hye gaisss, chap pertama ini saya buat singkat sahaja kerana chap ini adalah pengenalan kepada watak kita. So yeah, hope korang enjoyyy🙆🥰
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Suasana malam yang gelap itu, membuatkan Vlad berasa sungguh tenang. Fikirannya yang serabut, dapat ditenangkan sebentar. Vlad kini duduk di tingkat bangunan yang paling tinggi di kerajaan Cansver itu dan melihat pemandangan malam yang ditemani cahaya-cahaya dari bangunan yang lain dan juga cahaya bulan dan bintang yang berkilauan.
Gula-gula getah setia digigit-gigit didalam mulutnya. Cahaya bulan betul-betul menarik perhatiannya.
'keturunan Dahavanar. Mana aku nak cari?' soalnya sendiri. Disebabkan hal ini, fikirannya kacau-bilau.
Vlad yang berasal daripada keturunan Decries itu mempunyai tugas yang amat berat kepada dirinya. Tugas yang diberikan kepada keturunannya adalah untuk menjaga keturunan Dahavanar. Tetapi sehingga kini, keturunan Dahavanar itu tidak pernah dijumpai oleh mana-mana keturunan Decries.
Keturunan Dahavanar perlu dijaga kerana keturunan ini mempunyai kuasa yang sangat ajaib. Setiap seribu tahun, akan lahirnya seorang budak perempuan yang memiliki kuasa yang ajaib dan tidak ada sesiapa yang boleh mengalahkannya. Disebabkan hal itu, keturunan ini selalu berada didalam keadaan yang berbahaya. Lalu, keturunan Decries diminta untuk menjaga keturunan Dahavanar daripada jatuh ke tangan makhluk yang salah. Akan tetapi, keturunan Dahavanar ini sudah lama tidak memunculkan diri. Tiada sesiapa yang mengetahui sebabnya. Walaubagaimanapun, keturunan Decries perlu mencari keturunan Dahavanar ini walau apapun yang terjadi.
'mana aku nak cari.' dia mengusutkan rambutnya. Terlampau serabut. Memikirkan tentang dirinya lagi membuatkan dirinya serabut. Sudah lama dia tidak meminum darah suci manusia. Tetapi mereka tidak dibenarkan meminum darah manusia sesuka hati mereka.
Dia melihat jam ditangan kirinya. Apa ingat vampire tak pakai jam ke ha. AHAHHA.
Jam sudah menunjukkan mahu terbitnya hari siang. Dia segera bertukar kepada kelawar dan terbang pulang ke istananya.
Vlad memiliki kuasa yang boleh berubah-ubah bentuk yang dia inginkan. Dia juga boleh bertukar menjadi debu dan juga memiliki kuasa yang ajaib dan luar biasa.
"Abang baru balik?" Soal adik perempuannya, Vera.
Vlad hanya mengangguk.
"Vena mana?" Soal Vlad. Pelik, selalunya dua orang adiknya ini susah nak berpisah. Yes, adik Vlad adalah sepasang kembar. Vera Felen Decries dan juga Vena Felen Decries. Kuasa adik-adik Vlad berbeza. Vera mempunyai kuasa yang boleh meramal masa hadapan manakala, Vena pula boleh mengaburi mata makhluk lain dan boleh menyembuhkan sakit. Vlad juga mempunyai seorang lagi kakak iaitu, Velen Felis Decries. Velen pula memiliki kuasa seperti boleh bertukar kepada apa-apa sahaja bentuk.
"Dalam bilik kak Velen. Vera pergi dapur nak ambil air tadi." Jawabnya. Selain dari meminum darah, mereka juga meminum air yang biasa diminum oleh manusia.
Vlad sekali lagi mengangguk dan terus melangkah kearah biliknya. Istana ini sungguh besar dan banyak bilik-bilik yang terdapat didalam istana ini. Kanapa istana?. Okey.
Sebenarnya, mummy dan daddy Vlad adalah keturunan diraja Decries. Daddy Vlad adalah raja manakala mummynya pula adalah permaisuri Decries. Dengan pangkat yang ada pada daddynya, secara rasminya, Vlad menjadi Tuan Putera raja bagi keturunan Decries.
Suasa bilik yang suram itu membuatkan Vlad tenang. Dia merehatkan diri diatas katilnya. Perlahan-lahan matanya tertutup. Vlad tertidur.
YOU ARE READING
She's Mine [SU]
FantasyCansver Island adalah satu kerajaan yang didiami oleh dua makhluk iaitu, manusia dan juga Vampire. DAHAVANAR adalah salah satu keturunan yang terhormat di kerajaan Cansver. Ada rahsia disebalik Keturunan Dahavanar ini. Hanya kerana satu kejadian, K...