ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua. Saya GadisOrkid. Jadi ni karya pertama saya dalam wattpad.
Saya berharap karya ini dapat diterima baik. Untuk semua pembaca, korrang boleh comment and share supaya saya lagi semangat nak menulis dan berkarya okiess.
enjoyy!!"Orkid aku ada sesuatu nak bagi tahu kau ni, tapi kau janji tau jangan gelakkan aku" kata Adam
Orkid memandang pelik pada Adam
"Haa!!apa !! ada orang masuk meminang kau ke Adam " gelak orkid yang selalu mengusik Adam
Adam merupakan kawan Orkid sejak kecil lagi, mereka dah macam belangkas kehulu kehilir bersama sama. Adam sangat menyayangi gadis itu sehingga pernah sekali dia sanggup bertumbuk dengan seniornya yang menggangu Orkid di sekolah pada zaman persekolahan mereka.
"kringg kringg kringg"
Jam menunjukkan 10.30 pagi ketika itu. Hari itu merupakan hari pertama Orkid berada di sekolah menengah. Orkid tidak mengenali sesiapa selain Adam di sekolah itu.
Tepat jam itu Orkid keluar dari kelasnya untuk berjumpa Adam di kantin, namun ketika Orkid ingin menuruni tangga dari kelasnya, dia ternampak ada beberapa orang pelajar lelaki yang duduk di penjuru blok kelasnya yang sedang memerhati dirinya
"Hai junior" boleh kenal? kata salah seorang pelajar lelaki itu yang bernama Aryan iaitu ketua playboy terkenal pada abad itu.
Aryan terkenal dengan gelaran playboy kerana sikapnya yang nakal dan sering bertukar ganti pasangan.
Apa yang tertanam di encephalon nya ialah " bercinta biar ramai" yang menyebabkan dia digelar playboy sejati.Aryan merupakan pelajar tingkatan 4 pada waktu itu.
Orkid mula cemas dan dengan lajunya berjalan menuju ke arah kantin, namun dia dihalang oleh pelajar pelajar tersebut.
"Kau budak baru kan, jangan la sombong sangat " kata Aryan
"Jangan la kacau" tegas Orkid
"eh apa dia cakap, jangan kacau, kita bukan nak kacau dia kan,,kita nak kenal je dengan dia", kata Aryan kepada anak anak buahnya.
Anak anak buahnya bagai lembu dicucuk hidung yang hanya mengangguk apa yang dikatakan Ayran.
Aryan yang tetap akan menjadi Aryan terus menerus mengacau Orkid.
Air mata Orkid mula membasahi pipinya kerana takut akan geng tersebut.
Orkid hilang arah mahu pergi kemana kerana dia dihalang oleh geng itu.
Saat itu Orkid hanya berharap Adam akan datang mencarinya kerana dia ketakutan pada waktu itu.
" Woiii korang buat apa tuu ha?" jerit Adam
Pada ketika itu hanya Tuhan yang dapat mengetahui perasaan leganya hati Orkid tatkala dia mendengar suara Adam.
Adam, tolong Orkid!! jerit Orkid
"Apa korang buat nii ? Kau nak jadikan Orkid mangsa baru korang?,,ehhh jangan haraplah tengking Adam
" Kau ingat kau besar sangat nak tengking tengking aku, tengok kau tu besar mana.Aku jentik jelah kau ni" perli Aryan
Adam mula rasa tercabar dengan kata kata Aryan sehinggalah tumbukan pertama mendarat ni muka Aryan.
Aksi bertumbuk seperti WWE bermula antara Adam dan Aryan. Air mata Orkid giat meluncur turun kerana ketakutan sehinggalah cikgu Faizal yang merupakan guru disiplin sekolah itu datang meredakan keadaan.
Adam dan Aryan dibicarakan di bilik disiplin yang telah menjadi seperti bilik peribadi Aryan kerana sering keluar masuk dari bilik itu disebabkan kesalahan disiplin yang dilkukannya.
"kamu ni Aryan kalau sehari tak buat hal bukan Aryan la," kata cikgu Faizal.
"Sekarang ni saya nak kamu minta maaf pada Orkid " kata cikgu Faizal
"Saya tak teragak agak nak menggantung sesi persekolahan kamu atas kesalahan kesalahan kamu,,ingat tu Aryan"pesan cikgu Faizal
Setelah keluar dari bilik disiplin, Adam terlihat Orkid yang masih tersedu sedu di kerusi hadapan bilik disiplin .
"Dah la jangan menangis, aku ada ni" sergah Adam untuk menenangkan Orkid
"Adam okay tak ni , bibir Adam berdarah ni,, Orkid minta maaf" kata Orkid dengan nada perlahan
"Aku okay la orkid, kau tengok aku boleh senyum lagi" kata adam sambil menahan kesakitan
Orkid merasa kasihan melihat Adam yang menahan kesakitan di hadapannya kerana tidak ingin dia menjadi risau.
Itulah antara kenangan persekolahan yang sentiasa diingati Orkid.
"Eh kau nii mengelamun pulak aku cakap dengan kauu"
"Orkid tergelak kecil apabila dia teringat akan kejadian tersebut dengan sikap Adam yang sentiasa kalut dari dulu lagi.
"Ye abang Adam ada apa tu, bagila tahu " kata Orkid sambil terseyum jahat melihat Adam
Adam mendengus kecil kerana selalu diusik oleh Orkid dengan panggilan abang. Jarak umur mereka tidaklah terlalu jauh hanya 3 tahun sahaja, tetapi Orkid selalu memanggil Adam dengan panggilan abang kerana dia suka melihat telatah Adam yang selalu marah apabila mendengar dia memanggilnya dengan panggilan abang.
" ishh kauu nii dah berapa kali aku pesan, panggil aku ADAM bukan abang Adam. lagipun aku mana ada adik kata Adam sambil ketawa melihat pipi Orkid yang mula merona kerana malu adam tidak mahu menganggapnya adik.
Adam merupakan anak tunggal Haji Hassan dan Puan Laila
"yelah yelah apa yang kau nak cakap tadi"
"Sebenarnya aku, err, akuu ....
"Angah mama panggil balik"
Sergah adik Orkid yang tiba tiba datang menerpa Orkid dan Adam
"Astaghfirullahalazim !! Nasib baik tak tercabut jantung aku ni acik , kata Orkid dengan nada terkejut
"Yelah mama cari angah dari tadi lagi tapi tak jumpa, tu yang acik pasang enjin turbo acik nii cari angah,,sambil menunjuk ke arah motor kapcainya.
"Ha yelah yelah japlagi angah balik cakap kat mama. Angah ada benda ni nak cakap dengan Adam" kata Orkid
"Boleh acik join"seloroh acik
"kau pergi balik, jangan nak menyibuk hal orang tua2" marah Orkid
Tanpa berkata lagi adiknya itu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Haa adam kau nak cakap apa tadi dengan aku , ha cakaplah" tanya Orkid
"Eh nantilahh aku cakap , aku dah lupa la Orkid" tipu Adam
Yang sebetulnya dia ingin memberitahu tetapi masih terkejut dengan kedatangan adik Orkid yang datang mengejut membuatkannya tidak ingin bercerita .
"ishhh kau nii, masalah laa, nanti kau dah ingat cari akuu" pesan Orkid selamba
" Ye Orkidku sayang" seloroh Adam
"apa kau nii sayang sayang pulakk,,geli la" cebik Orkid
"aku gurau je laa kau ni, kita kan kawan" kata Adam
"emm Orkid aku rasa aku balik dulu ehh,,aa aaku nnak nak tolong mak aku" kata Adam dengan perasaan gementar kerana mulutnya yang celupar memanggil Orkid dengan panggilan sayang.
"Adamm" jerit orkid apabila Adam terus meninggalkannya begitu saja.
YOU ARE READING
Dia Yang Dulu
RomanceMengisahkan tentang pertemuan semula Orkid dan Adam yang bertemu setelah hampir 5 tahun tidak berjumpa. Orkid dan Adam merupakan kawan baik semenjak orkid masil kecil. Namun mereka terpaksa berpisah disebabkan perkara yang tidak boleh ditunda. Apa y...