"Bu- bubur?"
"Buat masa sekarang, kau hanya boleh makan bubur."
Minseul meneguk ludahnya perit. Dia benci bubur sebab langsung tidak mengenyangkan perut- rasanya bagaikan minum air sahaja.
"Aku ada belikan makanan lagi sedap dari bubur. Tapi, kau mesti makan bubur tu dulu." Segara makanan menyelerakan diletak atas meja- Tteokbokki, Kimchi, dan Ssamjang.
Minseul tak banyak songeh lagi, dia menyuap bubur dalam mulutnya tapi diganggu oleh rambutnya yang berterbangan hampir ikut masuk dengan bubur ke dalam mulutnya.
Hyunjae berdiri dan menghampiri Minseul, dicapai pengikat rambut dalam kocek coatnya dan diikat rambut gadis itu. Minseul memerhati dengan pelik.
Apa pun setan yang merasuk Hyunjae sekarang ni, mohon keluar. Gumam Minseul dalam hati dan sambung makan, Hyunjae pula terus memerhati Minseul yang pelahap itu.
------
hyunjae_
| Hei
| Tolong ambilkan fail kes dalam lacimseuld._.
mana? |hyunjae_
| Dalam bilik aku
| Fail tebal warna biru
| Hantar sekarang
| Aku tunggu di bawahmseuld._.
Kejap. |Minseul beranikan diri masuk bilik lelaki itu, Hyunjae meminta pertolongannya sebab malas nak ke blok apartment. Dia terkejarkan masa untuk persidangan kes baharu yang dikendalikan olehnya.
Laci bawah meja kerja lelaki itu ditarik keluar. Fail biru tebal macam kamus diambil dan matanya tertancap pada buku nota dibawah fail tadi.
Buku nota warna pastel pink.
➳❥ tbc
YOU ARE READING
[II] Eclipse. ✔
Fanfiction❛❛Eclipse is a proof that there is no love that's forbidden and impossible.❜❜ 2ND GALAXY THE SERIES LEE HYUNJAE VER START ⋮ 25/O6/2O2O END ⋮ 27/O6/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O