23 August 2020/ 06 September 2024
Mana Haziq ni? Ternanti-nanti aku berdiri di hadapan pintu rumah seperti pak guard tanpa gaji. Tunggu kepulangan Haziq yang tak kunjung tiba tu. Katanya dia akan balik pagi ini untuk bersarapan sekali. Ini dah masuk jam lapan, jangan cakap bumbung kereta, deruman enjin keretanya itu pun tak kedengaran. Mesej yang aku hantar jam enam pagi tadi pun tak terbalas lagi. Dia pergi mana ni?
"Encik, baliklah cepat!" mohonku sendiri. Ni bukan risau ke apa, ek! Jangan tuduh sembarangan! Aku tunggu dia ni pun bersebab. Kalau mama tahu Haziq tak tidur di sini semalam, aku ni yang kena pulas telinga tau!
"Kau buat apa ni, Erah?"
Kejung aku di tepi pintu tu. Makin mengeras bila orang yang menegur itu Kak Fasha.
"Kak Fasha, ergh... Erah tengok cuaca, hah! Nak berdoa sikit supaya cuaca okey tengah hari karang. Mudah-mudahan majlis resepsi Erah dengan Haziq berjalan dengan lancar." Bohongku. Tercebik bibir wanita itu seraya menolak pinggangnya.
"Eh, majlis kau tu kan dalam dewan. Yang gedik sangat nak risau ni kenapa?"
Dah majlis resepsi aku, salah ke kalau aku nak risau? Terhingin aje aku berlaku lancang seperti itu. Tapi malang sebab aku ni lagi muda berbanding dia! Kalau aku melawan, kena canang dek mulut maknya itu di kampung nanti yang anak arwah Nizam ni kurang ajar, tak reti nak hormat orang yang lebih tua. Siapa dapat malu? Atuk dan nenek aku juga.
Haih... Malang betul dapat keluarga yang suka mengaibkan darah daging sendiri ni.
"Kalau dia risau pun kau kenapa? Berapa banyak duit kau yang dia guna untuk buat majlis tu?" Lagi seorang yang datang entah dari mana itu terus menyampuk. Tercegat Kak Fasha bila Abang Aiman berdiri di sebelahku.
"Abang Man ni, Fasha cakap aje. Lagi pun betul apa? Buat apa nak risau kalau dah majlis dia dalam dewan? Kusutkan fikiran aje nak risaukan benda yang tak perlu dirisaukan."
"Habis yang kau tu nak risaukan pasal adik aku risau tentang majlis resepsi dia, boleh pula? Sebelum kau nak ajar orang, cuba praktikkan kat diri kau tu supaya tak payah menyusahkan diri nak fikir masalah orang lain! Ini tidak, kau pula yang beria-ia nak membebel. Kalau ada hulur duit tu tak apa juga." Bidasan Abang Man itu buat Kak Fasha merengus kalah. Tak betah mahu bertikam lidah dengan Abang Man, maka terbubarlah slot gaduh mulut itu apabila dia angkat kakinya meninggalkan kami.
Aman sikit ruang ini bila seorang dah blah. Namun rasa tegang tu masih terasa bila muka bengang Abang Man tu belum pudar.
Belakang kepalaku garu-garu. Canggung.
"Emm... Terima kasih Abang Man sebab bela Unie." Setelah sekian lama kami tak bercakap, nak mulakan perbualan tu pun jadi payah! Hampir tekehel lidah aku padahal bukan kena berkomunikasi dalam bahasa Arab pun.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...