02 September 2020/10 September 2024
"Kau ni, perlahan-lahanlah sikit!" Daripada aku berhati-hati membersihkan lukanya itu, jadi kurang sabar pula bila pakcik ni merentan. Hyes!
"Encik nak macam mana lagi? Perlahan la ni saya buat."
Haziq dah tak merungut lepas tu. Muka ketat itu berkerut-kerut menahan sakit.
"Lain kali provoke lagi!" kutukku. Kritik tindakkan dia tu semata-mata bodoh!
"Diamlah!"
Melawan? Aku tonyoh-tonyoh ubat antiseptic ni kat luka tu karang, biar menggelupur kau kesakitan!
Selesai mengubati Haziq, aku kemaskan first aid kit itu. Beberapa kapas yang diguna untuk bersihkan luka Haziq aku asingkan di satu bakul plastik. Sesudah itu, aku bersandar di badan sofa seraya memerhati Haziq yang menekap ais di tepi bibirnya untuk kurangkan nyeri pada bahagian yang mula memerah itu. Haraplah bengkaknya itu tidak melarat.
"Encik ni memang suka cari pasal, kan?" Bengang pula aku bila ingat kejadian tadi. Haziq ni suka orang belasah dia, eh? Caranya itu memang sengaja mahu membangkitkan kemarahan Abang Aiman.
"Maybe that is my norm?"
"Norm encik tu boleh buatkan alumnai taekwondo black belt bercalit emas tu patah renyukkan dua puluh empat tulang rusuk encik tu, tahu!"
Haziq tertawa sinis. "It's better that I lose face in front of them."
Angkuh sungguh bunyinya. Pantang dicabar, ego seorang Haziq lagi penting daripada keselamatannya sendiri. Dia rela dibelasah asal jangan maruahnya yang tercalar.
Huh, man!
"Encik ni memang tak takut cedera ke?" Dah lama aku nak tahu ni. Sebab Haziq betul-betul tak kelihatan gentar tadi. Berbeza dengan situasi semalam apabila dia menjadi saksi melihat aku hampir-hampir mati di depan matanya. Automatik kerisauan itu menjadi mimpi ngeri buatnya. Teoriku sahajalah. Badan manusiakan akan bereaksi dengan bermacam-macam cara bila berada di dalam tekanan atau kejutan yang melampau.
"Janji tetap janji. Kau terapa-apa, aku yang akan kena."
Selain daripada ego, Haziq juga berpegang pada janji.
"Sorry..." Pohonku. Walaupun aku jengkel dengan tindakkanya itu, tapi aku tetap rasa bersalah. Disebabkan aku, muka handsome dia pula yang pecah!
Haziq sekadar diam. Tiada niat lagi untuk teruskan perbualan. Masih marah kut dengan kejadian kemarin, tambah pula kejadian tadi. Siapa aje tak bengang, kan?
"Encik nak tahu tak, kenapa abang-abang saya macam tu?" Tak tahu kenapalah aku nak buka topik itu. Agaknya atmosfera di kawasan ini terlalu sempit untuk kami, punca artikulasiku ini berkerja dengan sendirinya untuk buat ketegangan itu longgar sedikit.
YOU ARE READING
MR. KING CONTROL (C)
RomancePOV1 (2017-2024) "Kerana dia lebih tahu..." Hanya kerana barang yang dituduh arwah ayahnya pernah curi, Unierah menjadi mangsa tak bersalah peminjam haram itu. Diugut, dikejar, dan juga hampir-hampir diculik gara-gara kesalahan arwah ayahnya kepada...