(THiRtEeN)

154 21 0
                                    



• Bella! •



"Heii!" jerit orang tu. Aku masih pejam mata sambil menunduk. Perlahan-lahan mengangkat muka.

"Maaf. Saya tak sengaja." ucapku perlahan. Cukup untuk kami berdua sahaja yang dengar.

Mataku diliarkan seketika. Hampir semua mata memandang kearah kami berdua. Bibir bawah digigit.

"Maaf? Heh, apa guna maaf kalau sengaja?" sinis. Pandangannya penuh amarah.

"Kan saya dah cakap saya tak sengaja tadi." tak puas hati. Pekak ke? Aku dah cakap kan 'saya tak sengaja' tadi.

"Sekarang ni kau nak melawan pulak?" ehh minah ni. Apa masalah dia? Dan aku pelik macam mana dia boleh ada kat sini?

Bella tersenyum sinis. "Dahlah perampas."

Terdiam. Perampas? Apa ni?

"Tak payah nak buat tak tahulah." makin aku bingung. Apa dia merepek ni? Sejak bila aku rapat dengan lelaki selain kelas kitorang. "Neal."

Okay, aku dah faham. "Tak. Mana ada. Akak salah faham ni. Saya tak-"

"Thought you're too good at camouflage, huh? " lagilah sinis.

"Apa akak cakap ni, saya tak fa-" serta merta kepalaku terdorong ke belakang. Ditarik dengan kasar. Shit, sakit!

"Bella!" satu suara menjerit. Suara perempuan. Macam kenal. Aku tak dapat nampak siapa orang tu sebab pandanganku hanya terhala ke atas.

Dapat aku rasakan semua mata kini memandang kami berdua. "Stop, Bella! Lepaskan Zyla." suara itu semakin mendekat. Leherku terasa sakit. Tekak tak dapat nak telan liur dengan lancar. Terasa seperti tersekat-sekat.

Kemudian kepalaku tertolak kasar. Badanku terdorong kehadapan. Tubuhku disambut dalam pelukan. Aturan nafasku tak sekata. Mungkin sebab tak dapat oksigen yang cukup tadi.

"Zyla okay tak ni?" soal orang tu. Aku hanya mengangguk. Cuba mendongak memandang orang itu. Kak Layla. Aku tersenyum nipis.

"What's going on? And Bella, why did you do that? " suara garau ini serupa milik pengetua. Walaupun aku kini masih berada dalam pelukan Kak Layla, namun aku dapat kecam suara siapa.

"Are you going insane? " sayup kedengaran suara seseorang. Neal.

Aku dibawa menjauhi tempat itu. Kak Layla ni sekelas dengan Neal. Kak Layla pun tahu pasal Neal. Bukan sebab aku yang cerita, tapi Kak Layla ni agak rapat dengan Neal.

"Zy! Kau okay tak ni?" mukaku dibelek-belek. "Gila ah minah tu. Psycho!" carut Sya dalam marah.

Aku tersenyum kemudian tergelak kecil. "Tak okay. Aku tengah pengsan ni."

"Ehh dia ni! Orang tengah risaukan dia, memain pulak." Sya tarik muncung.

Pernafasan tetap aku kawal. Tak stabil sangat sebab ruang pernafasan rasa macam tersepit tadi. Tambah pula kena peluk dengan Kak Layla.

Highschool Love StoryWhere stories live. Discover now