BC 1 | Gadis Asing Dari Sempadan

396 46 13
                                    

!!!𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓!!!

𝑺𝒆𝒌𝒊𝒓𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 𝒌𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂 𝑩𝒍𝒂𝒄𝒌 𝑪𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓 𝒇𝒂𝒏𝒇𝒊𝒄 𝒏𝒊 𝒅𝒊𝒌𝒂𝒍𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒊𝒎𝒆 𝒐𝒏𝒍𝒚, 𝒂𝒌𝒖 𝒔𝒂𝒓𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊-𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒌𝒆𝒕𝒊𝒌𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒂𝒄𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒇𝒂𝒏𝒇𝒊𝒄 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒕𝒖𝒍𝒊𝒔 𝒂𝒌𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏𝒅𝒖𝒏𝒈𝒊 𝒔𝒑𝒐𝒊𝒍𝒆𝒓 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒆𝒈𝒊 𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓-𝒖𝒑 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝒏𝒚𝒂.

𝑹𝑬𝑨𝑫 𝑨𝑻 𝒀𝑶𝑼𝑹 𝑶𝑾𝑵 𝑹𝑰𝑺𝑲!!!

______________________________________
______________________________________

BC 1 | Gadis Asing Dari Sempadan

Cuaca pada hari itu sungguh indah, tak terlalu teduh dan tak juga terlalu panas. Gunung-ganang yang megah berdiri terlihat sepanjang kawasan bersertakan dengan panorama alam yang tersergam indah. Sekumpulan burung anti sihir yang tadi nya hinggap di pokok mula terbang pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Sempadan diantara kerajaan Diamond dan kerajaan Clover. Disitu lah tempat nya.

Tiba-tiba sesuatu berwarna hitam dengan kelajuan yang mampu membelah angin meluncur di udara. Ia adalah pedang anti sihir yang ditunggang oleh Asta.

𝐀𝐬𝐭𝐚 : "Wah tinggi betul gunung-ganang dekat sini, kalau boleh terbang tinggi dari gunung ni menarik jugak"

Ujar nya sambil mendongak kepala melihat betapa tinggi nya gunung-ganang disitu. Tangan pula menutup sedikit pandangan kerana silau akan sinaran matahari.

𝐋𝐢𝐞𝐛𝐞 : "Bakasta jangan jadi bodoh, kau pun dah tahu yang aku ni takut dengan ketingggian"

Liebe, iblis milik Asta yang bertenggek pada bahu kiri Asta memberi peringatan.

𝐀𝐬𝐭𝐚 : "Berapa kali aku dah pesan jangan panggil aku Bakasta. Ni semua salah Noelle lah ni asyik panggil aku dengan gelaran macam tu sampai dengan Liebe sekali panggil aku Bakasta"

Asta mengeluh berat sambil mengenang setiap kali dia dipanggil dengan gelaran itu di hadapan Liebe.

( 𝐅𝐋𝐀𝐒𝐇𝐁𝐀𝐂𝐊 )

Asta dan Noelle duduk di meja makan sedang menikmati santapan berdua. Seperti biasa makanan yang terhidang dilahap Asta dengan gelojoh sekali. Noelle pada ketika ini sedang memerhatikan cebisan makanan yang melekat pada pipi Asta. Bisikan hatinya menyuruh dia untuk mengambil cebisan makanan tersebut tanpa disedari Asta namun sebaik tangan dia mendekat dengan pipi Asta, Asta menoleh ke arah nya secara mengejut membuatkan dia menggelabah. Asta terkebil-kebil memandang Noelle.

𝐀𝐬𝐭𝐚 : "Noelle apa yang kau cuba lakukan?"

Usai ditegur, muka Noelle bertukar merah padam. Asta memerhati lama wajah Noelle yang berubah.

𝐍𝐨𝐞𝐥𝐥𝐞 : "Ja..jangan pandang aku lama-lama macam tu lah Bakasta"

Kayu sakti dicapai lalu Noelle gunakan sihir air milik nya menghala ke arah Asta sehingga melanggar dinding markas.

𝐍𝐨𝐞𝐥𝐥𝐞 : "Hmph!"

Dia bingkas berdiri lalu menyelak rambut ke belakang.

𝐀𝐬𝐭𝐚: "Noelle apa salah aku sampai kau buat macam tu?"

Black Clover: The Last Hikari ( On Hold )Where stories live. Discover now