Bab 33

5.7K 334 34
                                    

30 August 2020/09 September 2024

Hampir-hampir sahaja aku hilang kesedaran, air kolam yang berombak kuat itu menghempas tubuhku bila ada orang yang terjun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hampir-hampir sahaja aku hilang kesedaran, air kolam yang berombak kuat itu menghempas tubuhku bila ada orang yang terjun. Lenganku ditarik kuat sebelum tubuhku terasa ringan saat aku diangkat keluar dari kolam renang tersebut.

"Astagfirullah alazim! Angah, apa yang dah jadi ni?!"

"Sabar mummy. Sabar!"

"Sabar apa, Long? Muka dia dah biru dah!"

Samar-samar aku mendengar suara panik itu berbalah. Walaupun aku boleh mendengar, namun mataku tetap tidak boleh dibuka. Berat yang amat, macam ada batu yang memaksaku agar tak sedarkan diri. Aku hanya terkulai layu ketika tubuhku terasa diletakkan di atas permukaan rata.

"Uda! Kenapa kamu tak selamatkan Unierah?!"

"U, Uda..."

Bersamaan dengan jeritan emosi itu, dadaku ditekan beberapa kali. Memaksa aku untuk terus bernafas. Bila tidak mendapat keputusan yang dimahunya, hidungku dipicit lembut, kemudian kepalaku didongakkan sebelum beberapa kali bibir kasar itu menyalurkan bantuan pernafasan kepadaku.

"Come on, Unierah! You can't die on me!" Bisikkan kata-kata semangat untukku, sekali lagi dia membuat CPR itu.

Seakan doanya itu dimakbulkan, lebihan air yang mengepung paru-paruku keluar dengan sendirinya. Sekali gus nafasku yang tersekat tadi terbuka, terbatuk-batuk kuat aku dan keluarlah lebihan air itu. Tidak membiarkan aku begitu, orang yang sedari tadi berusaha menyelamatkan aku itu angkat tubuhku dan bantu aku agar aku mengiring ke kiri. Biar aku muntahkan segala air yang aku terminum tadi.

Akibat bertarung terlalu lama di dalam air itu, aku jadi lemah untuk berbuat apa-apa. Pandanganku juga tidak jelas. Cuma mampu mengenali orang-orang yang mengerumuniku itu melalui suara dan siluet mereka sahaja.

Tangan yang membantu aku itu aku cari. Bagaikan tahu niatku meramas-ramas lengannya begitu, tangan kasar itu menyatu dengan tanganku.

"Haziq..." Dalam keadaan aku tak bermaya itu, hanya satu nama yang mampu aku sebut.

"I'm here, love." Sahut suara itu buatkan aku yakin, Haziq yang menyelamatkan aku tadi. Terasa naik hujung bibirku. Lega, juga berterima kasih bila Haziq tidak lupa dengan janjinya.

"I'm sorry..." Berkerut keningku mendengarkan itu. Bukan dia yang sepatutnya minta maaf denganku. Namun permohonan maafnya itu kian bertambah selepas itu.

"I'm sorry... I'm really, really sorry!" Menggeletar suara garau itu meminta maaf. Menahan tangisan yang hampir pecah sebelum ia berganti dengan tangisan jantannya.

"Ziq tak ada niat. Ziq betul-betul tak tahu."

Mataku buka. Haba daripada tubuhku sendiri buatkan aku berbahang di bawah duvet ini. Aku di mana ni? Permukaan yang aku baring ni empuk, manakala siling di atas pula mempunyai kipas hitam berbelang tiga itu, bermakna aku berada di dalam bilik tidur Haziq.

MR. KING CONTROL (C)Where stories live. Discover now