Bab 29

6.8K 334 15
                                    

20 August 2020/ 29 August 2024


"Atuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Atuk..." Mendengar sahaja suaraku, lelaki berbadan kurus itu pusing. Lekas-lekas atuk menghabiskan puntungan rokok daun itu sebelum mencucuhnya ke dalam abu rokok separuh penuh itu.

Ditepuk-tepuk tangan sendiri dan tubuhnya untuk menghilangkan sisa rokoknya tadi. Atuk aku dekati lalu memeluknya manja. Ada bau asap rokok sikit, tapi tak apalah. Bukan aku tak tahu atuk aku ni penghisap tegar rokok yang diperbuat daripada daun nipah tu.

"Erah, kenapa turun bawah ni?"

"Cari atuk Erah la." Bertanda tanya wajah atuk. "Yang kamu cari aku ni kenapa?"

"Erah nak manja-manja dengan atuk. Besokkan Erah dah nak kahwin. Tak boleh lagi bermanja macam ni kalau dah jadi isteri orang."

Pelukan aku itu renggang sebaik sahaja atuk menolakku sedikit jauh.

"Siapa cakap? Memandai-mandai aje. Kalau pun kamu dah ada cicit nanti, kamu tetap cucu aku, tau?" tegas atuk. Lebar senyuman aku mendengarkan itu. Dari aku kecil sehinggalah aku tua macam ni pun kasih sayang yang atuk limpahkan kepadaku tak pernah nak berkurang sikit pun. Malahan, kian melimpah ruah. Rasalah cucu terpaling istimewa tu.

"Sayang atuk!" Tubuh yang terasa susutnya itu aku peluk lebih erat berbanding tadi. Kepalaku digosoknya lembut. Tanda atuk juga berkongsi rasa yang sama denganku.

Semasa atuk melambai beberapa pekerja-pekerja yang mahu balik itu sebagai tanda terima kasihnya, aku teringatkan sesuatu.

"Atuk... Nak tanya sikit, boleh?"

"Tanya ajelah."

"Hmm... Atuk rasa Haziq tu okey tak?"

"Bakal suami kamu tu kan?" Haih, nama Haziq pun tak ingat ke? Aku geleng.

"Tak adalah. Tukang kebun yang mama upah nak jaga bendang dan dusun atuk tu." Jawabku, berloyar buruk. Namun bila bertambah kedut di wajah atuk itu, aku menghela panjang.

"Eee... Bakal suami Erah la, siapa lagi?" beritahuku.

"Kamu tanya aku buat apa? Manalah aku nak ingat nama dia. Bukan aku yang gatal nak kahwin dengan lelaki tu." Tersentak, segera aku lepaskan pelukan. Tenung wajah atuk yang tak berperasaan itu.

"Atuk tak suka eh?" Ayat atuk tadi tu macam mengeyakan aje.

"Kamu yakin ke kamu nak kahwin dengan Haziq tu?" Tapi itu pula yang ditanya atuk. Bagai cuba menimbulkan keraguan kepada keputusanku ini. Tak ragu, aku eyakan terus.

"Yalah. Persiapan dah sedia semuanya." Takkan aku tak serius kalau semua benda dah selesai. Menangis mama kalau aku beritahunya yang aku main-main aje nak kahwin selama ni.

Tanganku yang kekal melingkar di lengan atuk itu dileraikan lalu atuk cari tanganku dan bawa ke dalam genggaman tangannya.

"Kalau macam tu, kamu kena janji dengan diri sendiri. Jaga rumah tangga kamu ni baik-baik. Tanggungjawab kamu terhadap suami kau, jangan sesekali culas nak dibuat. Apa yang dia nak kamu buat selagi tak melanggar hukum Allah, tak melarang fitrah kita sebagai manusia, tak sakitkan kamu, dia, dan masyarakat sama ada fizikal mahupun mental, kamu kena patuh!"

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now