Bab 25

8.1K 319 54
                                    

12 July 2020/ 08 August 2024

Kalau percayakan ramalan mix and match daripada bintang-bintang tu sesuatu yang dilarang keras dalam agama, maka aku kena guna alternatif drastik untuk buat Haziq percaya yang aku ni memang bukan seseorang yang sesuai untuknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kalau percayakan ramalan mix and match daripada bintang-bintang tu sesuatu yang dilarang keras dalam agama, maka aku kena guna alternatif drastik untuk buat Haziq percaya yang aku ni memang bukan seseorang yang sesuai untuknya. Senjata utama perlu dikeluarkan nampak gayanya ini. Alasan yang kalau aku bagi tak boleh dibidasnya dengan mudah.

Dan cara terbaik ialah istikarah!

Sepanjang minggu lalu, tiap-tiap malamku diisi dengan solat hajat. Laksanakan sereda-reda mungkin, seikhlas-ikhlasnya untuk minta petunjuk kepada-Nya apa jalan yang terbaik untukku lakukan agar terkeluar daripada masalah ini.

Selalunya orang yang pernah lakukan istikarah akan kata mereka mendapat petunjuk daripada mimpi. Masuk hari ini, sudah seminggu lebih aku menunggu jawapan daripada mimpiku. Tapi sampai sekarang aku tak mimpi apa-apa pun! Perasaan yang dikata boleh berubah sekelip mata pun aku tak rasa ada yang berubah sangat. Makin bengkak hati aku dengan Haziq tu adalah. Menyampah aje bila terbayangkan layanan dingin lelaki itu selama ni.

Tapi, bukan tu pun boleh jadi satu petunjuk ke?

Terdetik fikiran itu ketika larit aku memerhati kertas-kertas kerja yang Haziq suruh aku copy itu keluar dari mesin fotostat. Tak semenah-mena, jiwa yang buntu apabila mendapat jawapan itu diserang rasa yakin. Ya, aku makin yakin perasaan menyampah aku itu tanda lelaki tu bukan yang terbaik buatku!

Melihat kertas terakhir itu meluncur keluar lalu jatuh menyertai kertas-kertas lain itu, lekas-lekas aku ambil semua kertas tersebut lalu susun betul-betul. Boleh pula mengelamun!

Cepat-cepat aku ke tepi meja yang berada di sebelah untuk memberi ruang kepada pekerja yang lain untuk menggunakan mesin fotostat itu. Kira punya kira, cukup seratus dua puluh muka surat kesemuanya. Menepati arahan Haziq, satu per satu kertas itu aku asingkan sehingga dapat sepuluh kertas kerja tersusun di atas meja. Lalu satu per satu juga kertas itu aku stapler cantik-cantik.

Siap! Okey, dah boleh masuk bilik Haziq semula untuk layangkan kertas-kertas bodoh di ni kepalanya. Bukan main lagi perangai mamat tu hari ni. Aku sampai aje di syarikat ni, terus dia bagi list tugas yang aku kena selesaikan sebelum balik ke Book's Cafe. Kalau tak siap tak boleh balik. Amboi... Banyak cantik muka dia?!

Setibanya di bilik Haziq tu, aku buka sahaja pintu itu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Saja, nak tunjuk kat lelaki itu kalau dia berani buli aku bermakna respect aku kepadanya juga boleh hilang. Belum pun separuh tubuhku masuk ke dalam bilik itu, dua suara yang aku kenali tengah bercakap-cakap itu buat aku mematung di sebalik pintu. Terpaksa aku undur setapak untuk keluar.

"Kau pasti ke ni?" Suara garau itu minta kepastian. Diselangi satu bunyi selakkan kertas.

Tiada jawapan yang Haziq terima melainkan kesunyiaan. Ada dua sahaja kemungkinan. Satu, orang tu membetulkan kata-kata Haziq dengan anggukan. Atau kedua, orang tu tak ada jawapan yang Haziq mahukan. Dua-dua boleh buat Haziq marah kalau tak kena dengan anginnya.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now