Bab 24

7.9K 336 42
                                    

25 June 2020/ 07 August 2024

Tubuh gempal itu aku peluk erat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tubuh gempal itu aku peluk erat. Berterima kasih sangat apabila Kak Nab memaafkan kekilafan aku sebelum ini. Tak ada apa yang perlu diambil hati pun bila aku termarahkan dia hari itu. Kak Nab juga akui yang dia memaksa aku melebih.

"Kak Nab ada potong buah tembikai tadi, Unie nak tak?" Aku yang ambil tempat di meja makan itu cepat sahaja angguk. Headphone yang tersangkut di leher aku buka dan letap di sebelah iPadku.

"Boleh juga."

Kak Nab segera ambilkan buah tersebut dari dalam peti ais. Emm, mesti sedap makan tembikai sejuk-sejuk! Cakap pasal sejuk, aku ingat perkara terakhir yang jadi sebelum aku dan Azie pulang ke rumah hari itu. Aku yang dah basah lecun itu diminta Puan Sri Wardinah untuk ganti baju di dalam. Syukurlah anak ukuran tubuh aku dengan Hazifah, anak bongsu Puan Sri Wardinah tu lebih kurang. Jadi tak apa pun kalau adik Haziq tu bagi aku baju yang baru dibelinya.

Aku yang pada mulanya segan nak terima pemberian gadis itu terpaksa terima pemberiannya bila dia kata dia boleh minta angahnya itu ganti sepuluh helai lagi baju yang serupa. Sedang aku suka bila Haziq dapat masalah, dalam masa yang sama aku rasa sejuk hati dapat mengenali hati budi keluarga Haziq.

Tak ada seorang pun daripada mereka mempunyai ciri-ciri yang aku fikirkan. Malahan mereka kesah pun bila melihat keadaan kulit aku ni. No judge, no hate. Mereka layan aku selayaknya manusia biasa. Entah kenapa, aku suka dengan keluarga Haziq tu. Kalaulah bukan anak kedua Puan Sri Wardinah tu yang nak kahwin dengan aku, mungkin aku tak kesah nak jadi sebahagian daripada keluarga itu.

"Kak Nab, akak rasa kahwin paksa ni boleh bahagia ke?" terpacul soalan itu daripada mulutku.

"Kahwin? Kenapa, Unie nak khawin ke apa?"

Isy, kesitu pula dia! Semua orang perempuan dewasa dalam rumah ni memang ada alergi ke dengar perkataan kahwin tu? Cakap sikit aje, tuduh orang nak kahwin. Aku belum cukup gatal nak berlaki awallah!

"Bukan, Unie tanya aje."

"Boleh aje." Jawab Kak Nab laju. Tak berfikir sesaat pun. Waktu ni Kak Nab sudah letakkan satu pinggan besar di hadapan kami. Lantas dia menuju ke rak pinggan itu, aku pula bangun menuju ke singki. Nak cuci tangan dulu sebelum makan.

"Ye ke?" raguku.

"Kita cakap kahwin paksa rela tau, kak." Sengaja aku tebalkan perkataan paksa tu saat pusing memandangnya. Tak mahu Kak Zainab tersalah dengar pula.

"Boleh, sebab kebahagiaan itu Allah yang bagi. Unie tengok akak ni, Kak Nab ni salah seorang yang kahwin cara tu tahu!" Tercengang aku. Sungguh tak menjangka wanita yang sentiasa berwajah tenang ni pernah mengalami hal itu.

"Kak Nab bahagia ke dengan arwah suami dulu?" Entah sejak bila aku ambil alih tugas wartawan pun aku tak tahu. Busybody betul tanya kehidupan orang tu.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now