"Good morming, Haneul! You look so sweet today." Mr. Lee tersenyum melihat tingkah laku Haenul.
"Kyung, nanti bagi I fail belanjawan 2017 itu ya? Letak atas meja I." Mr. Lee pun berlalu menuju ke biliknya semula.
Cebikan di bibir Kyung membuatkan Haneul ketawa lagi. Dia tahu, Kyung cemburu. Bukan sekali, tetapi dah lebih dari 50 kali Kyung menuduhnya mempunyai hubungan dengan Mr. Lee itu.
"Dasar Lee tau hu! Dengan kau, bukan main lagi. So sweet! Ingat kau tu gula kabung!" bebel Kyung sambil mencari fail yang diminta oleh pengurusnya itu.
"eish kau ni, mengarut."
Kyung menunjukkan muka tidak puas hatinya, harini dia memakai baju paling cantik, kalah Pelakon! Tetapi, Haneul juga yang dipandang oleh Mr. Lee! Tak aci!
" Bye, Kyung! Aku pergi dulu." Haneul melambaikan tangannya.
"Yah, tak nak makan dulu ke? Dah dekat pukul 1.00 ni!" Kyung mula menjerit.
Haneul hanya menggeleng dan terus melangkah pulang bersama bekalan yang diambil. Hari ni, dia cuti setengah hari. Mulai esok, dia akan cuti dua hari, Yahoo!
Haneul ketawa sendiri, mujur lif kosong. Malu jugak dia kalau ada yang tengok dirinya begitu. Dia menaiki keretanya dan terus memecut laju meninggalkan kawasan pekerjaannya.
Setelah sampai, Haneul memakirkan keretanya di tempat yang dikhaskan. Haneul segera pergi ke lif, mahu cepat masuk ke rumah.
Di hadapan lif, kelihatan banyak perabot yang baru diturunkan dari sebuah lori yang bersaiz sederhana besar. Seorang yeoja berseluar ketat dan berbaju sendat sedang sibuk mengarahkan dua namja asing itu supaya berhati hati semasa menurunkan barangan.
"Hati-hati sikit! Barang mahal ni. Kalau calar, I suruh bos you bayar."
Marah yeoja itu kepada pekerja tersebut sambil melontarkan senyuman sinis kepada Haneul. Haneul hanya membalas senyuman yang ikhlas pada yeoja itu manakala senyuman kasihan untuk pekerja itu.
Ketika pintu lif terbuka, Haneul segera masuk kedalam lif. Tiba tiba muncul yeoja itu sambil menahan pintu lif dari tertutup, dia bersuara dengan tegas.
"Saya naik dulu, ingat apa saya cakap tadi!"
Hanya selepas dua pekerja itu menjawab, yeoja itu masuk dan barulah pintu lif itu dibenarkan tutup.
"Hai! Dah lama duduk sini? Susah nak cakap dengan diorang tu. I risau perabot i rosak. Maklumlah, barang mahal." kata yeoja itu tanpa segan silu, belum sempat Haneul ingin membalas, lif sudah terhenti di tingkat tujuh.
"Eh, kita sama tingkat!" yeoja itu bersuara lagi dengan ketawa yang dibuat buat.
Entah kenapa Haneul terasa mual secara tiba tiba. Muka korea, tapi bercakap pelat. Konon ala-ala minah salih! Haneul mula mengumpat dalam hati.
Namun, tidak sempat ia mahu mengumpat lagi, Yeoja itu berhenti betul-betul di pintu sebelah rumahnya. Haneul berasa nak pengsan, alahai jiran barunya bergaya macam artis. Dahlah mulut murai! Haneul terasa ingin menutup telinganya apabila yeoja itu bersuara lagi!
"Hey, we are neighbours!"
Gelak tawanya membuatkan Haneul terasa mahu mencabut telinganya, biar lebih elok dia tidak mendengar apa pun.
"Ha'ah, berjiranlah kita nampaknya. I masuk dulu." Haneul segera ingin melarikan diri dan masuk kedalam rumah.
"Hey, sekejap! You dah kahwin?"soal yeoja itu sambil tangannya memegang pintu gril Haneul agar tidak tertutup. Wajahnya kelihatan tidak sabar.
Ingin sahaja Haneul menarik grilnya dan menyebabkan tangan jiran barunya itu tersepit, tetapi sikap keperimanusiaan masih lagi ada dalam dirinya.
"kenapa tanya?" Haneul cuba memaniskan mukanya, kalau ikutkan tidak mahu ia tunjukkan senyuman limitednya itu!
"Tak ada apa. Saja curious! Tapi I tak risau sebab, you.. Absolutely not my darling taste. Bye! "
Yeoja itu berlalu meninggalkan Haneul yang sudah merah padam mukanya. Telinganya seakan mahu putus apabila yeoja yang tidak sekolah itu dengan senang membuat kenyataan sebegitu. Ingin sahaja dikasi debikan!
"macamlah handsome bebenor darling kau tu!"
Haneul bercakap sendirian, kasit tingginya dibuka dan beg nya diletakkan diatas sofa yang berwarna merah.
❇
Ketukan di pintu menyebabkan Haneul terhenti lamunannya. Bunyi loceng yang ditekan beberapa kali jelas menunjukkan ketidaksabaran orang yang menekannya.
Siapa pula yang rajin sangat datang kerumahnya waktu tengah hari buta begini? Dengan malas, Haneul membuka pintu. Kelihatan muka di pintu, jiran barunya sedang tersengih.
"Hai. I nak balik dah ni."
Mahu saja Haneul menjawab, 'Dahtu kenapa?' . Tetapi kerana teringat amalan membantu antara jiran eceh, Haneul sekali lagi memaniskan mukanya.
"Jumpa lagi! Oh ya, lupa nak kenalkan nama I. You can call me Mimi. M. I. M. I. Siapa nama you?" tanya yeoja itu lagi.
"Nama I Kang Haneul." Haneul memperkenalkan diri, jelek melihat sikap Mimi. Macamlah susah beno namanya hingga perlu dieja. Macamlah dia sekolah takat tadika sahaja.
"okay, bye!" Mimi melambaikan tangannya.
Dua pekerja yang mengekori langkah Mimi, tersenyum kambing memandang Mimi yang berjalan macam tak ada tulang belakang.
Haneul menutup pintunya dan mengurut kepala. Boleh kena sakit jiwa kalau hari hari bercakap dengan Mimi.
YOU ARE READING
[SU] Lᴏᴠᴇ Cʜᴀʀᴛ ^•^
FanfictionIni kisah tentang kejiranan yang gila. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tak faham makna tidak! Manakala yang sebelah kanan pula membuatkan Haneul pening. Seluas bumi ini, kenapa namja itu memilih unt...