1 ; Aurora

130 12 2
                                    


"Ibu! Aurora pergi dulu!"

"Okey! Ingat, jangan balik lewat sangat!"

"Baiklah ibuku yang gojes!"

Aurora membetulkan tudung sekolah miliknya dengan pantulan dari cermin kereta. Setelah berpuas hati, dia lajukan langkah untuk pergi ke sekolah.

Jalan kaki?

Betul la tu.

Jarak antara sekolah dengan rumahnya tidaklah jauh. Cuma jalan selama 5 minit, kelip kelip dah sampai! Macam sekarang, dia sudah berada di simpang masuk ke sekolah. Baru sahaja ingin melangkah lebih jauh, sebuah kereta mula melintasinya.

BMW i8.

Huaaaa, future husband dah sampaiiii!

Aurora tersenyum girang dan melajukan langkahnya ke arah kereta tersebut. Hik, nak jumpa bakal enci somi! Senyumannya semakin melebar saat 'dia' sudah keluar daripada badan kereta.

"Daniel!"

Daniel mengeluh kecil. Pintu kereta sudah ditutup apabila ayahnya mula ketawa kecil sambil menggelengkan kepala perlahan. Dia tahu maksud ketawa itu,

"Jodoh dah datang lertuewww."

Eiu, bala okey.

"Daniel!"

Daniel pandang kearah Aurora untuk beberapa saat dan mula mengatur langkah. Aurora senyum sumbing dan berjalan di sebelah Daniel. Pelajar perempuan yang lalu berdekatan dengan mereka hanya diam, ada juga segelintir di antara mereka yang buat muka menyampah.

Peduli apa. Dah jodoh dia dengan Daniel kuat. Hik.

"Awak tak rasa yang kita ni memang kuat berjodoh ke?" Aurora pandang Daniel yang masih tayang muka beku di sebelahnya. Disebabkan Daniel tinggi, Aurora terpaksa dongok ke atas macam tengah pandang bendera malaysia tengah kena naik time perhimpunan. Tinggi bebenor anak Dato' Danish ni.

"Ntah."

"Saya yakin hundred percent, meletup kebabom, tak payah guna penilik nasib yang jodoh kita memang sejak dari perut lagi awak tau tak. Dahlah nama hampir sama, awak Daniel Uqasha saya pulak Aurora Uqasha. Awak tak ra.."

"Aurora!"

Aurora mengeluh kecil. Dia menoleh kearah belakang, dari ekor matanya dia dapat lihat yang Daniel sudah meninggalkannya di depan blok Angsana.

"Er, Emelda. Nak apa ya?"

"Kau boleh tolong aku tak?"

"Huh? Tolong apa?"

"Buku Math aku tinggal kat rumah. Boleh tak aku nak pinjam buku kau?" Aurora senyap untuk beberapa saat.

"Hari ni hari apa eh?"

"Khamis." Terus jadual belajar di rumah muncul di mindanya. Pelajaran untuk hari khamis cuba di ingat, Bi, Bm, Addmath, Pai, ah ha bla bla okey tiada Math. Disebabkan dia kelas sains, sekolah memberikan kemudahan dengan meletakkan loker buku untuk setiap murid di kelas sains seperti dirinya.

"Okey! Bila kau nak buku tu?" Emelda tersenyum manis. "Lepas rehat aku pergi kelas kau." Aurora menganggukkan kepalanya dan terus berjalan ke blok Angsana. Kelas 4 Sains di masukinya.

Eh. Sekeliling kelas itu diperhatikan. Riak wajahnya berubah pelik. Sejak bila kelas ni ada banyak bunga dan pasu ? Dan kenapa ada Zian Mi di sini ? Bukan dia form 3 ke..

"Ni dah tahun 2019, bukan 2018 Aurora oi. Kau tu dah form 5." Aurora tersentak. Zian Mi menggelengkan kepalanya dan sambung membaca buku. Aurora tersengih kecil dan memukul kepalanya perlahan.

Dear AuroraWhere stories live. Discover now