01

91 24 82
                                    


          How We Meet

     ───── ∙ ~εïз~ ∙ ─────



              
               ✯ 

Taehyung membuka pintu rumah sebaik terdengar ketukan bertalu-talu . hujan renyai mula menghentam bumi . keadaan di luar rumah agak gelap kerana hari juga hampir senja .

" maaf tuan , saya nak tumpang berteduh sekejap kat sini . nampak gaya macam hujan lebat . saya tak bawak payung " ujar gadis berwajah polos itu . Taehyung hanya mengganguk tanda boleh .

" masuklah . nanti basah kuyup pula kau kena hujan . aku ni bukan kejam sangat nak biar kau kat luar . lagipun dah senja . tak elok duduk luar , " pelawa Taehyung .

gadis itu membontoti Taehyung masuk ke dalam rumah . matanya meliar memandang sekeliling rumah Taehyung . dia terpegun . cantik sungguh dekorasi dalaman rumah ini . langkahnya terhenti dihadapan bingkai gambar besar di tengah rumah . dia yakin anak kecil yang dipangku wanita dalam gambar itu adalah Taehyung sewaktu kecil . manis tersenyum . disisi wanita tersebut berdiri seorang lelaki segak berkemeja putih .

' ini mesti potret keluarga ' getus hati kecil gadis itu . dia leka melihat gambar gambar yang berada di situ .

Taehyung berjalan ke arah gadis itu sambil menatang dulang berisi dua cawan air teh panas . dulang diletakkan di atas meja kaca . dia tersenyum sinis memandang gadis itu .

" itu mak ayah aku " suara Taehyung membuatkan gadis itu terperanjat kerana tidak sedar akan kehadiran tuan rumah tersebut . leka . lamunan gadis itu terpancung dek suara Taehyung bagaikan serakan kaca yang pecah berderai . gadis itu mengurut dadanya untuk meredakan perasaan terkejut . dia tersenyum sendiri .

" jemput minum " Taehyung mempelawa gadis itu duduk lalu dia duduk dihadapan gadis itu .

dia melihat gadis itu tidak senang duduk kerana sedari tadi Taehyung tidak menghadiahkannya senyuman walau seinci . dia masih memandang lantai . Taehyung yang perasan dengan tingkah laku gadis itu tersenyum kecil seakan dia telah berjaya menakutkannya .

" lantai rumah aku cantik sangat ke sampai tak nak pandang aku ? " soal Taehyung . seraya itu , gadis tersebut mengangkat kepala memandang kearah Taehyung .

" er-erk maaf tuan . saya takperasan saya lari tadi sampai kesini . saya lansung takpandang jalan . saya tak bawa .. "

" berapa kali kau nak cakap kau tak bawa payung ? kau nak aku halau kau balik sekarang ke ? " belum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya , Taehyung memotong .

" habiskan air itu nanti ikut aku naik atas , ganti baju kau . pakai je baju aku . anyway , nama aku Kim Taehyung . panggil aku V .

gadis itu mengerutkan dahi . nama Kim Taehyung . mana datangnya V tu ? jatuh dari langit ke ? dia menggaru kepalanya yang tidak gatal .

" kau mesti pelikkan kenapa orang panggil aku V ? orang gaji aku yang beri nama tu pada aku sejak kecil . melekat sampai sekarang . mak ayah aku pun dah terbiasa panggil V "

gadis itu tersengih . mengangguk faham . dia menghirup air menghabiskan sisa baki yang tertinggal .

" tuan , dapur kat mana ? saya nak basuh cawan ni "

" tak payah . kau letak je situ . nanti aku basuh . setakat cawan satu tu je , tak luak lah tenaga aku . lagi sekali , jangan panggil aku tuan , panggil sahaja V . " Taehyung terbangun dari duduknya .

Taehyung memanndang gadis itu seraya mengajaknya untuk naik ketingkat atas " jom "

" erm . nama saya Haera , Park Haera " ujar gadis itu lalu mengikut Taehyung naik ke atas .

" ada aku tanya nama kau ? " Taehyung sudah melangkah kakinya ke tingkat atas rumah peninggalan arwah ibu dan bapanya . gadis itu diam membisu .

" it's okay . aku gurau je . Haera . nice name ! kau ni mesti budak sekolah lagi kan ? " soal Taehyung kemudian menolak daun pintu biliknya . sekali lagi mata Haera terbuntang luas melihat dekorasi bilik Taehyung . katil bersaiz king diletakkan di tengah-tengah bilik . dia melangkah masuk ke dalam bilik Taehyung . dia melihat Taehyung memeluk anjing peliharaannya . bulunya gebu sekali .

" baju kau aku letak atas katil . kau pergilah salin . aku tak pernah pakai baju tu . aku rasa muat kot dengan kau . cubalah . aku tunggu luar " ujae Taehyung sambil mengelus lembut bulu Yeontan .

" bagi saya baju t-shirt biasa pun tak apa . baju ni macam baju baru je . segan saya " luah Haera bersungguh sungguh .

" take it or leave it . kau nak balik berbogel ke ? tak malu orang tengok nanti ? " soal Taehyung memandang tajam kearah mata milik Haera . Haera tunduk akur dengan arahan Taehyung . dia segera mengambil baju diatas katil sementara Taehyung melangkah keluar dari bilik sambil membawa Yeontan sekali . pintu bilik ditutup rapat .

" dia ni menakutkan betullah ! dahla nak senyum pun payah . sarcastic pula tu " ngomel Haera sendiri .

" la ni baju kemeja . dah kenapa bagi aku baju ni ? " Haera kembali menyarung pakaian yang basah tadi .

Taehyung yang membelai Yeontan tersedar dengan kehadiran Haera . " kk-kenapa bagi saya baju ni ? ni mesti awak salah ambil . nah ! " Haera menghulurkan pakaian tersebut . Taehyung hanya memandang lalu tersenyum senget . Haera kehairanan . salah ke apa yang dia cakap . lawak ?

" kau ni tak reti appreciate pemberian orang ke ? pakailah . anggap je aku hadiahkan . simbolik perkenalan kita "

      ───── ∙ ~εïз~ ∙ ─────

so how ? best ? kalau best tekan la butang vote alang alang tu comment sekali .

Pay Back • KTH Where stories live. Discover now