TERHEMPAS

348 0 0
                                    

Langit kian mencurahkan sinar mentari jingga biarpun upun tiba. Petang hari itu pesawat tersebut kembali membelah awan berlepas menuju ke destinasi melalui laluan yang telah direncanakan. Ketika pesawat melintasi daerah Curico , juruterbang telah memaklumkan kedudukan pesawat kepada pengawal laluan trafik udara di Lapangan Terbang Santiago dan mereka dibenarkan untuk mendarat. Jarak antara Curico dan Santigo adalah dalam sekitar 170 kilometer.

Namun , kesilapan maklumat yang diterima daripada pengawal tarfik udara telah menyebabkan situasi buruk berlaku. Juruterbang gagal mengira keadaan pesawat yang sederhana ringan dan ini menyebabkan pendaratan berlaku terlalu awal tanpa dirancang. Suasana masa itu menjadi sangat genting buat para penumpang dan krew kapal keadaan kelam - kabut dengan suara jeritan.

Dalam keadaan kabus yang menebal dan awan yang menyelimuti banjaran Andes , pesawat tersebut telah berlanggar dengan salah satu puncak gunung pada ketinggian 13,800 kaki sehingga mengakibatkan sayap kanan dan ekor pesawat terputus dua. Malang tidak terduga , dalam keadaan pesawat rebah menjunam ia sekali lagi berlanggar dengan puncak gunung salji dan mematahkan sayap bahagian kiri pesawat. Pesawat tersebut melambung dan berpusing - pusing seakan gasing lalu terhempas menyusuri lurah pergunungan.

Nasib mereka sedikit baik berkat keadaan kawasan tersebut bersalji tebal ini telah menyerap kesan hentakan yang kuat itu dan pesawat tersebut tidak musnah secara total. Kelihatan daripada 45 orang yang menaiki pesawat berkenaan hanya 12 orang yang meninggal secara serta - merta selebihnya masih hidup. Namun beberapa orang penumpang mengalami kecederaan yang agak serius seperti patah pada beberapa bahagian badan. Wajah para penumpang terpancar kehibaan ada yang seakan histeria kerana terpaksa menyaksikan kematian ahli keluarga depan mata mereka sendiri.

Keadaan sekeliling kawasan berkenaan dipenuhi darah dan organ manusia yang bertaburan di serata tempat. Sekalipun mereka bersyukur kerana telah terselamat daripada nahas tersebut namun banyak cabaran yang perlu difikirkan oleh mereka kerana kini mereka telah terkandas di salah satu kawasan zon paling terpencil dan genting didalam muka bumi iaitu banjaran Andes.

Fahri mula mencari Kairul rasa hatinya amat cemas kerana takut bakal kehilangan sahabat baiknya itu dia mula mengatur langkah biarpun tubuhnya sedikit lemah kakinya masih kuat melangkah luka pada dahinya langsung tidak dihiraukan. Pelbagai bunyi dan sahutan menyinggan ke kuping telinganya di biarkan bergitu sahaja bagai angin lalu melintas namun tekat dia adalah satu iaitu menemukan sahabatnya Kai. Bibirnya dibuka luas melaungkan secara berterusan panggilan nama sahabatnya itu biarpun tubuhnya seakan kaku membeku kerana kesejukan. Suasana keadaan tersebut semakin mengila kepulan salji tebal telah membataskan sudut pandangan dan melambatkan sedikit langkahnya itu.

Akhirnya Fahrin tiba disebuah kelompok manusia yang masih terselamat mereka berpelukan sesama mereka bagi memanaskan tubuh. Matanya bulat meliar mengesan keberadaan sahabatnya itu setiap inci wajah - wajah manusia itu diperhatikannya tiada sedikitpun yang terlepas pada pandangannya itu , hatinya berharap Kairul masih selamat tidak kuat hatinya untuk mencari sahabatnya itu dibalik timbunan mayat yang terkumpul. Akhirnya mata terhenti pada sekujur jasad yang kaku kesejukan rasa syukur tak tergambarkan diwajahnya itu lalu meluruh memeluk erat tubuh tersebut.

" kau tidak apa - apa , aku risau betul tidak dapat aku bayangkan jika aku perlu kehilangan sahabat terbaik yang aku pernah ada". Ucap Fahrin sambil menangis teresak - esak.

Kairul memerhatikan sahabatnya itu rasa hatinya tenang dan syukur sahabatnya turut selamat daripada nahas ini.

" Fahrin kau menangis tidak pernah pula aku tengok kau menangis seteruk ini lap hingus kau tu nanti beku pula , sayang juga kau dekat aku ya". Usik Kairul menyakat sahabatnya itu. Mereka berdua memutuskan untuk turut serta berada dengan kelompok individu yang masih selamat ini.

Bersambung...

**********************************************
Terima kasih sudi membaca jangan lupa share and vote tau .....bye😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PASSENGERS 🛩️Where stories live. Discover now