Hari ni tak seperti hari sebelumnya, Tiada panggilan atau kiriman mesej daripada Amirul. Rosyaida gelisah.
Harini dia dan Airin pulang dari Taiping."This is the mailbox for the number 012.......Aihh" Roisyada mengeluh.
"Aik...dia tak angkat call lagi ke?"
"Tak...aku whatsapp tak reply, aku call tak angkat. Mirul sakit ke?"
"Ishh..kau ni cuba husnuzon sikit. Dia mandi ke..apa ke"
"Emmm"
______________________________________
"Lambat kau sampai!?" Amirul meninggikan suara apabila sesudah Rosyaida masuk ke dalam rumah. Dia tidak berpaling melihat isterinya.
"Tadi jalan sesak, tu yang lambat. Abang dah makan? Syai call nak bagitau dekat abang..tapi abang tak angkat."Rosyaida menghulurkan tangan untuk salam.
"Kau tak payah nak tunjuk isteri mithali sangat. Aku penat la tengok lakonan kau!!" Tangan Rosyaida ditolak keras. Matanya masih melihat tv.
Rosyaida menarik tangannya. Dia mula rasa perubahan pada diri Amirul. Riak muka terkejut disembunyikannya.
"Bila masa pulak saya berlakon ni? Abang buat lawak ape ni?"
"Ada aku cakap aku buat lawak ka? Takda kan?"
Amirul mula memandang Rosyaida, sungguh dia rindukan isterinya tetapi keegoan menguasai diri. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya semula di televisyen."Abang ok tak ni?" Rosyaida mula mencari punca. Dia meletakkan tanganya di atas dahi Amirul.
"Kau tak payah nak berlagak baik! Ni apa?" Amirul menolak tangan isterinya kasar dan terus membaling sebungkus plastik berwarna merah kepada Rosyaida.
Rosyaida mengutip plastik itu dan terus membukanya.
"Kenapa kau diam? Betul la kan tu kau punya. Takkan aku punya pulak kan?"
"Saya boleh explaine pasal.."
Amirul tidak memberi peluang untuknya membela diri.
"Tak payah lah kau nak explaine bagai! Aku tak mintak kau explaine! Aku tanya! Benda tu kau punya ka?" Tengkingnya.
Rosyaida diam. Dia sudah kematian kata-kata. Perlahan-lahan dia angguk. Dia tahu perangai panas baran suaminya.
Amirul bangun dari sofa, terus menolak pasu bunga yang terletak di tepi sofa.
"Prankk" bunyi pasu pecah.
"Bushh.." bunyi Amirul menumbuk dinding."Abang.. jangan. Saya minta maaf, saya salah." Rosyaida peluk Amirul dari belakang.
"Kau pergi naik atas! Sebelum kau mati aku kerjakan,baik kau naik atas!"
"Sayaa.."
"Aku cakap naik!" Amirul sekali lagi menumbuk dinding kuat.Rosyaida lari masuk ke dalam bilik, dia takut melihat keadaan Amirul. Amirul mungkin boleh membuat perkara di luar jangkaan.
______________________________________
"Puan Rosyaida dah lama berkahwin?" Doktor Afiq memandang wajah mendung pesakitnya.
"Baru beberapa bulan doktor."
"Saya minta maaf, tapi saya rasa Puan sendiri tahu yang keadaan puan sekarang ni sangat berisiko untuk mengandung."
Rosyaida mengganguk lemah. Sejak dia tahu dia menghidap "intracranial neoplasm (tumur otak)" peluang untuknya bergelar ibu menjadi nipis.
"Saya hanya bercakap yang Puan hanya berisiko, tetapi keputusan terletak pada tangan Puan. Tambah pula Puan baru berkahwin. Saya sebagai doktor hanya nak yang terbaik untuk pesakit saya."
Terimbau perbualannya dengan Doktor Afiq, selepas dia tahu dia menghidap penyakit. Dia terpaksa mengambil pil perancang untuk mengawal dirinya dari hamil tetapi keputusan itu dibuat apabila di melihat Amirul sudah tidak memperdulikannya. Namun, Rosyaida hanya mampu merancang. Apabila dia memilih untuk mengambil pil perancang, suaminya memilih untuk membaiki hubungan.
Ya Allah, bantulah hamba mu ini. Kuatkanlah hatiku. Berilah aku kekuatan untuk menerima semua dugaan ini. Sesungguhnya engkau maha mengetahui.
Hanya itu yang mampu didoanya. Sungguh dia rasa berdosa kepada suaminya. Dia terpaksa melakukan semua ini.
Selepas penat menangis, tekaknya merasa kering, perutnya berkeroncong. Dari tengahari tadi hingga mahgrib, dia tidak mengisi perutnya.
Perlahan-lahan dia menguak pintu, takut Amirul menyedarinya.
YOU ARE READING
I'm Sorry [Completed] ✓
RomancePerkahwinan yang dirancang oleh orang tua di turuti, kerana rasa hormat dan sayang kepada orang yang telah membesarkanya. Perkahwinan yang dirancang membuka naskah baru dalam diri Rosyaida. Atas kerana hormat kepada suami, dia cuba untuk menjadi is...