Aku lap air mata yang daripada tadi keluar tak nak berhenti. Aku terkejut dengan apa yang aku baru dengar. Apa benda semua ni? Aku pejam mata, teringat balik kejadian di Taman Tasik Flora tadi. Kepala aku berdenyut.
Imbas kembali - Taman Tasik Flora
Tangan aku menggigil. Shah masih lagi tak bangun walaupun selepas aku menampar pipi dia kuat sebentar tadi. Aku capai telefon untuk menelefon ambulans. Aku tak tahu apa yang jadi, tapi apa-apa pun call ambulans dulu.
Baru sahaja aku menekapkan telefon di telinga, terdengar ada tapak kaki yang berlari ke arah kami. Aku menoleh untuk melihat Encik Farid berlari ke arah kami dengan wajah cemas. Di tangannya terdapat sejambak bunga mawar putih.
"Ya Allah, Shah!" Encik Farid sama cemas macam masa aku mula-mula nampak Shah terbaring kaku tadi. Tak sempat aku nak bertanya Encik Farid, panggilan aku dijawab.
"Helo! Saya nak minta hantar ambulans ke Taman Tasik Flora. Ada orang pengsan."
Sampai sahaja di hospital, Shah terus masuk ke bahagian kecemasan. Jantung aku masih lagi berdegup laju. Aku keliru. Aku tak faham apa yang jadi. Aku pandang Encik Farid yang sedang duduk keletihan dengan bunga mawar putih masih lagi di tangannya. Aku pantas mendapatkan Encik Farid.
"Encik buat apa kat tasik tu tadi? Shah tak cakap pun yang encik akan ada sekali."
Encik Farid pandang aku serba salah. "Dia minta saya temankan dia."
"Temankan? Shah bukan budak-budak nak kena datang berteman bagai." aku kecilkan mata. Pelik betul. Encik Farid tunduk. "Dia tak sihat. Jadi dia minta saya temankan dia. Sebenarnya, dia minta tolong saya bawa dia ke sana."
Shah tak sihat? Kalau tak sihat, Shah boleh je nak batalkan pertemuan mereka malam ni. "Kalau tak sihat, kenapa Shah datang juga? Dia boleh je cancel and bagitahu saya yang dia tak sihat. Tak perlu dia nak susahkan encik untuk hantar dia."
"Sebab dia nak akhirkan semua ni secepat mungkin."
Aku pandang Encik Farid lama. Dahi aku berkerut. Encik Farid hulurkan aku jambakan mawar putih yang sedari tadi berada dalam tangannya. "Saya nak hantar bunga ni dekat Shah sebab dia tertinggal dalam kereta. Bunga ni untuk awak. Ada surat sekali dekat situ. Awak bacalah."
Aku sambut huluran itu perlahan. Encik Farid bangun, katanya mahu menghubungi keluarga Shah. Kerusi yang tadinya diduduki oleh Encik Farid, aku duduk sebelum meletakkan bunga itu di kerusi sebelah. Surat yang bersampul coklat itu aku buka perlahan. Kenapa Shah tulis surat bagai ni? Macam tak boleh mesej pula. Tak pun cakap jelah sendiri. Surat itu aku baca perlahan.
Buat Bunga,
Kalau awak tengah baca surat ini, maknanya Farid dah tunaikan amanat saya untuk sampaikan surat ni pada awak kalau terjadi apa-apa pada saya.
Awak, saya minta maaf. Tapi, kita tak boleh teruskan hubungan ni. Awak tak salah. Bukan salah awak. Semua ni salah saya., sebab tak mampu nak lawan takdir. Lagipun, kita hanya manusia biasa. Siapalah kita nak lawan takdir. Awak, saya minta maaf sebab tak mampu nak tunaikan impian awak untuk kahwin dengan saya. Saya tahu, awak mesti nak kahwin dengan saya, kan? Sebab saya pun nak kahwin dengan awak. Tapi kita tak boleh ada impian ni. Sebab akhirnya, awak sendiri yang akan sakit balik. Saya tak yakin saya dapat bahagiakan awak. Saya tak yakin saya dapat untuk kekalkan senyuman pada bibir awak. Saya tak yakin saya dapat lap air mata awak kalau awak nangis. Macam mana saya nak buat semua tu kalau saya tak dapat ada bersama-sama awak. Awak, saya sakit. Saya ada kanser. Awak ingat tak hari yang saya lambat datang masa dekat Jagger Mall tu? Saya tipu awak. Hari tu saya lambat bukan sebab saya lewat bangun, tapi sebab saya baru habis buat medical check-up. Saya kerap sangat pengsan masa tu sebab tu saya pergi hospital. Masa kita tengok orang buat photoshoot kahwin tu, masa awak cakap yang awak nak pakai baju kahwin yang simple, saya dah nekad yang saya nak masuk meminang awak. Tapi saya tak boleh lepas saya tahu saya ada kanser otak. Kanser saya tahap 4, awak. Saya tak ada harapan nak sembuh. Saya tak nak ikat awak dalam perkahwinan sedangkan saya sendiri dalam keadaan macam ni. Awak, saya minta maaf. Saya tak pernah cakap ni, tapi, saya sayang awak. Saya ikhlas sayangkan awak. Awak pergilah cari kebahagiaan awak. Antara kita tak ada apa-apa lagi. Jaga diri, awak.
Shah.
--
Aku tersandar lesu. Shah sakit? Kenapa Shah tak bagitahu. Waktu tu segala macam perkara terlayar kembali dalam ingatan.
Shah yang datang berjumpa Kak Milah dengan mask.
Shah yang bermuka pucat.
Shah yang sudah jarang mahu berjumpanya.
Shah yang tiba-tiba berpindah masuk semula ke rumah Ayah Ngah.
Mengingatkan semua itu, aku menangis lagi. Kau bodoh, Bunga. Semua tu petanda yang jelas bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan Shah. Tapi yang kau fikir hanya perasaan kau yang sakit sebab Shah tak nak kahwin dengan kau. Shah sakit. Shah tak nak aku bahagia hanya sekejap cuma, sebab tu dia putuskan hubungan ni.
Maknanya, Shah akan tinggalkan aku ke?
Dan buat kesekian kalinya, aku menangis lagi.
YOU ARE READING
Melamarmu
RomanceJadilah pasangan hidupku. Jadilah teman untuk anak-anakku. Membuka mata dan tertidur, disampingku. Aku tak main-main, seperti orang lain. Satu yang ku tahu. Ku ingin melamarmu. Melamarmu - Badai Romantic Project