Chapter 45

71 4 1
                                    

Kewujudan Taehyung di dunia manusia sudah diketahui oleh member BTS.

Pada mulanya, semua terkejut, mereka rasa marah sebab beban yang Merae tanggung selama 6 tahun ni sangat besar.

Tapi setelah Taehyung menjelaskan semuanya, mereka mula faham.

Sebenarnya Taehyung juga terseksa menahan rindu pada wanita itu.

Dia dipaksa berkahwin Dan melakukan segala tugasan yang lebih berat dari selalunya.

Dia juga sebenarnya diseksa oleh Vernandé kerana Selene, dia dilibas berkali-kali tanpa belas kasihan.

Lagi teruknya, Vernandé hanya membenarkan Taehyung muncul dalam rupa manusia ketika itu, Dan Vernandé bagi Taehyung rasa betapa sakitnya diseksa sebagai manusia, kuasanya masih ada cuma disekat oleh Vernandé.

Setelah puas diseksa, Vernandé memulihkan Taehyung semula. Kemudian diseksa lagi, sampai lah dia puas.

Semuanya kerana tuduhan tak berasas Selene, Selene menuduh Taehyung berlaku kejam terhadapnya sedangkan Taehyung tidak pernah memukul Selene walau sekalipun.

Selene mampu meracuni fikiran Vernandé dengan kuasanya.

Kenapa dia perlu menuduh Taehyung macam-macam sedangkan dia kata dia sayang Taehyung?

Sebab Taehyung tidak mahu menyentuhnya walau sedikitpun Dan hanya nama Merae yang disebut dalam tidurnya. Selene sakit hati!

Sebab tu dia sanggup buat Taehyung terseksa untuk bersama dengannya.

Tapi setelah Vernandé memaksa mereka untuk mendapatkan pewaris, Taehyung terpaksa akur, dia menyentuh Selene walaupun bukan dengan kerelaan hati dia sendiri.

Selene tersenyum gembira setiap kali Taehyung menyentuhnya tetapi dia geram kerana amat susah untuk mendapatkan perhatian Taehyung.

Selene marah bila masih lagi tiada nyawa dalam rahimnya. Dia risau dia akan ditendang keluar dari Istana itu jika Taehyung kembali kepada Merae.

Taehyung meminta tolong rakan-rakannya.
Dia mahu Merae, dia mahu memunculkan diri di depan Merae tetapi dia takut Merae akan membencinya lagi.

Mereka semua berbincang dengan ahli keluarga masing-masing supaya tak terkejut dengan kemunculan Taehyung.

Mereka mengambil keputusan untuk bercuti di Pulau Jeju. Lagipun, budak-budak cuti sekolah selama 2 minggu.

Masing-masing excited nak bercuti.

Setelah sampai, mereka terus masuk bilik masing-masing. Dah book bilik hotel dulu okay!

Merae pelik, kenapa biliknya besar sangat sedangkan dia hanya tidur berdua dengan Taehyun. Tapi dia malas nak fikir semua itu.

Pada mulanya, Merae menolak tapi sebab mereka kata nak buat Family Day kat sini, Merae pun akur.

Anak-anak mereka bermain pasir di tepi pantai, ibu bapa mereka bersweetan tapi dalam masa yang sama, mata mereka tetap mengawasi anak-anak mereka.

Merae menghabiskan masanya berjalan di tepi pantai untuk menenangkan fikirannya.
Tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

Merae- Aduh, maaf encik

The Evil Love ❤🔪(BTS)Where stories live. Discover now