"Chanhee, shift kita dah habis!"
Saemi bersandar pada rak, sudah tiga hari mereka terpaksa overtime kerana kekurangan pekerja. Sampai Saehee pun terpaksa rehat di dalam bilik staf, malas mahu pulang ke rumah, makan masa. Chanhee membuka pintu bilik staf, menampakkan Saehee yang sedang tidur. Saemi melepaskan keluhan, "Sebelum balik kita minum kat kafe nak tak? Aku belanja?"
Chanhee, Saemi dan Saehee melangkah masuk ke dalam kafe kecil itu, "Kau pesanlah, untuk Saehee kau pesan hot chocolate je." beritahu Saemi sebelum Chanhee berjalan ke kaunter pesan minuman, Saehee yang keletihan itu meletakkan kepala di atas meja, menghadap ke kaunter pastri. Saemi bermain telefonnya sementara menunggu pesanan tiba.
Chanhee kembali di meja, memandang Saemi. "Apa kau pandang aku macam tu?" soal Saemi. "Saehee mana, Saehee?" Saemi melihat kerusi di sebelahnya, adiknya tiada di situ. "Saehee?" Saemi lantas bangun, mencari adik perempuannya.
Pandangannya teralih kepada susuk kecil yang bermain bersama seorang lelaki di hadapan kaunter pastri. "Eun Saehee!" Saemi lantas berlari mendapatkan adik perempuannya. Lelaki yang bertag Ju Haknyeon itu bangun, melihat Saemi yang memeluk adik perempuannya.
"Adik awak main kat sini tadi, saya ingat dia datang seorang, jadi saya tanya lah dia kalau tak jumpa jalan balik," beritahu Haknyeon. Saemi memegang bahu adiknya, "Lain kali jangan pergi mana-mana tak beritahu kakak," Saehee mengangguk, "Abang Haknyeon baiklah, kakak janganlah takut."
YOU ARE READING
Chocolates ; Ju Haknyeon
Fanfictionᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Haknyeon membuat sesuatu untuk memikat hati Saemi, melalui adik perempuannya.