Special Part (2)

161 8 2
                                    

(part ni maybe akan jadi pendek. or maybe this is the last. yea)

Abu duduk di hujung katil Johan, berharap agar ada peluang kedua untuk Johan kembali menghembus nafasnya.

Namun dia tahu, itu hanya mimpi semata-mata

***

Johan gagal berpaut pada rumput lalu ditiup angin yang kuat.

Sebelum dia ditiup angin yang semakin kuat, dia sempat berpaut pada ranting yang berdekatan.

Itulah satu satunya pokok yang mampu dia berharap.

Ranting itu patah manakala tangan sebelah Johan masih berpaut pada batang pokok itu.

"Kau kena bertahan Johan! Demi Abu!"

Suara hatinya kembali bersuara.

Johan cuba, dan dia terus bertahan dengan sebelah tangan. Akhirnya,

"Demi... Abu!", dia terus berpeluk pada batang pokok tersebut.

Angin ribut berhenti serta merta, dan awan yang hitam berubah putih. Langit yang gelap berubah biru.

Johan terus terjatuh ke atas tanah kerana penat.

***

Kelihatan jari Johan bergerak.

Syafiq dan Ali juga melihat benda yang sama. Syafiq segera memanggil doktor.

Abu dengan sabarnya menunggu di luar. Dia percaya, Johan tak mati.

"Macam mana doktor?", soal Syafiq.

"Perkara ni sangat jarang berlaku, tapi alhamdulillah. Allah masih beri peluang kedua untuk dia hidup. Mungkin tadi disebabkan jantungnya lemah, tapi sekarang berfungsi semula. Tapi, dia masih dalam keadaan koma. Mungkin dalam masa 2-3 minggu dia akan sedar"

Abu meraup mukanya. Bersyukur sangat-sangat.

Syafiq sudah tersenyum. Dia tidak akan kehilangan sahabat baiknya lagi. Dia segera memberitahu sahabatnya yang lain

Ali yang sedih, automatik jadi happy.

Mereka dibenarkan melawat Johan.

***

Setiap hari, Syafiq akan menemani Abu, menjaga Johan di hospital.

Setiap hari juga Syafiq bagai orang tidak waras bercakap dengan Johan yang koma.

Dia tahu Johan dapat dengar, cuma dia tidak dapat jawab.

Nak tunggu Johan sedar, memang lama. Tapi Abu tetap sabar. Mungkin kadang kadang Johan selalu menggedik, tapi dia mengakui dia semakin jatuh pada Johan.

Johan baik, penyayang, tapi adakalanya garang. Hormat dengan orang tua, memang cukup sempurna di mata manusia.

Syafiq pula setiap hari terkenang memori bersama Johan.

Flashback...

"Kirim salam dekat dia", kata Johan.

"Bapak dia dekat nak langgar kau, kau kirim salam? Aku geletak kau sikit pun kau dah tendang" , kata Syafiq.

Untold LoveWhere stories live. Discover now