Bab 26

7.5K 388 16
                                    

14 August 2020/ 13 August 2024


Tangan kasar yang tidak lepas daripada genggaman mama itu aku perhati sayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan kasar yang tidak lepas daripada genggaman mama itu aku perhati sayu. Tak dapat nak gambarkan seandainya tangan itu kaku tak bernyawa lagi. Syukurlah bukan itu kenyataa yang perlu kami terima bila papa masih diizinkan untuk bernafas di muka bumi ini.

Menurut doktor yang merawat papa, serangan jantung yang papa alami itu disebabkan lonjakan hormon adrenalinnya yang tidak stabil. Itulah punca utama tekanan darah papa naik secara mendadak. Doktor kata banyak faktor yang boleh jadi penyebab kepada serangan jantung ni. Namun setelah mendengar keterangan daripada Abang Aiman tentang kegiatan papa sebelum papa pengsan, doktor muda itu sahkan bahawasanya serangan jantung papa disebabkan tekanan di tempat kerja yang melampau. Tambahan lagi, rehat papa selama ni tak mencukupi.

Ni yang buat aku panas hati! Dah aku cakap, jangan telampau berkerja. Rehat kena rehat yang cukup. Makan pun wajib dijaga. Tapi papa tu kepala batu, degil! Orang nasihat, bukan nak dengar. Buat derk aje bila aku membebel pasal kesihatannya. Tengoklah apa yang dah jadi sekarang. Kesan pandang remeh nasihat oranglah ni!

Tapi nak marah-marah pun, aku la yang paling banyak menangis semalam. Kalah mama yang duduk menunggu di luar bilik kecemasan unit rawatan rapi itu. Mama pun boleh tahan banjirnya, tapi aku lagi dahsyat. Beria-ia macam papa dah meninggal pula.

Alhamdulilah la sekarang ni papa sudah dipindahkan ke unit rawatan biasa yang lebih selesa. Keadaan papa yang separa kritikal semalam pun semakin stabil bila lebih enam jam berada dalam pemantauan intensif. Nasib baiklah papa tak apa-apa walaupun risiko papa terkena strok itu tinggi. Dan syukur juga sebab papa pun dah sedar tengah hari tadi.

Meskipun papa masih dalam lemah tak bermaya, lelah, dan percakapannya tidak koheren, tapi itu lebih baik daripada papa berlama-lama di ICU itu.

Tangan yang sedari tadi diurut-urut lembut itu bergerak dengan sendirinya. Melihat bola mata papa yang bergerak-gerak itu buatkan aku cepat-cepat tegakkan badanku daripada terus memeluk mama. Air mata yang mengalir di pipi aku aku seka secepat mungkin apabila papa mencelikkan mata. Pandang aku dan mama yang dah pasang senyuman hambar.

"Maaf bang. Abang terjaga ke?" Mama bertanya perihatin. Tangan yang menggenggam tangan papa pun dilonggarkan sedikit. Risau kalau-kalau dirinya mengganggu. Naik sedikit bibir yang pucat itu lalu menggerak lemah kepalanya. Mata tua papa turut membalas senyuman kami.

"Tak ada la, Mar. Abang cuma dahaga. Boleh tolong ambilkan air untuk abang?" Serak suara papa meminta bantuan.

Tak berlengah, mama buat apa yang diminta. Berdiri lalu menuangkan air ke dalam gelas. Ketika itulah aku lihat pandangan papa dikalihkan kepadaku.

"Unie, boleh tolong panggilkan Abang Man tak? Papa nak cakap sikit dengan abang kamu tu." Ternyata bukan mama sahaja, aku juga perlu melaksanakan tugasku sebagai seorang anak bila itu yang papa minta.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now