"Babe. Aku dekat mart ni. Kau nak kirim apa-apa tak?"
Erin menolak troli sambil melekapkan telefon bimbitnya ke telinga. Anak matanya juga terus melilau untuk mencari barang keperluan harian. Hujung bulan kebiasaanya dia akan memborong segala barang dapur untuk rumah sewanya. Nurul di hujung talian diam sejenak. Mungkin masih berfikir sama ada nak pesan apa-apa atau tidak dengan Erin.
"Jap aku tanya Ecah."
Erin menghentikan trolinya. Dia duduk berdiri di satu sudut. Susah bila bercakap sambil menolak troli.
"Rin. Aku rasa takda kut. Ecah pon tengah tidur tu."
"Hmm. Okay."
Erin memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Dia terus menolak troli, melewati satu bahagian demi bahagian. Erin membelek sejenak senarai barang yang telah dia sediakan sebelum membeli belah. Dengan cara itu sahajalah dia boleh uruskan bajet bulanannya.
"Dik."
Kedengaran ada suara tiba-tiba menegurnya. Erin terus menghentikan langkahnya.
" Boleh tolong tak?"tanya seorang pak cik tua. Mungkin umurnya lebih kurang bapanya.
"Pak cik tak tau kat mana laluan keluar. Boleh tunjuk tak kat mana?"
"Oh boleh pak cik. Mari saya tunjukkan." Erin terus membawa pak cik itu keluar dari kawasan itu. Tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang menerpa ke arah mereka. Laju sahaja dia berjalan sehingga bertembung dengan pak cik itu. Tersentak Erin dengan tindakan pemuda itu. Pak cik itu juga terjatuh kerana tidak mampu mengimbangi dirinya.
"Ya Allah. Pak cik!"
Pak cik itu cepat-cepat bangun dari duduknya. Kelam kabut dia meninggalkan Erin yang mahu membantunya. Pemuda berambut panjang itu diam tidak berkutik. Dia sekadar memerhatikan pak cik itu berlalu meninggalkan mereka.
"Eh pak cik!" Erin memanggil pak cik itu. Tetapi lelaki tua itu terus melajukan langkahnya.
"Hei."Erin memaut lengan pemuda itu.
Pemuda itu menoleh. Raut wajah pemuda itu ditatapinya. Dia mengenakan cermin mata hitam dengan mukanya penuh berjambang. Bibirnya merah seolah-olah menunjukkan yang dia bukan seorang perokok.
"Awak ni jalan tak pakai mata ke?"
"Nah." Dia menghulurkan dompet berwarna hitam kepada Erin.
"Eh ni dompet saya." Erin segera mencapai dompet itu dari tangan lelaki itu.
Lelaki itu diam. Dia terus menghayun langkahnya ke suatu bahagian. Meninggalkan Erin dengan penuh tanda tanya.
"Eh nanti dulu!"
Erin pelik. Macam mana pulak dompet dia boleh ada dengan lelaki itu. Adakah lelaki itu stalker? Erin menelan air liurnya. Dia bukan artis. Dia pun takdelah rasa dia cantik sangat sampai ada orang nak stalk?
"Eh macam mana dompet saya boleh ada dengan awak?" Erin bertanya lagi. Troli berisi barangnya dibiarkan. Erin menuruti langkah lelaki itu.
"Eh saya tanya awak ni macam mana dompet saya ada dengan awak?"
Erin geram bila lelaki itu membisu tanpa menjawab semua pertanyaannya.
YOU ARE READING
Mr Stalker Miss Careless
RomanceErin Dayana-seorang gadis yang terlalu mengharapkan kasih sayang ibunya tidak pernah berhenti berusaha mendapatkan kasih sayang ibunya. Dia rela mengorbankan cintanya dengan Tuan Daniel demi ibunya. Sejak hari itu, Erin menutup pintu hatinya kepada...