Kevin menghela nafas lega, "Orang sebelah ni dah pindah rumah agaknya, nasib baik." Dia bersandar ke katilnya, mahu mendapatkan tidur yang lena. Sejak tinggal di rumah itu tahun lepas, penghuni rumah sebelah ni selalu ganggu kerja sehariannya.
Kevin merupakan seorang artis, dia melukis, menyanyi dan turut berlakon, orang macam dia ni perlukan konsentrasi yang cukup supaya kerjanya tidak tergendala. Dia masih ingat hari pertamanya di dalam rumah itu, rumah sebelahnya hingar-bingar. Macam orang campak kuali.
Kevin memulakan kerjanya menulis lirik, pen di tangannya diketuk pada meja, mencari irama yang sesuai. Beberapa ketika dia memandang ke luar tingkap, ada lori besar. "Jiran baru aku? Jangan memekak sudah lah," omelnya. Dia menyambung penulisannya. Beberapa minit kemudian, dia siap dengan lagunya. "Haha Jacob mesti bangga,"
Loceng rumahnya berbunyi, Kevin menggulingkan bola matanya, berjalan ke arah pintu. Pintu itu dibuka, menampakkan seorang gadis berdiri di hadapannya, "Hai?" sapanya. "Kenapa?" soal Kevin. "Saya Areum, jiran baru awak." beritahu gadis itu, menghulurkan tangannya.
Kevin memandang tangan gadis itu, tidak menyambut. Pintu rumahnya ditutup, dia berjalan kembali ke biliknya, tidak mempedulikan jiran barunya.
Areum tersentak apabila lelaki itu menutup pintu tanpa membalas apa-apa. "Sombong betul, dia ingat dia artis ke apa?" Apa yang Areum tidak tahu, memang Kevin seorang artis. Areum berjalan kembali ke rumahnya di sebelah, "Padan muka kau lah Areum.. Dapat jiran sombong,"
YOU ARE READING
Neighbour ; Moon Kevin
Fanfictionᶜᵒᵐᵖˡᵉᵗᵉᵈ Ketenangan buat Kevin tidak kekal lama atas kewujudan jiran sebelah yang bising, Areum.