Abang Kyle pergi"
Im pula cuba untuk memujuk adiknya. Bukan mereka tidak tahu, Syira seorang yang kuat merajuk dan sensitif.
"Hm yela yelaa tapi Abang Kyle kena janji eh"
Kyle berkerut kening
"janji apa?"
"janji skype Syira hari-hari !"
Terhambur gelak mereka seisi keluarga apabila mendengar permintaan Syira. Ingatkan apalah tadi.
"okeyy i promise u !"
hi guys! so okay tak untuk permulaan ni? hehe maaf kalau ada kekurangan. ni first story author tau! baru nak berjinak-jinak. so u guys keep support okey?! and jangan lupa vote muah💗
salam sayang-
author;)
YOU ARE READING
Sayang Awak Pakcik Boba !
RomanceFerra Syahirah, gadis kampung yang berangan-angan menjadi instafamous. Seorang lepasan SPM yang mempunyai 3 orang abang yang tegas tetapi penyayang. Hun, abang ke-3 yang sering menjadi mangsa sebagai photographer Ferra. Haha sabar je laa ! Takdir me...