part1🌼

13 0 0
                                    

Result SPM~

Alia keluar dari bilik guru dengan perasaan yang sungguh gembira.

"So,apa result kau? Gempak tak?"tanya Dhia.

"So far so good lah.Setakat nak masuk uni tu dapatlah.Tapi aku kena bincang dengan parents aku dulu kalau nak join kau sambung belajar kat Paris tu.Kau tahu kan parents aku tak kaya macam parents kau" jawab Alia jujur.

"Ehh,pasal tu kau tak payah nak risau sangat lah sebab daddy n mummy aku dah setuju nak tanggung kau belajar dekat Paris dengan aku."kata Dhia teruja.Alia tersenyum hambar. Tiba-tiba 2 orang lelaki datang menegur mereka.

"Hai! Erk..Alia,malam nih parents aku datang rumah kau tau.Nak bincang pasal kita."kata Asyraf.Alia sembunyi senyum lalu membisikkan sesuatu kepada Dhia.

"Alia kata ok.Tapi dia tanya parents kau je kan yang datang,kau tak kan?!"Asyraf mengangguk.Itulah kebiasaan Alia,lebih suka Dhia menjadi orang tengah di antara dia dan Asyraf.Maklumlah, Asyraf budak hot sekolah.Alia tak suka menjadi bahan gosip di sekolah.Dhia memandang Amiir yang berada disebelah Asyraf dengan pandangan yang sukar ditafsir.

🌼____🌼

Rumah Alia~

Dato' Kamal bersama isterinya,Datin Sofea datang ke rumah En.Adam dan Pn.Aishah.Tujuan mereka tak lain tak bukan adalah untuk membincangkan hubungan Asyraf dan Alia.

"Kira pihak perempuan setuju lah nih,tunang 3 tahun sementara menunggu Asyraf habis belajar bidang bisnes dekat German?"tanya Dato' Kamal.Sambil memandang pasangan suami isteri merangkap bakal besan dan sahabat karibnya.

"InshaAllah,kami setuju.Kalau itu yang dah di usul kan oleh pihak sana.Bak kata pepatah,kalau jodoh tak ke mana.Kalau jodoh, berbesan juga kita kan Kamal."jawab En.Adam sambil menepuk perlahan bahu rakan karibnya itu.Mereka ketawa bersama.Gembira,itu yang dirasakan kerana dapat menjalin silaturrahim yang lebih erat dengan menjodohkan anak-anak mereka.

🌼____🌼

Tiga tahun telah berlalu, akhirnya Asyraf dan Alia telah selamat disatukan. Kehidupan Alia amat gembira disamping jejaka yang dicintai dan mencintainya.Asyraf sungguh terharu melihat kesungguhan Alia mengurus keperluan nya serta menjadi suri rumah dan menjaga keluarga Asyraf termasuk adik perempuan nya,Syifa Amani.Asyraf tahu pengorbanan Alia menjaga Syifa yang merupakan seorang yang lumpuh tubuh badannya. Melayan karenah ibunya datin Sofea yang agak cerewet itu juga  amat sukar. Namun,Alia sentiasa sabar dan tak pernah membantah walau sedikit pun ketika berhadapan dengan ibu mertua nya itu.

Bilik tidur Alia& Asyraf~~~

Asyraf memandang Alia yang baru masuk ke dalam bilik setelah memastikan Syifa tidur.

"Sarah,awak tak penatkah asyik buat kerja rumah,masak,jaga Syifa,urus makan pakai saya lagi? Kalau awak penat,kita boleh ambik pembantu rumah untuk kemas rumah dan jaga Syifa.Kerja awak urus saya je...Awak nak tak?"tanya Asyraf bersungguh.Alia duduk di atas tilam bersebelahan dengan Asyraf.

"Abang, buat apa nak ambil pembantu pulak,padahal saya boleh buat.Saya boleh masak,jaga Syifa,kemas rumah dan urus my husband nih.Saya gembira tau buat semua tu. Saya tahu abang risau saya penat,tapi abang tak kesah kan,saya buat apa yang saya suka dan buat saya gembira.hmm.."jawab Alia sambil memegang pipi suaminya dengan lembut.Asyraf memengang tangan kanan isterinya yang sedang mengelus lembut pipinya lalu dibawa kebibir dan dicium.

"Saya bukan apa. Cuma tak nak isteri kesayangan saya nih penat je..kalau Sarah penat,Sarah bagitahu abang tau..."kata Asyraf sambil mengelus tangan kiri isteri nya sambil memandang tahi lalat yang kecil molek di perantaraan ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri isteri nya. Asyraf memandang Alia,Alia mengangguk mengiyakan kata-kata suaminya.

🌼____🌼

-9 bulan kemudian-

Asyraf menghadiri sebuah rancangan terkenal temu bual usahawan muda berjaya. Asyraf telah mendapat gelaran usahawan muda berjaya kerana dapat mengembangkan business nya hingga keluar negara.

"Tuan Asyraf,boleh kongsikan sedikit tips nak jadi seorang usahawan muda berjaya seperti tuan?"tanya seorang gadis yang merupakan pengerusi rancangan tersebut.Asyraf menjawab dengan tenang dan fasih.

"Wah,tips dan nasihat yang sangat bermanfaat! Baik lah soalan kali ini lebih keperibadian sedikit. Ramai orang  yang turut tertanya-tanya tentang khabar angin mengenai tuan Asyraf telah pun berkahwin dengan seorang gadis pilihan keluarga.Akan tetapi,berita itu belum dapat disahihkan lagi.Betul kah tuan Asyraf telah pun berkahwin?"tanya pengerusi tersebut.Asyraf mula berubah riak.

'aduh,siapa pula hebohkan hal nih? Takkan lah aku nak mengaku yang aku dah kahwin dengan Alia. Dah lah tak berupa,serupa bibik je..Malu aku,kalau tiba-tiba diorang buang tebiat pulak nak tengok isteri aku, macam mana.takkan lah aku nak bagi tunjuk bibik tu pulak,buat malu aku je..'bisik hati Asyraf sambil menggosok belakang telinga nya.

"Ya, Alhamdulillah.Saya telah pun berkahwin."jawab Asyraf ringkas, berharap mereka tidak lagi mengajukan soalan tentang siapakah isterinya.

"Alhamdulillah.Hahah,habis broken semua peminat tuan asyraf.wah! kalau benar tuan Asyraf Mikail pujaan para gadis diluar sana dah kawin,mesti isterinya bukan calang-calang orangnya.Boleh beritahu serba sedikit tentang wife tuan Asyraf?."tanya perempuan itu lagi.

'Aduh,ni yang aku tak suka nih' bisik Asyraf.Alia bukan seperti isteri usahawan yang lain  yang suka berdandan dan bergaya seperti isteri usahawan lain.Alia malah tidak pernah memakai baju-baju mahal kerana banyak yang tidak cukup kain katanya.Malah berdandan pun tidak pernah sepanjang dia hidup bersama wanita tersebut.Alia hanya sesuai diperkenalkan sebagai bibik sahaja dimata Asyraf.

"Maaflah. Isteri saya memang tak suka dan dah berpesan untuk tidak  mendedahkan identitinya. Saya sebagai seorang suami kenalah menghormati permintaan isteri saya.Yang saya boleh bagitahu,isteri saya memang bukan dari keluarga biasa-biasa."tipu Asyraf.

"Wah,bertuah sungguh isteri tuan Asyraf.Bukan sahaja memiliki suami yang bekerjaya malah sseorang yang menghormati isteri. Cukup pekej."puji perempuan tersebut. Asraf tersenyum suka setelah dipuji oleh penemu bual tersebut.
"Baiklah rancangan kita berada di penghujungnya. Terima kasih kerana sudi........."ucapan menutup menamatkan sesi temubual mereka. Asyraf berasa lega kerana dapat mengelak soalan tentang isteri. Bagi Asyraf,Alia tidak perlu diketahui oleh semua orang kerana dia tidak layak berada di samping nya sebagai isteri sewaktu diluar rumah kerana rupa paras Alia yang tidak cantik dan tidak sepadan dengannya.

Sementara itu, di rumah keluarga Asyraf.Alia yang sedang  duduk diatas lantai sambil membersihkan kuku kaki ibu mertua nya(datin Sofea) sedang menonton rancangan temubual tersebut. Tanpa Alia sedari air matanya jatuh,sedih mengenangkan kata-kata suami yang seakan cuba menyembunyikan kewujudan nya. Bukan dia tidak tahu yang suaminya,malu untuk memperkenalkan Alia sebagai isteri kerana rupa Alia yang tidak menawan lagi.

"Ehh...kau nih kenapa pulak.Nak menangis bagai."Datin Sofea menolak kepala Alia. Alia cepat-cepat menyapu air matanya.

"Aku dah kata dah,kau akan menyesal sebab kawin dengan anak aku. Asyraf tu memang malu lah nak mengaku yang kau ni isteri dia. Dah lah miskin,tak pandai nak hias diri lagi. Memang malu lah dia nak mengaku. Cepat bersihkan kaki aku nih,lepas tu masak. Nanti dato' balik nak makan."herdik Datin Sofea. Alia pun meneruskan perbuatan nya,hati yang sakit dibiarkan saja.

🌼____🌼

Sorry,hambar.😢

SwEeT RevengeWhere stories live. Discover now