"Hello, I'm back!"
"Jangan nak acah Elsa kau dekat sini, pergi rehat dekat bilik sana." arah Tengku Nazrin, mengangkat bagasi miliknya. Ila hanya mencebik seraya berlari ke bilik tidurnya.
"Rindunya aku dekat bilik ni! Hai, Kim."
Patung Gudetama yang diberi nama Kim itu diambil lalu dipeluk. Badannya dihempas ke atas katil. Setelah tiga hari berada di hospital, akhirnya dia dibenarkan untuk pulang.
"Adik, kau nak makan apa-apa tak? Angah belikan." soal Tengku Nazrin, meletakkan bagasi di tepi katil. Ila bangun dari baringnya dan duduk bersila di tengah-tengah katil.
"Adik nak McD, KFC, Pizza, Singapura Chicken Rice—"
"Kau jangan nak mengada, pilih satu je." pintas Tengku Nazrin.
"Fine, adik nak KFC. Pastikan nasi dan ayam banyak tahu?" ujar Ila.
"Yalah." jawab Tengku Nazrin dengan nada meluat lalu keluar dari bilik. Ila hanya tersengih kemudian baring semula. Telefon yang berada dalam beg silang terus dikeluarkan.
"Aku rasa dia orang dah balik dari sekolah. Chat dalam group dululah."
Aplikasi WhatsApp terus dibuka. Group chat yang ditubuhkan oleh Aris pada dua hari yang lalu ditekan. Tidak pasti siapa yang hidup, Ila terus menghantar chat dalam group tersebut.
Penghibur Ila 2.0
Aku dah discharged
🎉🎉🎉🎊🎊🎊Aris
Yeay, Ila dah discharged
🎊🎊🎊🎉🎉🎉Idlan
Baru discharged tadi ke?Yup, baru tadi
Olivia
Alah, baru plan nak jenguk
kau...Aiden
Congrats, Ila! 💐💐
Ini bunga untuk kau.Oh.. thanks @Aiden
Ayreen
@Ila Nanti kita org jenguk
kau dekat rumah.Bawa makanan sekali ya
hahahahRaiyan
@Ila Asyik fikir pasal makanan
je kau niJoshua
@Raiyan kau mcm xkenal
Ila, kuat makan
Tapi badan still sekeping@Joshua 😑😑😑
Sampai hatiHaziq
@Ila Jgn terkejut kalau kita
org dtg nanti
Pastikan kau sediakan byk
makananIrfan
@Haziq yg ni aku setuju
Ila didahulukan, makanan
diutamakan
YOU ARE READING
SIGNAL
FanfictionMenceritakan tentang seketul Tengku Nur Suhaila atau Ila dalam misinya memikat si pujaan hati. Pelbagai petunjuk telah diberikan bagi meluahkan perasaannya namun tidak difahami oleh seketul Ikhmal Hakimi. Adakah signal cintanya disedari pada akhirny...