gedebuk!
Tubuh Indah jatuh tergolek di atas tanah sebaik sahaja sebiji bola sepak terkena kepala dia.
"Eh, adik manis! Ha itu la siapa suruh duduk situ lagi HAHAHAH kan dah terkena bola" Indah menggosok kepala yang sakit dan bangun duduk perlahan lahan. Bola yang tadi tepat terkena kepala dia dipijak oleh kaki seseorang. Dia mendongak,
"Marah?" Hariz senyum senget.
Terus bola dikaki Hariz disepak oleh Indah sehingga Hariz hampir jatuh tetapi dapat dikawal. Indah cepat cepat bangun dan berdiri mendekati Hariz. "Wah, wah wah wahhh!! Wahhh!!" Indah meninggikan suara dan menepuk tangan kuat, Hariz terkebelakang sikit dan entah kenapa dia boleh terdiam disitu.
"Seronok eh kau buli aku" Indah mengambil semula bola yang terkena kepala dia tadi, "ni.. bola ni kau punya kan! Ha kalau kau nak ambik sekarang" Hariz cuba mengambil bola dia semula tetapi Indah mengelak.
"Bagi bola tu" Indah melarikan bola tersebut dari tangan Hariz yang ingin mengambilnya. Hariz mula serabut, jersey yang disarungnya disinting sehingga atas bahu dan peluh menitik di dahi dek penat bermain bola dari tadi. Hariz lihat kebelakang, tiada langsung kawan-kawannya yang ingin menghampiri dia untuk menolong. Hariz mengeluh, "okay fine.. kau nak aku buat untuk dapatkan balik bola aku ? minta maaf ? hmm okay aku minta maaf sebab sepak bola tu kat kepala kau yaa.. aku minta maaf Indahh" Hariz tekup muka, dia ada ja bola lain untuk main kalau Indah enggan memberikannya bola itu tapi entah kenapa dia nak bersembang sedikit dengan budak sains di hadapannya ini.
Indah mengetap bibir, geram sungguh dengan lelaki biadap tak pandai rasa bersalah ni, bola ditangan terus dilempar di padang, "dahla hergh" Indah berlalu pergi dan Hariz berlari mengutip bola untuk sambung latihannya.
YOU ARE READING
TEENS
Humorteen-fiction, jemput lah masuk ke dalam rumah ini jika anda seorang peminat teen-fiction. Hariz Fikhry - Budak bola SMK Seri Indera, kulit tanned, agak hambar dalam kalangan kawan kawan dia, memegang gelaran "mawas" jika bertembung dengan geng Indah...