PROLOG

223 7 0
                                    

"Bunga, kau kena sihat tau. Nanti kalau kau sakit tak ada orang nak teman aku"

Diusap-usapnya bunga Rose yang kembang mekar itu. Sinaran matahari yang memancar membuatkan bunga Rose yang baru sahaja disiram air itu kelihatan bersinar.

Dia mendekatkan mukanya pada bunga Rose itu. Hidungnya mula menghidu bunga Rose sambil memejam mata. Seakan-akan menikmati haruman dari bunga Rose itu.

Dia menjarakkan wajahnya pada bunga Rose itu apabila mendengar bunyi pintu pagar dibuka. Serentak itu dia menoleh ke kiri memandang ke arah bunyi pintu pagar.

Kelihatan seorang budak lelaki, hm....bukan budaklah disebabkan ketinggian dia macam orang dewasa. Tak dewasa sangatlah, macam budak sekolah menengah.

Yup!

Kelihatan seorang lelaki sedang membuka pintu pagar. Ada sebuah kereta Alphard berwarna gold elok terletak di belakangnya.

Selesai sahaja lelaki itu membuka pintu pagar, dia menoleh ke arah budak perempuan yang elok berdiri di samping bunga Rose yang mekar.

Pandangan mereka bertembung.

Si lelaki menghadiahkan senyuman manis manakala si gadis terpaku melihat raut wajah itu. Dia seakan-akan terperangkap di dalam senyuman manis lelaki itu.

Seakan-akan dipenjara didalam mata hazel cerah milik lelaki itu. Seperti digari, dikunci dan ditutup kemas oleh mata hazel itu.

Perlahan-lahan bibir bergerak ke atas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

#1 Airisyakirah [OG]Where stories live. Discover now