1

146 13 4
                                    

"TET TET, SAHUR! SAHUR! SAHUR! TET TET!"

Jam locengku ditutup. Tak sangka, memang berkesan aku letak soundtrack faiz roslan. Seram sia, meremang bulu ketiak aku bangun.

Aku memandang ke arah cerminku yang terletak di depan katil dan melihat pantulanku.,

Tahi, aku rasa aku tidur awal malam tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tahi, aku rasa aku tidur awal malam tadi. Ada lagi bende ni?!

Setelah beberapa minit mengusha diri, aku akhirnya berjaya mengumpulkan motivasi untuk bangkit dan mandi. 10 minit, siap.

Harini hari Jumaat, uniformnya ialah hoodie yeah! Aku menyarung hoodie yang terjahit logo akademi di belakang baju dengan kemas. Seluar slack menjadi pilihan. Kemudian, aku mengemaskan rambutku bagi nampak hensem.

Aku mencapai sneakers sekolahku yang berjahit logo akademi. Senang cerita, semua benda berjahit logo sekolah.

Stokin, kasut, baju, semua custom made untuk sekolah.

Aku memang bagus, mandi awal. Jam dikerling, baru pukul 6:45, halah awal--

"HAHH?!!" aku panik, lalu mengemas segala barangku, beg, buku, jam, mask semua bende lah!!

Kemudian aku berlari turun ke bawah dan sempat mengambil roti pelik yang terletak di atas meja kawanku, sebagai sarapan ekspres.

Walaupun agak haram, nanti aku mintak izinlah ye. Lagipun aku dah lambat nak ke kelas ni.

Oh, aku belum introduce diri aku lagi.

Nama aku, Raine. Umur, 16 and belajar di Owl's Academy. Tinggi, 168 cm. Jangan salah faham, aku perempuan, tapi aku kena menyamar sebagai lelaki.

Aku tinggal di hostel ✨mewah✨ yang terletak di penempatan rahsia. Tempat ni dikira sebagai rahsia dunia yang hanya terpilih sahaja tahu. Contoh orang tu aku lah. *Hidung tinggi*

Back to the story again.

______________________________________

Kakiku melangkah laju. Punya laju aku lari, sampai semua orang yang aku lalu, terbang, termasuklah rambut palsu tak berkualiti pak guard punya.

"Dey budak! Taraguna lu, habis rambut aku bertebangan!" Teriak pak guard itu, lalu dia mula.. mengejar seseorang?

Eh eh. Kenapa macam makin dekat pulak dengan aku ni? Jangan cakap dia kejar ak--

"DEYY LU TUNGGUUUU"

Ya, Raine. Dia kejar kau.

"AAAAAAAAAAAAAARGGGHH" aku berlari sekuat hatiku. Tahi apasal blok sekolah macam jauh sangat?!

Lalu berlakulah adegan anjing kena kejar dengan anjing. Eh silap, kucing kena kejar dengan anjing di sekolah.

Sesampai di kelas, aku termengah mengah mencari nafas.

"Huff huff.. Guard tu dah pergi kan?"aku bertanya ke arah rakan rakan sekelasku yang memandang ke arahku. Siapa je tak pandang kalau ada orang gila tiba tiba tarik hembus nafas kuat kuat kat pintu kelas?

Salah seorang dari mereka menunjuk ke arah belakangku, "emm.."

Ah shiet. Mati.

"HEH HEH HEH. DEY BUDAK, MAU LARI MANA LAGI?" Pak guard tadi, yang sempat meletakkan semula rambut palsunya tersenyum 'manis' ke arahku.

"Aee, pakcik, benda boleh bawak bincang kan..?.. h..hehheh.."

Baru je pak guard itu mahu bersuara, kedengaran suara cikgu di mikrofon.

"RAINE! Sila datang ke bilik disiplin sekarang juga!"

Bruh.

Guard itu terpaksa berhenti dan kemudian menjegil matanya ke arahku. Lalu dia pergi.

*Bilik Disiplin*

"Kamu tahu kan apa kesalahan kamu?"

"Baik, saya sebagai Raine, meminta maaf atas kesalahan saya iaitu memotong batang paip di tandas untuk dijadikan bahan reka bentuk teknologi."

"Haih, itu bukan apa yang saya nak cakap."muka guru disiplinku berkerut, kemudian dia menyambung ayatnya yang tergantung,

"Oleh sebab dah lebih 2 kali kamu langgar peraturan, kamu akan dimasukkan ke kelas detention setiap kali waktu balik. Faham?"

"Hh..hah?" Kalini aku pulak berkerut.

"Okay, you are dismissed."

Aku kembali semula ke kelas. Dalam perjalanan, aku terfikir, detention?

Setahu aku, detention ni cuma ada satu group sahaja yang selalu menjadikan tempat tu kunjungan mereka.

Tapi, aku dah tak ingatlah. Takpelah. Bukannya penting untuk aku sangat.

Dan tanpa aku tahu, pemikiran itu, salah.

______________________________________

Enjoy reading this.😩






Night FlightWhere stories live. Discover now