'Ayah iman nanak ibu' sedaya upaya anak kecil itu merungkai pelukan dari ayahnya Cuba untuk kembali ke arah Allora yang agak kebingungan. Timbul rasa kasihan nya terhadap Anak kecil itu 'Iman. Meh dekat saya nak?' tangan didepakan ke arah iman yang berada didalam dakapan Emir lantas anak kecil itu beralih Di dalam pelukan Allora.
'Mana ibu pegi same ni? Iman sunyi' Air mata anak kecil itu diseka 'Saya baru balik dari Amerika la lagipun kita kan baru berjumpa.Iman, nama saya Hanis Allora bukan Ibu ape ke buruk sekali nama awak bgi kat saya' Disini Baru sedar Akan kebendulan diri seorang Hanis Allora sehinngga membuat kan mereka Terletus akhir nya ketawa Emira dan nenek Safiyya
'Kak anis oi Ibu tu bukan nama orang ibu tu mother paham tak ni lawak la akak ni ' ibu tu mother? Yang aku tau mother tu mommy or momma tak pernah didengar orang panggil mother ibu. Cultural shock?
'Saya tak tau ibu tu adalah mother its sounds weird.Saya biasa panggil mother saya mommy' Makcik Fazhia tersenyum kecil. Dia paham, Allora perlu kan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana Di sini cucu nya yang berada di dalam dakapan anak kakak nya itu dipandang sayu
Begitu terlihat dimana anak kecil yang leka memeluk erat allora itu begitu dahagakan kasih sayang seorang ibu. Emir yang dulu kuat menyakat orang kini sunyi bagai wujud pun macam tak wujud
'Ibu, iman lapar' Sekali lagi Allora bingung. Dia geli Akan panggilan ibu yang bermaksud mother itu kerana dia tidak pernah membayang kan diri nya Akan mempunyai seorang anak dalam usia semuda itu tersangat geli even budak tu comel 'Iman pegi la dekat Emir, Saya tak tahu la nak bagi iman makan apa'
Lantas iman disua ke arah Emir lalu djbawa lelaki itu ke dapur tanpa sebarang kata. 'Makcik, mommy iman mana? Nape dia panggil Lora ibu?' Allora duduk bersimpuh Di Sebelah Puan Fazhia
'masa Iman baru dilahirkan masa tu masing-masing umur setahun jagung baru je 21, ibu dia minta cerai. Semasa brkahwin dengan Emir dulu pun ibu Iman memang belom sedia nak ada anak. Katanya takut badan dah tak cantik bila lepas beranak nnti.Kata si Deeana ibu iman dulu, kalau Emir degil nak anak jugak syarat dia lepas je iman lahir Emir kena ceraikan dia
.Ada sampai satu tahap deeana pernah nak gugur kan iman dulu nasib baik Emir perasan.
Emir memang dari dulu nak anak sampai snggup cerai kan wife dia yela rasa macam apa guna kahwin kalau wife dia pun tanak ada anak. Iman panggil Anis ibu mungkin sebab setiap kali dia cari ibu dia Emir cakap ibu dia kerja and ibu dia dulu freehair ada lagi gambar dia dulu iman pernah tengok kebetulan Anis pun freehair sbabtu kot ' begitu kusyuk skali gadis itu mendengar setiap cerita yang Di sampai kan makcik nya
' apa nama betol iman makcik' soal nya pendek 'Nur Iman Dahlea bt Mohd Emir Hariz' sampuk Emira
' Akak nak tau? Bang Emir dulu tak beku camtu dulu dia la yang paling otak gila suka sakat orang rindu pulak rasa dengan abang yang dulu' Ewan yang sedari tadi diam mula menyesuaikan dirinya dengan sepupu jauh mereka itu 'Baru kalini saya dengar Erwan bercakap'
'Ewan kak bukan erwan' Jelas nya Cuba membetulkan kesilapan gadis itu 'Tapi kan makcik, Kesian Iman.Anis rasa bersalah cakap macamtu tadi kat budak kecik tu' Fazhia sekadar tersenyum kecil
'Makcik faham,Anis sabar tau dengan perangai dia. Iman memang manja orang dia. Mungkin lepas ni lagi manja bila dengan kamu?' Allora Cuba menepis perasaan tidak enak pada dirinya. Dia Cuba untuk memberi kasih sayang kepada anak kecil itu. Sekurang-kurang nya dia harus mencuba kerana dia pun pernah merasa Akan hal yang sama.
Membesar dalam broken family tu adalah sesuatu yang sangat teruk bah kan menjadi nightmares semua orang. Dia rasa sayang kepada anak kecil itu walaupun baru pertama kali bersua muka namun untuk anak kecil itu menganggap nye sbagai ibu? God im not ready for it.
Tapi apa salah nya kalau panggil dia ibu kan bukan nya ibu betol pun lagipn Iman memang anak saudara nya jugak dia juga di kira pangkat makcik mak long seangkatan dengan nya
'Anis? Jauh mengelamun' teguran itu membuat Allora sedikit tersentak sedikit sebanyak perasaan malu timbul apabila kininpandangan nyata tertumpu ke arah ya 'Makcik Anis nak masuk bilik dulu rasa nak mandi lagipn sekarang dah pukul 6 suku' Allora meminta diri untuk berlalu ke kamar mana kala yang lain mula melangkah ke arah dapur untuk mempersiapkan makan malam.
Usai sahaja mandi gadis itu begitu sibuk meratakan skincare ke arah Wajahnya tanpa sedar seorang kanak-kanak terkedek-kedek laju berlari lalu lantas memeluk nya 'Ibu,' ucap nya sepatah. Allora tidak membalas. Dia bahkan terasa geli like you know kau still young and kau tade rasa nak ada anak lagi tiba-tiba ada orang panggil kau mama or like classmate kau panggil kau mama geli bukan?
Bukan tadi kau sendiri yang Cuba untuk membuka hati memberi kasih sayang untuk budak ni ke Allora? Getus hatinya. Betol la apa orang kata hati manusia mudah berubah-ubah terkadang dia berasa kasih terkadang dia rasa geli Akan hal itu
'Iman stop call me ibu I'm not your mom.Geli la' pelukan anak kecil itu Dileraikan. 'Ibu jahat.' ujarnya seraya menangis kecil Allora masih tidak menghiraukan nya sambil sibuk meratakan skincare nya yang tergendala. Keadaan senyap. Ye Iman dah keluar. Rasa serba salah? Emm sikit apa boleh buat sejak kecil dia tidak penah didedahkan dengan kehadiran anak kecil.Kelihatan ruang tamu yang agak sunyi kerana penghuni yang lain masing-masing berada Di bilik untuk berehat. Emir yang duduk santai Di ruang tamu sendirian sambil mata tidak lekang melihat siaran TV berasa sedikit terganggu dengan suara tangisan anak nya. Mata lantas dialih memandang iman yang baru keluar dari bilik si perempuan itu. Lantas kaki kecil itu berlari terkedek-kefek pantas menuju ke arah nya
'iman, nape ni Cuba bagi tau ayah nape sweetheart ayah nangis-nangis? Sapa buat meh ssini ayah marah dia' lembut sahaja pertuturan lelaki itu 'Ibu jahat. Ibu marah iman walau pun iman tak paham apa ibu cakap.' Belakang anak nya diusap perlahan menenangkan anak nya. Salah anak nya juga kerana memnaggil orang tidak dikenali sbagai ibunya
'mungkin ibu stress kot. Iman suka sangat kacau ibu sbabtu ibu marah iman'
'Iman rindu ibu sbabtu iman tanak jauh dari dia tapi ibu macam tak suka iman' tanpa sedar perbualan dari dua beranak itu didengari Allora. Ini membuat kan rasa bersalah nya semakin menebal lalu langkah dibuka perlahan dia mendekati mereka
'iman, meh sini dengan ibu meh' Emir yang leka menenangkan anak nya berasa sedikit terkejut dengan kehadiran Gadis itu 'Ibu jahat. Ibu macam tak suka iman' laju je budak ni bercakap sekali tengok macam bukan berumur 3 tahun
'Yela ibu minta maaf cakap macamtu dekat Iman sapa cakap ibu tak sayang, tadi ibu busy stress sikit' Bibir digigit sekejap. Rasa macam malu pulak membahasakan dirinya sbagai ibu Ahahha siot awkward gila. Allora memandang sekilas Emir yang dari tadi memerhatikan diri nya membuat kan Allora bertambah canggung
Dengan perlahan pelukan pada ayah dilepaskan lalu langkah bergerak ke arah Allora yang duduk bersebelahan mereka
'Boleh tak malam ni iman nak tidur dengan ibu?'
'Kalau nak iman kena Tanya ayah dulu.' Ujar nya sekilas 'nnti ambil Barang iman kat bilik' pandangan lelaki itu dialih kan semula ke arah rancangan sinetron Tv3 'Iman kalau nak tidur dengan ibu ibu tanak la iman panggil ibu dengan panggilan ibu. Ibu nak iman panggil ibu mama boleh?'
Emir tidak bersuara dengan permintaan si perempuan itu malas hendak mengambil pusing entah kenapa terasa seperti dah ada isteri baru pulak rasa
' Kenapa kenapa panggil mama? ' Allora tersenyum kecil ya dia sekarang Cuba untuk menerima anak kecil tu kerana dia kasihan Akan nasib yang pernah dia hadapi dulu, hidup tanpa seorang ibu dan ayah tidak salah kan kalau dia hendak mencuba? ' Ibu adalah ibu dan mama adalah mama. Ibu adalah kisah silam iman mana kala mama adalah your new chapter story paham? ' sedikit sebanyak lelaki itu mengangumi perempuan Di sebelah nya. Jam tangan di lihat seketika, jam menunjukkan pukul 10:40
'Dah lewat dah ni iman pegi masuk tidur' lantas TV dimatikan dan masing-masing masuk ke bilik tidur.So how guys? (^o^)
YOU ARE READING
Terima Kasih, Cinta
RomancePerasaan cinta terhadap berlainan jantina itu sudah lama mati.Love is a pain,yes! Menyimpan perasaan cinta itu membebankan, permulaan ada lah episod bahagia Dan derita ada lah pembayarannya. Bagi seorang insan yang bernama Allora Hanis gadis berdara...