Bab 1

16 1 0
                                    

Alarm berdering agak dekat dengan telinganya membuatkan dia terkejut. Matanya terus terbuka luas. Dia paling pantang mendengar bunyi bising ketika dia sedang tidur. Namun disebabkan hari ini hari terpenting dia. Dia gagahkan diri untuk bangun awal pagi.

Dia melirik jam di atas meja yang menunjukkan angka 7 pagi.

"Alahai, malas betul lah. Kenapa perlu bangun pagi"ucapnya dengan berat hati lalu bangun dari katil.

Dia jenis yang liat bangun pagi, kalau Ada benda penting je dia akan rajin bangun pagi.

Belum sempat melangkah kakinya ke bilik Mandi, telefonnya berdering di atas katil.

Dia tergesa-gesa mendapatkan telefonnya.

"Number siapa pula ni"bisiknya lalu menjawab panggilan setelah berfikir
panjang.

"Hello, kami dari syarikat D'Vas meluluskan kelayakkan anda untuk bekerja dalam syarikat kami. Jadi Esok sila melapor diri ya"ucap si pemanggil.

Hampir sahaja dia ingin berteriak disana. Namun dia menenangkan diri dulu kerana dia perlu hormat si pemanggil.

"Okay, terima kasih atas jasa baik tuan terima Saya bekerja dalam syarikat tuan"ujarnya dengan lembut.

"Sama2, sila melapor diri esok jam 8 pagi"ucap si pemanggil lalu menamatkan perbualan mereka.

Dia meloncat kegembiraan, ingin saja dia berlari keliling rumahnya kerana terlalu gembira.

Setelah menjadi penganggur hampir setahun, dia akhirnya diterima juga. Dia mencari kerja sesuai kelayakkan nya. Baru juga graduasi setahun lepas, dia bersyukur akhirnya di bisa kerja juga dan berdikari mencari duit sendiri.

Dia bernyanyi kecil masuk ke bilik mandi dengan hati yang senang. Nampaknya hari ini hari paling gembira buatnya.
Sepanjang hari itu juga dia asyik tersenyum saja membuatkan orang disekelilingnya ceria melihatnya.

Kawannya yang duduk semeja dengannya juga perasan akan keadaan Yena yang diibarat kan Angau sebab senyum memandang je.

"Yang kau gembira sangat hari ni dah kenapa?"ujar kawannya itu.

Dia masih mengelamun sambil tersenyum-senyum sendiri lagi.

"Yena!"

Yena teepinga-pinga apabila Namanya dipanggil.

"Kau ni dah kenapa senyum2 sendiri, kau okay ke Tak?"ujar kawannya itu.

"Aku okaylah, kalau aku tak okay. Tak Adanya aku gembira macam ni"ucapnya dengan senyuman lebar.

"Bagitahu akulah kenapa kau happy sangat ni?"pinta kawannya itu.

"Adalah"dia masih lagi mahu berahsia.

"Kau dengan Jack couple ke?"ulas kawannya tanpa basa basi lagi.

"Ish, mulut kau ni Lea. Tak Ada insuranse ke?"Yena menampar bibir Lea yang merah dengan lipstik.

"Eh, tak payahlah main tampar2. Kau ni, hancur lipstik aku"ujar Lea dengan nada merajuk.

"Hahaha, kau ni. Kalau padam pun lipstik tu letak lah balik"perlinya dengan wajah bersahaja.

"Kau ni, selalu je nak kena Kan aku Kan?"Lea merajuk juga akhirnya.

"Okay2, maafkan patik tuankku"ucap Yena dengan aksi2 nya sekali.

Comel pula melihat wajah kawannya itu merajuk, buruk pula bibirnya muncung.

"Kau nak tahu aku happy sangat Kan?"tanyanya.

Lea Hanya mengangguk seraya menunggu penjelasan daripada Yena.

"Aku sebenarnya dah dapat kerja dengan sebuah syarikat. Esok aku mula lapor diri"ucapnya dengan penuh teruja.

PlayboyWhere stories live. Discover now