๑ ꎭ.ꂦ.ꀍ1 ๑

17 2 0
                                    

°̥ͦ🇸 🇹 🇦 🇷 🇹 ̥ͦ°

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°̥ͦ🇸 🇹 🇦 🇷 🇹̥ͦ°


Hari ini hati Sae Hwa berlagu riang. Tiada perasaan sedih didalam hatinya yang menyinggah. Jukebox yang ada didalam hatinya hanya mahu menyanyi lagu gembira.

Dia tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Hari ini adalah hari paling gembira!

"wah wah, mimpi bulan jatuh ke riba ke?" tegur Chung pada Sae hwa yang jelas gembira.

Sae hwa duduk di kerusinya sambil tersenyum, manakala Chung duduk disebelah Sae hwa.

Chung melihat Sae Hwa yang telah dikenalinya selama empat tahun ini, moodnya seperti rollercoaster. Naik dan turun, Sekejap ok sekejap tidak. Sae hwa memandang Chung.

"sini dekat sikit."

Chung menarik kerusi dan duduk dengan rapat lalu menadah telinganya.

"Kau kenal dengan Seun Dal kan? Yang acah queenka kt sini?"

"bwoya, mestilah aku kenal. Musuh utama kita" Chung mencebik , lalu memandang Sae hwa kembali.

"Kau ada buat something kat dia ke?"

"Ofcors~ hari itu dia dah kenakan aku, kali ni aku kasi revenge kaw kaw!"

"Jinjja? Then, kau buat apa?"

"Aku letak dua tiga lipas dalam beg sekolah dia dengan dompet dia sekali" kata Sae Hwa dengan sedikit perlahan lalu tersenyum sinis. Perkara ini amat mudah baginya, lagi lagi apabila berhadapan dengan musuh.

Chung membulatkan matanya.

"Mworagu? Lipas?" Sae hwa menutup mulut Chung apabila suaranya dikuatkan tanpa sengaja.

"yah, perlahan la sikit!"

Chung menolak tangan Sae hwa lalu bercakap perlahan.

"Kau letak lipas? Ey gelinya! Asal lah tak ajak aku, kalau boleh aku nak letak katak!"

"Kalau aku ajak kau, habislah kantoi. Kau dah lah suka kantoikan keadaan-"

Chung hanya mencebik lalu memandang kedepan. Muncul satu tubuh yang berdiri tegak, sedang memandang kearah mereka berdua.

"tengok, kan aku dah cakap tadi, kau selalu kantoikan keadaan.." Sae hwa hanya mampu mengeluh.

"Awak berdua, ikut saya pergi ke bilik disiplin sekarang!"

Sae hwa dan Chung sudah biasa pergi ke pejabat kerana masalah yang sering timbul.

Mereka mengikuti cikgu yeoja itu dibelakang sehingga lah sampai di bilik disiplin lalu ikut masuk.

Cikgu itu duduk dikerusinya lalu memandang kearah mereka berdua.

"Siapa yang letak lipas didalam beg sekolah dan dompet Seun Dal?"

Sae hwa dan Chung hanya diamkan diri.

"Saya tanya, tolong jawab dengan jujur!"

"Kenapa cikgu tanya kami? Sedangkan ramai lagi pelajar lain. Kenapa kami nak buat macam tu pula dekat si Seun dal tu." Jawab Sae Hwa dengan sedikit berani.

"Entahlah, kenapa saya tanya awak berdua ya?" cikgu itu tersenyum sinis sedikit, Chung melihat dengan sedikit takut.

"Siapa lagi yang sering buat masalah dengan Seun Dal kalau bukan awak berdua? Asyik asyik yang datang mengadu, hanya Seun dal sahaja. Naik muak saya, dasar sundal!"

Mereka ketawa kecil lalu berhenti apabila cikgu itu memandang mereka dengan tajam.

"sekarang ni, baik mengaku kalau tak.. Saya denda awak berdua pergi berlari keliling padang sampai lah habis waktu pelajaran masa pertama!"

Mereka memandang dengan sedikit terkejut, Lama tu!

Sae hwa memandang Chung.

"Kau pergi balik kelas sekarang, kau tak ada kaitan dalam hal ni."

"apa maksud kau? Yah, aku pun terlibat ok?"

"Kau tak letak lipas dalam beg Seun dal, so kau balik sekarang." kata Sae hwa lalu memandang guru disiplin itu.

"Saya yang buat, Chung tak bersalah, jadi biar saya yang kena denda."

Cikgu itu mengangguk lalu memandang Chung.

"Awak boleh balik ke kelas sekarang."

Chung berasa serba salah kerana terpaksa meninggalkan temannya.

"Kita jumpa masa rehat." kata Chung lalu keluar meninggalkan mereka.

Sae Hwa memandang kearah cikgu yeoja itu balik.

"jadi, saya harus buat denda itu sekarang kan?"

"tak payah"

Sae Hwa mengerutkan dahinya kembali. Cikgu ni memang keling sekeling otaknya.

"eh- waeyo.."

Cikgu itu mulai tersenyum, Sae hwa melihatnya dengan sedikit gerun. Fuh, menyeramkan.

"urm.. Saya nak tanya sedikit, siapa namja yang selalu ambil awak bila waktu balik sekolah? Yang tinggi tinggi tu." tanya cikgu itu sambil tersipu sipu sedikit.

Sae hwa melihat nametag di baju cikgu itu, "Mrs. Jung Se Yoon".

"Itu uncle saya, wae?"

Mrs. Jung hanya mengangguk sedikit, nasib baik. Ingatkan boyfriend tadi, yes, ada peluang!

"Dia single?"

Sae hwa hanya mengelipkan matanya, sah Mrs. Jung nak try! Sae hwa mengangguk.

"Nae, dia single lagi. Waeyo?"

Mrs. Jung tersenyum malu lalu mengangguk.

"aniya, just tanya. Mana tahu kang ada orang culik awak, saya pelik sebab tu tanya, rupanya uncle."

Sae hwa hanya tersenyum, ada jugak yang nak kan si Alien tu, tak sangka!

"nae.. Boleh saya pergi sekarang?"

"Oh wait!"

Mrs. Jung mengeluarkan satu bekal lalu beri kepada Sae Hwa.

"Apa ni?"

"um, kalau awak tolong berikan pada dia, saya akan tarik balik denda awak tu" kata Mrs. Jung lalu memberikan sebuah bekas, mesti dalamnya ada makanan.

Sae hwa mengambil bekas itu, dia mengangguk sedikit lalu tunduk kecil dan cepat cepat keluar dari situ.

Sae hwa menarik nafas lega, terasa sesak didalam. Oh my, apa aku patut buat dengan bekas ni? Buang? Or bagi?

🐣

Don't forget to vote and comments!
;♦not copying from anyone♦;

{Sᴜ} Mʏ Oʟᴅ Hᴜsʙᴀɴᴅ || 김태형 Where stories live. Discover now