❱ 0 1 ˚♡

14 2 0
                                    

                       P  R  O L O G

" Bum !! " bunyi petir berdentum kuat.sekaligus menakutkan anak kecil itu. anak kecil itu pun berlari anak dengan kakinya yang comel mendapatkan ayahnya yang berada berhampiran ruang tamu mereka. "Bella takut la , Abah " kata budak kecil itu iaitu Bella . " Shh , jangan takut , Abah kan ada ni " kata ayahnya lalu memeluknya erat .

Bunyi petir berdentum kuat semakin mengganas . Bella ketakutan yang amat sangat lalu memeluk ayahnya dengan kuat sambil menangis ketakutan . Badannya menggigil kuat.
" La ila ha ila Allah ... " bisik Abahnya , mengalunkan selawat di telinga anaknya untuk menenangkan anak kecil itu .

                           ✁・・・

Aku terjaga dari mimpiku yang panjang. secebis kenangan aku bersama Abah. aku mengesat kedua kelopak mataku yang basah. aku , menangis ? aku menangis semasa bermimpi. sudah kerap kali perkara ini terjadi sejak kebelakangan ini. mimpi itu , itu semua dulu. kisah penderitaan aku bermula apabila abah hilang tanpa khabar berita dan aku bertukar status " anak yatim " secara tiba tiba . segalanya berlaku dalam sekelip mata.

entah hidup atau tidak , aku tidak tahu. jangan soal aku . aku cuma jawab abah dah " mati "  seperti apa yang telah dipesan oleh mama . aku cuma punya mama dan ian , jiranku  yang sangat rapat denganku.

jujur aku katakan , hidup aku berubah 360 darjah sejak kehilangan Abah. sangat sangat memberi kesan yang sangat dalam. Di sekolah , pelajaranku mula merosot . kawan kawan ku juga mula menjauhkan diri dari aku . aku hilang seorang demi seorang kawan aku secara perlahan
salahkah bergelar anak yatim ? hina kah aku dimuka bumi ini ?

dimanakah kalian ? ketika aku mengharapkan seorang teman ?

aku berjalan seorang diri di koridor yang sangat sunyi itu. aku menurutkan langkah ke kelas dan duduk di tempat duduk ku. rakan sekelasku hanya berbual sesama mereka seperti biasa . semuanya perempuan kerana aku sekolah perempuan. perempuan , banyak mulut dan hanya bercakap tentang lelaki. how lame ---  plus minus suka merasakan diri mereka paling betul !

okay kidding-- bukan aku pun perempuan ke ? hahahaha lol--

aku hanya menghabiskan masa seorang diri . bukan tidak mahu bergaul , tapi aku tidak reti. tidak pandai memulakan bicara dahulu. awal awal sudah dicop sombong . aku cucuk earphoneku di telingaku.membuka nada yang paling kuat.

aku serabut.memikirkan perasaan negatif yang bertalu talu menyerang aku . adakah kalian merasa seperti aku ?

ingin sekali untuk tidak peduli.
ingin sekali.

aku keluarkan sebatang pen dan kertas . menulis . itu sahaja terapi dan solusi bagi masalah diri ku ini . aku perlahan lahan menulis kata hanya dengan sebatang pena di tangan . walaupun keadaan yang agak hiruk pikuk di dalam kelas ianya tidak menganggu konsentrasi ku .

    ❝  lost in my own thoughts ❞

Dengan cara ini sahaja , aku mampu meluahkan perasaan aku . kerna mereka yang ingin berkata , selalu bersama perasaan yang sukar dilupakan. aku ,, tahan diri untuk tidak menangis. tahan diri untuk tidak berkata apa apa .


Sendiri

m

oga aku cukup kuat untuk bertahan
dengan segala
dugaan
mengharapkan seorang
teman
mendengar segala
luahan
malangnya , aku keseorangan.

lebih baik aku bersendirian
kerna tiada siapa yang menghulur tangan
untuk memberikan sedikit
pertolongan
dan aku di situ , tetap memberikan senyuman dengan penuh kepura puraan.

                          ✁・・・

Hujan renyai renyai mengiringi malam ahad di kawasan perumahanku . sendu. sunyi. itu yang  aku rasakan sekarang. tanpa sedar , aku teringat " arwah " abah .aku tidak tahu layak atau tidak gelaran itu disebut . " Bum !! " bunyi petir berdentum kuat . aku terkejut sendiri dan memeluk tubuhku. Dulu , Abah sentiasa ada untuk aku . Abah sentiasa menenangkan aku . saat ini , keadaan yang sama tetapi tanpa Abah disisi. aku rindukan pelukan hangat abah..
    
  Dia tidak pergi , dia masih ada .
hanya , saja waktunya yang berbeza.

aku menahan sebak.Ya , Abah sentiasa dihatiku.Abah sayangkan aku. Abah tak tinggalkan aku

"Abah kau dah mati !! "

" Abah kau tak sayang kau !! "

bisikan halus datang mengangguku. seperti biasa , sentiasa cuba menyesatkan aku disaat kelemahan yang berleluasa di dalam diri ini.

"Abah kau dah mati !!!! "

Semakin kuat bisikan tersebut kedengaran di cuping telingaku , emosi aku terganggu . aku tidak kuat. pergi ! jangan ganggu aku !!

" ABAH KAU TINGGALKAN KAU ! "

garau sekali suara tersebut kedengaran di telingaku. sangat dekat. seolah olah " dia " berada disisiku.

" Diam lah ! " jeritku sekuat hati lalu membaling pasu yang ada di sebelahku di dinding. tiba tiba bunyi ringtone telefonku berdering. satu panggilan masuk.

aku lihat nama yang tertera -- Ian
aku cepat cepat mengangkat lalu talian pun disambungkan kepada Ian

" Bella ! kau okay tak ? kau kat mana ni ?!! " jerit Ian , di dalam talian . jelas dia nampak begitu risau melihatkan suaranya yang begitu cemas dan bergetar. mana taknya Bella keseorangan di rumah.

ini bukan kali pertama kejadian ini berlaku.

" A-aku rindu Abah... ada orang kata Abah t--tinggalkan aku , ada orang kata Abah tak sa-sayang aku ... HUWAAAA DIA TIPU !! " jeritku bagaikan histeria

" Bella ! relax ! bertenang. cuba bawak mengucap ! " jerit Ian di talian tetapi tidak diendahkan oleh Bella . Bella hanya termenung di luar tingkap . masih menanti kepulangan Abah dan berharap abah akan balik dan memeluknya seperti dulu. dia sangat rindukan pelukan hangat seorang ayah.

" Farah Nabila ... " lembut Ian memanggil . dengan harapan boleh memujuk Bella menggunakan cara yang lembut .

" Ye saya .. " lembut Bella menjawab. manja . seperti kanak kanak kecil yang dahagakan kasih sayang seorang ayah. Ian pula bersyukur kerana Bella menurut katanya dan berhenti " meracau "

" Pandang tingkap. Nampak Ian tak ? Ian tunggu kat luar ni . Ian selalu ada untuk Bella , okay ? semua orang sayang Bella. "  pipi Bella kemerah merahan disebabkan oleh suara Ian yang sangat lembut. dia terpukau dengan kelembutan budi bicara yang dimiliki oleh jejaka itu.

" okay sekarang Ian nak bella bangun , hati hari jalan ! pergi dekat katil oceyyy . lepastu selimut badan bella okay , boleh buat untuk Ian ? "
tanya Ian , masih lagi dengan nada yang lembut .Ya dia ada di luar . hanya berteduhkan sebuah payung , walaupun hujan ribut mengganas di luar. Untuk Bella . Hanya untuk Bella dan Demi Bella

" La ila Ha ila Allah .. " bisik Ian , mengalunkan selawat supaya dapat didengari oleh Bella , sebelum dia mematikan talian dan memastikan Bella sudah ke alam mimpi .



Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 19, 2020 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

[HIATUS] Fragile Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang