Di sebuah dunia, di luar batas fikiran manusia, yang sememangnya bukan dari dunia kita, kita pergi ke sebuah dunia yang dipenuhi keajaiban.
Ini adalah planet yang bernama bumi. Tapi, bukan bumi yang kita duduk ni. Bumi ini, dipenuhi dengan kuasa ajaib. Semua penduduk di planet ini mampu menggunakan kuasa yang kita biasa sebut dengan magic.
Pelbagai jenis magik yang boleh kita gunakan di sini. Magik penyembuhan, magik serangan, dan macam macam lagi lah.
Di sini juga, kuda kuda di sini, mempunyai sayap, tanduk dan juga kuasa ajaib, yang kita selalu panggil sebagai, Unicorn~
Tapi, walaubagimanapun, untuk menggunakan kuasa ini, kita kena belajar dari kecil. Sebab itulah, semua ibu bapa menghantar anak anak mereka ke sekolah untuk diajar menggunakan kuasa ajaib oleh mereka yang pakar.
Kita zoom in ke negara ini! Ya, inilah Malaysia. Walaupun negera kecil, dan hidup pelbagai kaum, mereka semua masih hidup dengan aman dan damai. Kerana, walaupun hidup sebegitu, mereka adalah keluarga. Although we live in a small country, we life as a big family.
Di sebuah pulau terpencil di Utara Malaysia, tepatnya berdekatan dengan perbatasan Thailand dan Perlis, berdirilah sebuah sekolah magik yang besar.
Pulau Rintis Magik School. Salah satu sekolah magik paling populer di Malaysia. Sekolah ini bukanlah sekolah biasa, kerana ianya hanya dibuka ke pelajar yang berstatus bangsawan dan putera puteri kerajaan sahaja. Sekolah ini kelihatan seperti sebuah istana, jika kalian tengok dari jauh.
Pengajar pengajar di sekolah ini dipilih dengan sangat tepat. Semua dari mereka adalah pengguna kuasa magik yang hebat.
Ok ok, Author dah siap merapu pasal dunia ni. Sekarang, jom masuk ke jalan cerita.
Di pagi Isnin yang biasa seperti selalu, semua pelajar yang terdiri oleh anak kepada raja dan permaisuri dan juga anak anak kepada bangsawan kaya di seluruh negara, dan juga luar negara, akan menghantar anak mereka ke sekolah.
Sebuah kereta ferrari merah berhenti di luar pagar sekolah. Seorang lelaki keluar dari kereta itu.
??? : Terima kasih ya, pak cik Ismail.
Ismail : Sama sama, tuanku. Patik pergi dulu.Kereta ferrari merah itu pun memecut laju, meninggalkan kawasan sekolah.
Ini macam mana rupa baju serajam lelaki 👆
Dan ini untuk perempuan 👆Lelaki itu pun berjalan menuju ke pagar sekolah. Sebaik sahaja lelaki itu melangkah kan kakinya masuk ke dalam kawasan sekolah, ramai pelajar perempuan berpusu pusu mendekati lelaki itu. Boleh dilihat di tag namanya, namanya adalah Fang.
Fang POV's
Hai semua. Namaku adalah Fang. Putera kepada Raja Hilliam dan Pemaisuri Olivia. Aku memiliki seorang abang. Namanya Kaizo. Walaupun Kaizo lagi tua dari aku, tapi akulah yang akan jadi Putera Mahkota. Kenapa? Sebab abang aku tak berminat dengan semua benda hal hal politik dan negara ni. Dia lagi suka menjadi askar, sebab dia suka bermain pedang dan menjadi askar. Meninggalkan aku sahaja di posisi untuk menjadi raja seterusnya.
???1 : Kyaaaaa!!! Itu Putera Fang lah!
???2 : Putera Fang! Terimalah biskut ni!
???3 : Putera Fang! Terima lah surat ni!Dan korang boleh lihat di depan aku sekarang ni. Mereka semua adalah fangirl aku. Biasalah kan, lelaki yang hansome kan mesti akan di gemari ramai.
Fang : Ahahaha. Terima kasih ya, semua? Beta nak pergi ke loker beta sekarang.
Dengar aku cakap macam tu, mereka semua pun beralih ke tepi.
Memang begini kehidupan aku setiap hari. Datang ke sekolah je, aku akan di beri pelbagai makanan dan hadiah lainnya. Mereka semua juga selalu memberi surat cinta juga pada aku. Memberitahu perasaan mereka.
Tapi......
Fang : *masukkan semha benda dalam loker, tutup*
Aku tak pernah sukakan seorang pun dari mereka. Sikit pun tak pernah.
Mengapa? Aku tahu mereka suka aku bukan kerana perasaan cinta dari hati mereka. Mereka hanya cintakan aku kerana pangkat, harta dan rupa aku sahaja.
Dulu, masa aku di sekolah rendah, aku pernah sukakan satu perempuan ni. Dia pun sukakan aku juga. Kami bercouple, agak lama lah juga. Hampir 2 tahun.
Tapi, satu hari tu, aku jumpa dia, tengah keluar dengan lelaki lain.
L : Hei, kau pasti yang dia tak akan tahu pasal ni?
P : Tak. Dia tu, bukannya kisah pasal benda lain pun. Dia kisah pasal diri dia je. Aku pun hanya bercouple dengan dia sebab duit dan pangkat dia je.Dan aku nampak, mereka bercium, di sana.
Aku pun putuskan dia keesokkan harinya. Waktu tu aku belajar, manusia ni memang ramai yang fake. Aku hanya bertindak baik je sekarang ni sebab nak kekalkan reputasi aku. Kalau boleh, dah lama aku tengking diorang suruh jauhkan diri dari aku. Aku tak suka diorang pun. Diorang pakau make up tebal tebal, pakai dress macam barbie doll. Eiiii, ingat aku suka ke. Tapi nasib baik jelah diorang selalu bagi aku makanan. Tak adalah aku kena guna duit nak beli makanan nanti. Biskut ni pun boleh tahan. Coklat chip, mah favirote. Lagi lagi donut lobak merah ni.
Dah lah, aku nak masuk kelas dulu. Bye, para reader.
Fang POV's end
Fang melangkah menuju ke kelas pertamanya untuk hari itu.
802 perkataan
Hoho, banyak nya Author mengarut dekat sini 🤣💔 Sambung, or nah? UwU Bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!
YOU ARE READING
Not Like Those Pretty Pink Girl (Fangboy)
FanfictionFang, putera paling populer di sekolah magik itu. Dia tak pernah ada perasaan pun dengan semua fangirl dia. Sehingga dia bertemu dia. Bagaimanakah kisah cinta ini akan berakhir?