P R O L O G
Air mata Aneesa laju membasahi wajahnya.Dia terlalu penat.Penat dalam usaha mempertahankan hubungan dengan kekasih hati dan dengan mudah ia dihancurkan oleh orang tuanya sendiri.
Sanggup papanya membuat dia terluka bergini.Satu-satunya anak yang papanya ada.Langsung dia tidak menduga yang papanya sanggup menjadi insan yang memusnahkan cintanya.Apakah semua ini demdam papa padanya?
Seingat Aneesa,itulah kali pertama dia melihat papanya naik berang.Meskipun sebelum ini dia selalu bersikap acuh tak acuh dengan papanya.Tapi papanya tidak pernah ambil peduli.Apatah lagi untuk melarang dia.Malah,papanya langsung tidak kisah sewaktu dia menghabiskan masanya dengan merayau sepanjang hari.Sehinggakan dia tidak terkecuali daripada dipanggil guru disiplin gara-gara ponteng sekolah.
Tapi sekarang apa yang sudah berlaku?Sehinggakan papanya berubah sebegitu sekali.Kenapa hubungannya dengan Amsyar pula menjadi perhatian papanya?Malah,papanya mahu dia memutuskan hubungan dengan Amsyar.Apa salah Amsyar sehinggakan papanya membenci sebegitu sekali?Padahal papanya kenal orang tua Amsyar dan pernah berbincang untuk menjadi rakan kongsi.Tetapi kenapa hubungannya dengan Amsyar pula dihalang?Itulah satu-satunya lelaki yang bertakhta di hatinya dan dia tidak sanggup kehilangan lelaki itu.
Neesa cintakan Am dan Neesa akan kahwin dengan Am! jerit Aneesa dengan berani saat papanya melarang keras hubungan cintanya dengan Amsyar.
Kahwin?SPM pun belum lepas,dah berani cakap fasal kahwin. Ini semua mesti sebab budak tak guna tu! marah Datuk zaman.
Geram pulak dia dengan kedegilan Aneesa yang seperti sengaja menguji kesabarannya.Bukan dia tak tahu yang anak gadisnya itu membenci dirinya.Semuanya gara-gara dirinya yang mahu menambah cawangan lain,sedangkan Puan Zaleha seorang isteri yang cukup baik dan setia padanya.
Budak tak guna tu namanya Amsyar .Kenapa papa benci sangat pada dia?Sedangkan papa dah kenal orang tua Am. Suara Aneesa lirih
Kali ini dia cuba berlembut pula dengan papanya itu.Berharap benar yang papanya akan bersetuju dengan pujukannya.Kalau tidak berjaya juga,dia nekad kahwin lari bersama Amsyar.Dia tak peduli pada papanya,yang penting dia dapat bersama dengan Amsyar.
Because I knew their family very well.Mereka tu bukan sayang kau pun.Tapi mereka sayang harta aku!Harta aku, Neesa!
Aneesa menggeleng-geleng.Tidak percaya dengan kata-kata papanya itu.Baginya kat- kata papanya itu tidak boleh dipercayai.Mana mungkin dia percaya pada insan yang telah menyebabkan mamanya merana gara-gara cintanya dikhianati.
Tak!papa tipu Neesa.Am bukan orang yang macam tu.Neesa.. Anessa mula menggeleng-geleng.Terasa tidak percaya dengan kata-kata papanya itu.
Neesa nak kahwin dengan Am! ujar Aneesa dengan tiba-tiba.
Aneesa sendiri hairan dari mana dia mendapat kekuatan sebegitu untuk melawan papanya.Malah,begitu nekad untuk berkahwin dengan Amsyar.Meskipun umurnya baru sahaja menginjak 16 tahun.Gila?ya!Dia memang gilakan insan bernama Amsyar.Gila sehingga sanggup melawan papanya sendiri.
Kahwin?Kalau kau gatal sangat nak kahwin,Papa akan kahwinkan Neesa.
Bibir Aneesa mengukir senyuman.Terasa puas dengan kata-kata terakhir papanya itu.Seolah-olah dia sudah menang dalam pertengkaran ini .
Ya,papa akan kahwinkan Neesa.Tapi bukan dengan budak tak guna tu .Neesa akan kahwin dengan menantu pilihan papa! sambung Datuk Zaman lagi sambil melangkah meninggalkan Aneesa sendirian.Dia tak sanggup melihat Aneesa yang terlalu mudah percayakan Amsyar.
Papa! jerit Aneesa kuat.
Kecewa dengan sikap papanya itu.Sangka Aneesa,cintanya pada Amsyar akan bersatu.Bukan ini pintanya.Sungguh bukan ini yang dimahukannya.Dia tidak mahu dikahwinkan dengan orang yang tidak dikenalinya.Malah,dalam usia yang masih muda.Dia masih belum puas menikmati keseronokan dunia.
Aneesa tersentak apabila pintu bilik dibuka dari luar.Segera dia menoleh pada pintu biliknya.Mahu melihat gerangan yang datang menjenguknya itu.Aneesa mendengus kuat saat anak matanya melihat wajah insan yang tidak dinantinya itu Insan yang sentiasa mencabar kesabarannya.Dengan pantas dia menyapu air matanya yang sedari tadi hangat membasahi wajahnya.Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan insan itu.
Kartini menghadiahkan senyuman sinis pada Aneesa yang sedang menyapu air mata.Jauh di sudut hati, dia benar-benar berterima kasih pada papanya kerana membuat satu keputusan yang begitu tepat.Tindakan papanya untuk menyatukan Aneesa dengan budak kampung itu merupakan satu berita yang paling menggembirakan hatinya.Secara tidak langsung tindakan papanya itu membantunya untuk mendapatkan Amsyar.
kau buat apa kat sini? bentak Aneesa kuat.
Diayakin kehadiran Kartini di biliknya itu semata-mata untuk terus menyakitkan hati nya seperti yang selalu dilakukan oleh gadis itu.
Aik?Marah nampak? balas Kartini pula.
Seraya dengan itu dia menyentuh dada,buat-buat terkejut dengan bentakan Aneesa sebentar tadi.Seketika kemudian dia tertawa kecil apabila melihat wajah Aneesa yang mula kelihatan tegang.Malah,pandangan tajam turut diberikan gadis itu.
Akak sayang,tak elok mara -marah macam ni.Nanti rosak semua majlis yang papa buat khas untuk kau ni.Ujar Kartini lagi.Sengaja mahu menaikkan rasa marah Aneesa.
Diam! Aku tak nak tengok muka kau dekat sini.Keluar! Bentak Aneesa kuat.
Seraya dengan itu dia bangkit untuk menerkam ke arah Kartini.Tetapi kartini lebih pantas bertindak.Terus saja dia meloloskan diri apabila melihat Aneesa yang mahu menerkan ke arahnya
![](https://img.wattpad.com/cover/229524849-288-k296044.jpg)
YOU ARE READING
Dia Tunang Aku
Non-FictionDZAQUAN serba salah. Dia dalam dilema. Menerima 'lamaran' daripada Datuk Zaman atau berpisah dengan adik-adiknya?Menerima,bermakna dia akan melukakan sekeping hati seorang gadis yang tidak bersalah.Menolak,bermakna dia sanggup dpisahkan dengan adik...