PROLOG

906 56 4
                                    

Aku memandang sayu gambar yang Ada dalam genggaman aku. Kenapa? Kenapa sekarang baru semua ini terjadi? Kenapa setelah Dua tahun aku menjalinkan hubungan ini baru aku tahu kebenarannya?

Aku mengerdipkan mata, menahan dari mengalirkan air mata. aku sentuh perut yang masih kecil. tidak tertahan, aku menangis teresak-esak di birai katil. gambar itu aku genggam dan ronyok sekuat hati.

Pintu bilik dibuka. Aina meluru ke arah aku. Bahu aku dipeluk.

"Beb, kenapa ni?"
"Ha- Haraz."
"kenapa dengan dia?"

Aku teresak. tak sanggup menceritakan tentang kebenaran itu. Gambar di tangan aku dirampas oleh Aina. membulat matanya melihat wajah di gambar itu.

"Haraz dah kahwin? Beb? omg.."
"Aina.. aku- aku mengandung."
"what?? anak Haraz ke?"
"kau tanya macam aku ni murah sangat."
"omg Avrin. macam mana sekarang ni??"
"aku tak tahu.."
"kita pergi jumpa Haraz. beritahu dia tentang perkara ni."

Aku terdiam. masih ragu dengan cadangan Aina. tapi, memikirkan bahawa benih ini memang milik Haraz. lambat-lambat aku anggukkan kepala. Aina bangkit dari duduk lalu menarik lengan aku.

"kita pergi sekarang. mesti dia masih ada kat Kolej. Jom!"

Aina pantas menarik aku keluar dari bilik Asrama. sempat juga aku kesat airmata yang masih mengalir di pipi.
aku dan Aina tiba di kelas Haraz. tapi kelibat Haraz tidak kelihatan. ke mana dia?

Aku dan Aina mengatur langkah menuju perpustakaan, tapi langkah terhenti bila mendengar suara Haraz yang sedang bertekak dengan seseorang. aku dan Aina memasang telinga. mencuba untuk mendengar setiap butir bicara dari Haraz dan orang misteri itu.

"aku yakin gambar tu dah sampai ke tangan Avrin."
"kau memang nak cari nahas dengan aku Nabila."
"Aku tunang kau Haraz, tunang kau yang sah. kau milik aku!"
"Ya, kau memang tunang aku. tapi Avrin, dia.."

tunang? gambar tu? ugh, tak boleh, aku kena jumpa tapir berdua tu. Aku terlanggar kerusi yang kebetulan ada di situ. Aina terjerit kecil. lalu memeluk bahuku.

"Beb, kau okay tak?" Aku tepis lembut tangan Aina.

Aku mahu jumpa Haraz. saat aku mendongak, empat mata itu sudah pun merenung ke arah aku. seorang dengan pandangan sayu. yang seorang lain pandangannya tajam sekali.

"Avrin.." aku tersentak saat Suara Haraz menyapa halwa telinga ku.

Melihat keadaan Haraz dan Nabila yang tiada jarak itu, hati dilanda cemburu. aku hampiri Haraz lalu tanganku naik melempang wajahnya.

"hei perempuan! berani kau sentuh Tunang aku?" marah Nabila padaku.

Aku tidak pedulikan jeritan lampir dari tapir yang bernamasih Nabila. wajah Haraz aku pandang tajam.

"kau dan aku dah tak ada apa-apa hubungan lagi." Aku mengundur ke belakang setelah selesai mengatakan kata-kata itu.

Saat aku berpaling. lengan aku dipegang dan tubuhku ditarik kasar oleh Haraz.

"dengan penjelasan aku dulu Avrin."
"lepas! aku tak nak dengar apa-apa, aku benci kau."

Aku meronta sekuat hati. terlepasnya cengkaman Haraz di lenganku. aku pantas mengatur langkah berlari meninggalkan mereka di sana. Aku berlari keluar dari kolej tanpa melihat kiri dan kanan.

Saat aku melintas jalan, bunyi hon yang kuat menyentakkan aku. aku terkaku di situ. tangan menyentuh perut. aku pejam mata.

'mungkin ini yang terbaik,' bisik hati kecil ku.

BERSAMBUNG.
-please VOTE for me-

MASA LALU ☑️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang