2 | 💜

68 11 2
                                    

Harith menekan loceng pintu seusai tiba di perkarangan rumah keluarga Farish. Selepas menunggu beberapa saat, pintu utama rumah tersebut di buka oleh seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan akhir 40-an. "Eh, Aryanna datang nak jumpa Farish ke?" Kata mak Ida, pembantu rumah keluarga Farish, apabila mengecam muka sahabat Farish dari kecil itu.

Aryanna menganggukan kepala sebelum tersengih, "Dengar dari Haikal yang dia tak sihat pagi tadi. Yanna dengan Haikal datang nak melawat sekejap." Mak Ida bertepuk suka sebelum menjemput Haikal dan Aryanna masuk. "Farish kat atas, kamu berdua tunggu sini sekejap sementara mak Ida panggil." Katanya sebelum menaiki tangga.

"Aryanna, nanti kau minta maaf kat Farish. Jangan lupa pula." kata Harith sambil menjatuhkan punggungnya ke sofa. Aryanna mengangguk perlahan mendengar kata-kata Harith.

Farish yang masih menghadap dinding bermain handphone dan earphone ditelinga itu tidak sedar bahawa Aryanna berdiri dibelakangnya. Aryanna sekadar tundukkan kepala. Kakinya berjalan ke arah sofa yang berdekatan.

Farish mengerutkan dahinya. Dia tahu akan bau ini. Dia sangat kenal. Bau minyak wangi yang berbau gula-gula. Matanya membesar apabila menyedari sesuatu. Pantas dia memusing menghadap hadapan.

Benar sangkaannya. Aryanna Rafaella sedang merenungnya dengan riak wajah yang Farish sendiri yang tidak dapat agak. Kenapa dia ada disini?

Selepas beberapa saat mereka merenung sesama sendiri, akhirnya Harith si penyelamat mula berdehem sekaligus menyedarkan mereka. "Kenapa kau datang sini?" Soalan Farish membuatkan Aryanna menundukkan kepalanya.

"Teruk sangatkah aku sehingga sudah tidak boleh datang ke sini? Walaupun aku kawannya sejak kecil?"

"Aryanna ada something nak beritahu kau. Aku tunggu kau kat luar yer Aryanna" Kata Harith yang masih berdiri di bingkai pintu bilik Farish itu.

"Erm.. I wanna make apologize because of my stupidness yesterday." Kata Aryanna sambil memandang tangannya yang berada di atas lututnya itu. Sesekali matanya pandang ke arah Farish yang kelihatan terkedu.

Dengar sahaja perkataan maaf keluar daripada mulut Aryanna. Hatinya menjadi serba salah kerana tingkah lakunya semalam yang membakar buku-buku latihan Aryanna. Apabila Aryanna bercakap dalam bahasa Inggeris bermakna dia serius dan Farish tahu tentang itu.

"I understand If you're not accepted my apologizes. I know that what my doing was wrong and I'm truly sorry." Kata Aryanna ikhlas sepenuh hatinya. Riak wajahnya juga jelas menunjukkan bahawa dia kesal dengan tindakannya semalam.

Baru sahaja Aryanna mahu menyambung maafnya, kedengaran azan asar mula berkumandang. Bulat matanya memandang jam merah jambu yang berkilat yang melekat di tangannya.

Aryanna memejamkan matanya menyesal kerana pergi ke perpustakaan dahulu sebelum bergerak ke rumah Farish. Mereka berdua terlupa niat mereka yang mahu ke rumah Farish apabila terlalu banyak kerja rumah yang diberikan.

Nasib baik salah seorang rakan Aryanna ; pengawas pusat sumber menanyakkan soalan matematik kepada mereka. Kalau tidak, sampai kesudah mereka lupa tentang Farish.

Aryanna tersenyum nipis memandang Farish. "See you later, bye. Assalamualaikum." Laju sahaja Aryanna keluar dari bilik itu diikuti Harith lalu meninggalkan Farish yang masih terpinga-pinga.

Farish yang terkaku masih memandang ke arah pintu yang sudah tertutup rapat. "Farish, Aryanna dengan seorang lagi tu dah balik ke?" Soal mak cik Ida sambil mengerut dahi melihat anak jagaannya itu yang kelihatan seperti patung yang tiada roh.

"Baru jer diorang balik. Farish nak rehat sebelum makan" Kata Farish dibalas dengan anggukan mak Ida sebelum meninggalkan dia di dalam biliknya. "Hmm, did she felt guilty because the news of me pass out? Dia fikir aku pengsan sebab buat kerja dia ke? Padahal demam panas tu pun sekejap jer."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 01 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Raison D'êtreWhere stories live. Discover now