enjoy part 2
Jangan lupa comment and share okiess!
"mama, mama ,mama" teriak Orkid dari luar memanggil mamanya, Puan Nani yang sedang menyiapkan minum petang di dapur.
"Ye sayang,,mama ada kat dapur ni, kenapa jerit jerit tuu anak dara ni?" jawab Puan Nani dengan nada yang lembut.
"mama nak tahu tak tadi Adam ada nak bagitau Orkid sesuatu,tapi acik nii kacau je cakap mama panggil,pastu Adam dah tak jadi nak bagitahu Orkid"
"Adam bakal menantu mama tu ke?" Puan Nani jawab dengan selamba
"ishh mama nii..Orkid taknak kawin dengan Adam. Mama jangan la cakap macam tu. Nanti masin mulut mama, Orkid kena kahwin dengan Adam" dengus Orkid
"Mama berkenan la dengan Adam tu, baik budi bahasa bila bercakap dengan orang tua"
Puan Nani tidak berhenti memuji Adam sehingga terlupa cekodok pisang yang digorengnya
" Ha kalau macam tuu mama la yang kahwin dengan Adam" marah orkid
"mama bagi sekali cekodok pisang hangus tu dekat madu baba"sambil ketawa melihat cekodok pisang yang telah hangus dek mamanya leka memuji Adam
"Bertuah punya anak dara, dia biarkan je cekodok pisang tu hangus" sambil geram melihat Orkid yang sudah lari meninggalkannya
Selesai minum petang, kebiasaannya mereka sekeluarga akan melakukan aktiviti bersama sama. Mereka akan bermain badminton, menyiram pokok dan macam macam lagi.
Pada waktu maghrib pula sudah menjadi rutin keluarga mereka untuk solat berjemaah di masjid.
"Adammm" jerit Orkid apabila melihat Adam yang sedang menghidupkan motornya untuk pulang setelah selesai solat berjemaah maghrib dan isya'.
" Ya Allah kau ni Orkid,,kenapa la kau nii suka jerit jerit ehh?
"Alaa Adam nii, sorry Orkid tak sengaja laa" sambil menunjukkan muka sedihnya
"kau takpayah nak buat muka macam tuu, kau tu insaf sekejap jee nanti kau jerit lagii tepi telinga aku ni" jawab Adam dengan selamba kerana sudah terbiasa dengan kelakuan Orkid
"Aku tahu kau sayang aku kan Adam,, sebab tu Adam tak marah Orkid kan" jawab Orkid dengan selamba
"Sebab sayang la Adam marah"
"Orkid mintak maaf"
"ha dahh takpayah nak bermega drama kat sini,, ada apa panggil Adam?" tanya Adam
"Orkid nak tanya,,Adam nak bagitahu apa kat Orkid tadi?"
" Ooo,sebenarnya aku nak bagitahu yang aku nak kahwin esok" jawab Adam sambil gelak.
Yang sebenarnya Adam sedang cuba menyembunyikan sesuatu dari Orkid
"Adammm"panggil Orkid sambil menahan marah
"Orkidd" jawab Adam selamba sambil tersenyum melihat muka Orkid yang mula merah
"Okay okay..aku mintak maaf okay, aku bagitahu kau esok,,jumpa kat tempat biasa lepas asar"jawab Adam sambil meninggalkan Orkid di hadapan masjid tanpa menunggu jawapan dari Orkid
YOU ARE READING
Dia Yang Dulu
RomanceMengisahkan tentang pertemuan semula Orkid dan Adam yang bertemu setelah hampir 5 tahun tidak berjumpa. Orkid dan Adam merupakan kawan baik semenjak orkid masil kecil. Namun mereka terpaksa berpisah disebabkan perkara yang tidak boleh ditunda. Apa y...