Prolog

23 1 0
                                    

Seorang pemuda dalam umur dua puluh tahun, tubuh badannya dipenuhi dengan darah dan luka yang sangat parah. Setiap langkahnya, setiap itulah darahnya menitis ke tanah. Pemuda itu adalah Sasuke, berdiri di tepi gaung yang dalam sambil tangan memegang pedang yang dilumuri darah.

"S-sudah sampai masa untuk aku berehat. A-akhirnya, semua sudah diselesaikan.. lagi" ucap pemuda raven itu. Kedua belah tangannya mula menghunus pedang itu ke perutnya, namun dihalang dengan sejenis wayar halus yang melilit kedua tangannya.

"Berhenti, Sasuke!" ucap seorang budak lelaki berumur lapan tahun. Dibelakang budak lelaki itu, berdirinya seorang lelaki dewasa. Mereka berdua memandangnya risau dan sedih. Siapa mereka berdua? .

///%%%&&&&///

Makoto segera memeluk anak bungsunya yang akhirnya kembali. Sasuke segera memiringkan kepala, bingung. Setahunya, umurnya dua puluh tahun tapi sekarang......dua tahun??

"Kenapa Sasuke? Bingung ya?" soal Itachi. Sasuke mengangguk.

"Begini Sasuke. Saat kamu lahir, ada ninja upahan yang datang menyerang kita dan pada masa itu, ninja upahan itu mahir jutsu pemindah roh. Oleh kerana tidak dapat menghalang ninja upahan itu, kamu menjadi mangsanya" ujar Itachi.

"Apa yang terjadi pada ninja upahan itu?".

"Ninja itu dibawah ke pusat t&i untuk mendapatkan maklumat bagaimana nak selamatkan kamu. Akhirnya setelah dua tahun, kami berjaya mencari penyelesaiannya dan berjaya mencari kamu...walaupun pada masa itu...hm...kamu hampir melompat ke gaung..".

"Apa!!!" jerit Makoto. Dia memandang Sasuke marah. "Mengapa kamu melompat ke gaung?!!".

"Hampir. Hampir kaa-san" ujar Sasuke sambil mengangkat kedua belah tangannya.

Makoto mencubit pipi kanan Sasuke sambil tersenyum. "Ingat Sasuke. Jangan pernah cuba buat lagi. Faham? " dengan nada yang menyeramkan.

"H-hai..".

uchiha SasukeWhere stories live. Discover now