9 ; Hancur

70 12 1
                                    


Aurora pejam mata. Perlahan-lahan air matanya mengalir laju di pipi. Semakin lama semakin lebat mengalir.

"Dia dah tak banyak masa."

"Apa?"

Ibu terkelu. Wajah Doktor Yasmin dipandang. Dalam diam ibu mula beristighfar.

"Maaf Puan Iman. I try my best but God love her more." Air mata ibu mula mengalir. Kepalanya digelengkan perlahan. Seakan-akan tidak mampu untuk menerima kenyataan yang baru didengarinya.

"H..how?"

"Again, I'm so sorry Puan Iman. Dia dah semakin teruk tapi badan dia tidak menunjukkan simptom yang patut dialami."

Aurora kelu. Perbualan ibu dengan Doktor Yasmin buatkan hati dia luluh. Wajah Haqim muncul di mindanya. Diketap bibir yang mahu meraung itu.

Sabar Aurora.

God always love you. No matter what happened. You can't run from the death. And now, death are watching you.

"Abahhh."

"Aurora rindu abah. Rindu nak peluk abah." Aurora peluk tubuh. Dipujuk hati agar kembali tenang. Bingkai gambar yang berada di atas meja dicapai lalu dipeluk erat. 

* * *

"Mana Aurora ni?" Wawa kerut dahi. Ditilik semula jam tangan miliknya. Aurora, kau kat mana?

"Weh Wa. Kau tak payahlah nak gabra sangat. Kalau Aurora tak datang sekalipun bagi tahulah kat cikgu yang dia sakit ke apa." Wawa geleng kepala. Dia mula menoleh ke arah pintu kelas, mengharap agar Aurora muncul. Namun, susuk tubuh orang lain pula yang muncul.

Daniel.

Ugh.

Daniel hanya tunjuk riak kosong. Dia duduk di tempatnya dan mengeluarkan buku teks english lalu merehatkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Irsyad yang tengah berbual dengan Wawa hanya di biarkan.

"Kau tak kenal sangat dengan Aurora tu Syad. Dia jarang skip kelas. Sangat-sangat jarang skip kelas. Kalau dia skip pun, ada something happen or.." Wawa seperti terkelu. Sel-sel otaknya mula mencantum sesuatu.

Irsyad pula kerut dahi bila Wawa langsung tidak menyambung percakapannya.

"Ka.."

"FISH! Aku lupa hari ni tanggal 12!" Wawa pukul dahi miliknya berkali-kali. Sambil memikirkan tentang kebodohan diri sendiri. Irsyad semakin pening. "Kau dah kenapa?"

"Eiii, aku lupa yang hari ni tanggal 12 la setan! Stupid Wawaaaaaaa aishhh" Wawa kerut dahi. Macam mana kau boleh lupa! "Kau relaks sikit boleh tak Wawa? Janganlah nak gabra sangat" Irsyad yang masih pening dengan kelakuan Wawa hanya geleng kepala. Daniel yang berada di sebelahnya hanya berdiam diri.

"Gila kau la tak gabra! Dahlah hari tu dia dah kena tahan kad wad, nak nak lagi hari ni..."

"Hari apa?"

Wawa mengeluh kecil. Oh, pity my Aurora.

"Abah dia meninggal."

Irsyad hilang kata.

"Abah dia pergi 4 tahun lepas. Kalau kau nak tanya kenapa, aku bagitahu awal-awal yang aku  memang tak boleh cerita." Wawa pandang Irsyad sambil senyuman tawar terhias di bibirnya. Daniel yang masih tunduk itu dipandang sekilas.

"Aku ingat..."

"Apa? Gila-gila dia tu, banyak benda yang dia sorok dari kita semua kau tahu tak? Dia tak tunjuk sebab dia tak nak orang lain tahu yang dia tu dah broke into pieces!" Wawa urut dahi yang mula pening. Barang sekolah yang bertaburan di atas meja mula di kemas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dear AuroraWhere stories live. Discover now