Bab 4 - Asal

3.1K 36 12
                                    

Setibanya di lapangan terbang KLIA 2, Malik dah tunggu di 'pick up point' balai ketibaan, dia hanya tunggu didalam kereta bersendirian. Oleh kerana masih awal pagi, kawasan tu agak lengang. Jarang ada kereta lain yang menunggu, kecuali beberapa teksi yang sedang menunggu giliran mengambil penumpang. 'Amacam korang punya "honeymoon?"

Ammar pandang aku dengan senyumannya yang manis. 'Kitorang pergi melawat orang sakitlah! "Honeymoon apa benda?'

'Ceh! Tipu la!'

'Kau tu! Amacam "life"kau dengan dua benda belaan kau tu?'

'Weh kau jangan la sebut pasal benda tu weh! Kang diorang muncul tetiba kat sini, mampus aku kena "outdoor, public" dengan diorang.! Barulah aku popular masuk t.v pulak! "Famous"kat "insta" sudahlah!'

'Ok la macam tu! Baru ada "headline" 'Instafamous, berani mati di KLIA! Bersenggama di Khalayak ramai!' Angan Ammar mengusik Malik.

'Asal pulak? Sudahlah kau! Habis mama macam mama?'  Soalan itu timbul, Malik mahu menukar topik. Kereta yang dipandu sudah menghampiri persimpangan Equine Park.

Ammar diam tak menjawab. 'Dengar tak Ammar? Weh, apasal "boyfriend" kau diam tiba-tiba ni?' Malik soal aku pula.

'Mama ok, cedera je, tapi Zahir parah,' jawabku memandai.

'Parah?'

'Dia koma 3 hari. Sekarang dah sedar.' Sampuk Ammar.

'Weh! Mar, itu hari masa aku duduk rumah kau, ada orang datang, aku tak ingat nama dia, sebab nama dia pelik, pastu gaya dia pelik jugak. Dia tau nama kau weh! Kalau kawan-kawan kau aku mesti kenal.!'

'Siapa?'

'Sorry weh! Aku tak ingat, lagipun masa tu aku memang malas nak layan dia sebab dia nampak macam tengah "high".

'Kalau kau tak ingat macam mana aku nak tolong?'

'Oh ya! Lepas tu kau dapat surat, aku ada letak surat tu kat atas meja makan. Kau ada buat apa-apa tuntutan mahkamah ke? "Legal action?".

'Aku tak tau lah Malik! Ko cakap cam ni sekerat-sekerat aku tak pasti!'

'Takpe ko naik atas, ko tengok surat tu.'

'Tak nak naik ke?' Tanya Ammar setelah kami sampai di "drop off Soho"  rumah Ammar.

'Aku nak baliklah, semalam aku dah tidur sini. Lain kalilah!'

'Ok!'

"Bye" Min!' Kata Malik sambil melambai aku.

'Rajinnya Malik kemas rumah! Lantai pun berkilat!' Kataku.

*  *  *  *  *  *  *

'Mar, ko taknak buka surat ni? Tanyaku pada Ammar
 
'Nantilah aku baca, tak ada mood!'

'Dah cuti 2minggu tak ada mood lagi?'

'Hmm, tak ada. Kalau dengan kau ada!'

'Ee. Ngada.. "honeymoon" lama pun tak puas lagike?'

'Takkan puas! Kalau boleh sekarang pun nak.!' Kata Ammar terus memelukku dari belakang.

'Mar, betul ko taknak buka surat ni? Tanyaku sambil membaca sampulnya yang tertulis "to" Ammar Mikhail bin
Wan Arman Zahrawi, serta cop kecil yang tertulis Zhaffran Zailani Legal & Solicitor.

AMINWhere stories live. Discover now