"Mark Lee!"
Suara Puan Lee menjerit memanggil anak terunanya yang dari tadi tak habis-habis mengacau anak perempuan kesayangannya, Lami. Kedua-dua belah tanggannya diletakkan di pinggang. Wajahnya berkerut seribu, kepalanya digeleng-geleng. Penat dia nak melayan anaknya degil seorang ini.
"Mama! abang asyik tarik rambut Lami!!", gadis berusia 15 tahun bernama Lami merengek kepada ibunya.
Mark ketawa terbahak-bahak masih belum melepaskan tocang rambut adiknya. Dia terhibur melihat reaksi Lami yang dalam kesakitan.
"Kenapalah adik aku ni comel sangat kan?", Mark mengucup kepala Lami sebelum melepaskan tocang rambut di tangannya. Lami dengan pantas memijak kaki Mark sekuat hati.
"Ouch!"
"Padan Muka!"
Mark merengus kesakitan. Dia membelai kakinya yang dipijak. Lami berlari ke arah puan Lee dan menyorok di belakang wanita itu.
"Haih kamu berdua kan..gaduh je memanjang. Mark pun satu."
"Mark memanglah satu mama..mana ada mark kedua" Mark memotong perkataan maknya sambil tersenyum bak kerang busuk.
Satu cubitan hangat hinggap diperut Mark. Cubitan yang penuh dengan 'kasih sayang' sehingga membuatkan Mark terduduk. Lami tersenyum puas melihat abangnya yang dalam kesakitan.
"Semalam mama dah bincang dengan daddy"
Mark berdiri sambil mengulas bekas cubitan dengan lembut. Nada ibunya itu sangat serius. Seperti ada sesuatu yang tak kena. Mark berasa tidak sedap hati.
Ahhh sudah..mama nak kahwinkan aku dengan anak bestfriend dia tu ke..si rambut putih..
"Keputusan apa mama?"
"Mark Lee, mulai minggu depan..kamu akan tinggal sendiri. Umur kamu dah 25 tahun tapi masih duduk sekali dengan mama dan daddy. Daddy nak kamu jadi pengganti dia uruskan klinik dekat Paju."
"APA?!"
xx
Koeun memasukkan buku nota berwarna pink ke dalam begnya. Buku nota yang penuh dengan rahsia dan coretan hati. Buku yang boleh dianggap sebagai penemannya dikala sunyi.
Meow
"Mark..meh sini dekat mommy"
Seekor kucing Parsi berwarna putih melompat ke atas ribanya. Perlahan-lahan bulu Mark yang gebu dibelai.
"Mark-ah, esok mommy kena pergi klinik jumpa dengan Mr.Lee. Mommy tak boleh bawa Mark sebab nanti Mark kacau patient lain dekat sana. Hmm..mesti mommy rindu Mark"
Koeun mengeluh. Dia mencium kepala Mark sambil menepuk perut kucingnya itu.
Meow Meow
Mark menjilat jari Koeun. Sayang sangat si Koeun dengan kucingnya itu. Kucing pemberian arwah ibunya yang menjadi harta terakhir sebelum ibunya meninggal.
Kring Kring
Telefon Koeun berdering tanda mesej masuk. Dia terus memanggil terlefonnya dan membaca pesanan yang masuk daripada kawan baiknya, Hina.
Weh lapar tak?
Jom pergi makan
Aku belanja
Koeun?
Woi?
Gila tak lapar
Aku siap-siap
Satgi aku pergi rumah kau
Jam menunjukkan pukul 1 tengahari. Patutlah perut Koeun berbunyi dari tadi. Dia tak makan apa-apa sejak pagi sebab sibuk siapkan nota kolej. Koeun letak Mark di lantai dan bergerak ke almari pakaian untuk bersiap.
30 minit selepas itu, Koeun turun ke tingkat bawah diikuti dengan Mark dari belakang. Dia memakai hoodie berwarna kelabu yang dipasangkan dengan seluar jeans berwarna putih dan topi berwana pink.
"Koeun, lawa-lawa nak pergi mana?"
Jaehyun abang Koeun menegur dari ruang tamu. Dia sedang berbaring di atas sofa sambil menonton drama korea Crash Landing On You yang ditayangkan di television.
"Bila je adik kamu tak lawa?", ayah Koeun Mr.Jung berseloroh baru keluar dari dapur sambil memegang roti.
"Pft- lawa kat mana hah, hahahaha!"
Sepasang stokin hinggap di muka Jaehyun. Stokin milik Koeun yang dipegangnya dari tadi singgah sebentar di muka handsome abangnya.
Nice Koeun. Balingan yang sangat mantap
Meow meow meow meow
Mark mengiau dengan kuat seperti sedang ketawa.
"YAH! EUNNIE!"
Sebelum Jaehyun sempat kejar si Koeun, dia cepat-cepat pakai kasut dan keluar daripada rumah. Namun sebelum itu dia sempat menjerit.
"TOLONG JAGAKAN MARK YA! KOEUN BALIK LAMBAT HARI NI!"
Mr.Jung hanya tersenyum melihat gelagat anak perempuannya itu. Satu-satunya anak perempuan yang sangat disayanginya.
" Papa! tengoklah Koeun tu dia-", belum sempat Jaehyun nak mengadu, ayahnya terus sumbatkan sisa roti ke dalam mulut anak lelakinya itu.
"Tu sambung tengok..."
Mr.Jung duduk di sebelah Jaehyun sambil ketawa terbahak-bahak melihat muka Jaehyun yang tersedak roti. Dengan pantas dia keluarkan telefon dari poket seluar dan menangkap gambar Jaehyun sebagai koleksinya.
"PAPA!"
YOU ARE READING
My Cat [ ネコ]
RomanceKisah pemilik kucing bernama 'Mark' yang penuh dengan ketenangan sehinggalah dia mendapat jiran baharu. " Kau sibuk je nak namakan kucing kau 'Mark'..mesti sebab kau suka aku kan?" - Mark Lee "Excuse me sir, i don't even know you before..pft-" - Koe...