"Terima kasih sayang kerana menerima abang seadanya," kata Malven. "Terima Kasih juga pada abang kerana menerima sayang seadanya,"kata Amy.
Percintaan mereka bermula di saat mereka sama-sama bekerja di sebuah syarikat kontraktor , Malven sebagai Pekerja di site dan Amy sebagai Staff di office. Dari rakan sekerja sehingga mereka menjalinkan hubungan. Namun, hubungan mereka tidak di ketahui.
Kisah bermula , tahun 2019 saat itu Amy baru sahaja putus cinta dgn kekasih lamanya atas sebab diri lelaki tersebut telah menduakan amy. Dalam tempoh untuk 'Move On,' amy berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk rakan baiknya sendiri, Roy. Namun, rakan baiknya Roy yang juga merangkap suami orang turut menaruh hati terhadapnya. Dalam diam, mereka menjalinkan hubungan cinta tanpa di ketahui oleh isteri kepada Roy. Namun, tempoh tidak panjang bila Amy membuat keputusan untuk melepaskan Roy tersebut atas kerelaannya sendiri kerana dia tahu sakitnya hati seorang wanita bila dirinya dicurangi. Mungkin kerana dia telah berada di situasi itu.
Berbulan membawa diri ke luar negara untuk ketenangan diri. Dalam mencari ketenangan dirinya. Dia berkenalan dengn seseorang di laman sosial. Adam, seorang lelaki yang segak, dan paras ketinggiannya lebih tinggi sedikit darinya yang tinggi sekadar 163cm. Di luar negara, dia bertemu bersemuka dengan Adam. Adam sangat menarik dan segak di matanya membuat hatinya ingin di cintai. Hampir dua bulan dirinya mengenali Adam. Keluar kemana sahaja sehingga Amy terpaksa pulang ke negara asal atas sebab kerja. Kerana cuti yang dia mohon telah habis. Adam menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan amy namun, bila amy pulang ke halaman rumahnya. Dia tidak menerima mesej mahupun panggilan dari Adam. Menanti Adam sekian lama sehingga hatinya di kecewa. Amy frust dan dalam frust dia , ada jejaka yang menanti kepulangannya. Malven, sentiasa melihat amy dari sudut kawan, melihat life amy yang sentiasa happy bersama kekasih lamanya, sentiasa memberi kata positif sehingga suatu hari dia sendiri terlihat kehidupan amy berubah, tidak seperti dulu. Rupanya dalam tempoh amy berkawan dengan adam, malven sentiasa mesej menanya khabar berita amy. Amy yang menganggap Malven rakan sekerja sangat senang untuk meluahkan isi hatinya sehingga amy broken heart buat kali kedua.
Amy mesej, call tidak berangkat membuatkan diri ingin berjumpa adam. Sehingga dia menerima mesej "Mungkin tiada lagi," Amy melihat mesej itu berulang kali , tertera nama Adam di mesej itu. Amy meraung kesedihan kerana hatinya di kecewa. Hilang dalam sebulan tertiba menerima mesej sebegitu sangat memeritkan sehinggan Malven memgambil kesempatan dan tindakan untuk membuat amy kembali senyum seperti dulu. Ting, kedengaran mesej masuk dalam notifikasi whatsappnya, amy melihat nama tertera Malven. Amy membalas mesej tersebut.
Di meja makan selepas waktu bekerja habis, amy leka melihat mesej sehingga rakan sekerjanya menyapa dirinya "Ye pun jangan menung makan tu, Akak tengok kamu ni menung je. Ada pape nak sharing dengan akk?," Kedengaran suara wanita di belakangnya, Mikayla, Rakan sekerja yang sangat sporting dan amy menganggap dirinya Kakak. Tatkala dirinya susah senang, sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Dalam hatinya sedih , dalam hatinya gembira, Mikayla always bagi dia semangat. Amy membalas soalan Mikayla, " Tiada apa cuma,Malven mesej tanya di mana,tak kesampaian nak balas makan tu yang menung je," kata Amy sambil ketawa kecil.
Mikayla cukup memahami perasaan amy tapi apakah daya sukar untuk dirinya memujuk amy. Amy membalas mesej Malven dan terus sambung makan. Sesudah habis kerja, amy membawa diri untuk pulang ke rumahnya. Saat itu, Alex, ex bf amy menanti di rumahnya .. "alex," kata Amy. "Amy, boleh kita sembang sekejap," balas alex.
Di sebuah Cafe berdekatan dengan perumahan Amy.
"Latte with caramel and Hazelnut coffee. Enjoy ur day miss,"kata Pelayan Cafe tersebut saat menghidang minuman di atas meja. Amy membalas dengan senyuman. "Ada apa ye nk jumpa amy," kata Amy sambil merenung mug di hadapannya. "Amy.. Boleh kita get back semula?,"kata Alex. Amy mendengar kata2 tersebut terus memandang Alex sambil tersenyum sinis. "Get back? Maaf aku tak akan get back dan tak akn sesekali get back,"kata Amy. "Tapi amy, tak rindu ke kenangan kita bersama? Tak rindu ke tempoh kita bersama? Alex yakin amy rindu alex jugakan?,"jawab Alex penuh keyakinan. Bila mendengar kata2 rindu, terimbas semua kenangan di pemikiran amy namun saat itu dia terimbas Adam dan Roy. Serta merta amy menitis airmata. Alex melihat cuba merapatkan dirinya untuk memeluk amy namun tindakannya di tepis oleh Malven. Malven yang kebetulan melalui di hadapan Cafe terlihat Amy menutup wajahnya dan terlihat airmata amy mengalir di sebaliknya. "Siapa kau?," tegur Alex saat dia menarik tangannya dari genggaman Malven. "Amy okay?,"kata Malven saat dia memegang tangan Amy. Amy melihat wajah di hadapannya, "Malven,"kata Amy sambil memeluk Malven dan menangis tanpa henti. "Siapa aku tak penting tapi kau perlu tahu.. Amy bukan lagi milik kau dan bukan untuk kau lepas segalanya," balas Malven sambil membawa Amy pulang ke rumah. Alex melihat kejadian tersebut terus menarik amy dari tangan Malven. "Kalau kau tak penting, jadi kau dengan Amy bukan sesiapa bg aku. Ni urusan aku dan Amy. Kau tak layak untuk msuk campur," Balas Alex. Malven terasa tercabar dengan tindakan Alex, serta merta amy menahan malven dari bertindak. "Alex, lepaskan tangan kau. Kau dah sakitkan hati aku dan jawapan aku tetap kata TIDAK," balas Amy. "Amy, alex masih.....," sebelum Alex menghabiskan kata. Amy memandang dengan jelingan yang tidak puas hati. "Cukup alex..,"kata Amy sambil menarik tangan Malven dan berlalu pergi. Alex terduduk seketika dan melihat cincin di meja. "Amy..,"bisik hati Alex.
Malven melihat Amy berjalan sambil mengelap airmatanya. "Maaf malven, awak terpaksa melihat semua ni," kata Amy. Malven menggaru kepala seakan kepalanya gatal. "Ehh tak ada apa la, kebetulan je kita lalu situ," Kata Malven sambil matanya memandang Amy. Serta merta Malven menarik amy dan memeluk amy. "Jika awak perlukan bahu, jdikan saya bahu awak utk menangis, dan jika awak perlukan telinga, jadikan saya telinga awak saat perlukannya," kata Malven. Saat itu Amy menangis dalam pelukan.
YOU ARE READING
Silent Relationship
RomanceMengisahkan dua rakan yang asalnya merupakan rakan sekerja dan kerana si gadis broken heart dan lebih banyak meluahkan masalah dengan si jejaka maka tertimbul satu perasaan di dalam hati masing-masing. Mengetahui si gadis berkawan dengan seseorang t...