SYARAT PERTANDINGAN

425 63 2
                                    

SYARAT PERTANDINGAN | RULES AND REGULATIONS
| EDISI BERWARNA DISEDIAKAN DI BAWAH |

GENRE • PENYERTAAN ADALAH SANGAT TERHAD

> Sebanyak 6 genre akan dipertandingkan di Ealaín Award 2020 iaitu Romance, Thriller, ChicLit, Teen-Fic, Fanfiction, dan Short Story.

1) ROMANCE :

i- Hanya sepuluh (10) karya diterima
ii- Segala kisah cinta berasaskan realiti dan masuk akal sahaja.
iii- Kisah DONGENG, VAMPIRE, WEREWOLF atau yang seangkatan dengannya yang TIDAK REALISTIK adalah TIDAK DITERIMA

2) THRILLER :

i- Hanya tujuh (7) karya diterima
ii- Kisah aksi dan thriller sahaja. Boleh berunsurkan cinta, kekeluargaan mahupun Islamik.
iii- Karya berunsur SERAM, KHURAFAT, SYIRIK adalah TIDAK DITERIMA

3) CHICLIT :

i- Hanya tujuh (7) karya diterima
ii- Sila pastikan anda tahu apa yang dimaksudkan dengan ChicLit.
iii- ChicLit ialah sebauh genre yang bertumpu kepada watak perempuan sesebuah karya.
iv- Karya ChicLit adalah lebih ringan berbanding karya romance, dan audience bertumpu kepada pembaca muda.

4) TEEN-FIC :

i- Hanya tujuh (7) karya diterima
ii- Kategori yang lebih bebas
iii- Boleh berunsurkan apa-apa genre termasuk cinta, aksi, thriller, dan sebagainya tetapi perlulah sesuai dengan kategori FIKSI REMAJA.
iv- VAMPIRE, WEREWOLF, dan KISAH DONGENG adalah DITERIMA.
v- Karya berunsur SERAM, KHURAFAT, SYIRIK adalah TIDAK DITERIMA

5) FANFICTION :

i- Hanya lima (5) karya diterima
ii- Terbuka kepada SEMUA kategori termasuk kpop, pop Barat, C-pop, J-pop, karakter anime, karakter filem atau drama dan yang seangkatan dengannya

6) SHORT STORY :

i- Hanya tujuh (7) karya diterima
ii- Short Story perlulah mempunyai sekurang-kurangnya TUJUH (7) bab dan maksimum sebanyak LIMA BELAS (15) bab sahaja.
iii- Terbuka untuk pelbagai jenis genre.

***

SYARAT AM BAGI SETIAP PENYERTAAN :

1) Karya adalah asli, hak milik sendiri.
 Karya yang didapati meniru atau adalah hasil plagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta.

2) Terbuka kepada semua pengguna Wattpad tanpa mengira usia mahupun bangsa

3) Setiap karya perlulah mempunyai sekurang-kurangnya LIMA (5) bab untuk penilaian para juri.

4) Karya tidak mengandungi sebarang unsur LGBTQ+, unsur-unsur seksual dan dewasa yang keterlaluan.

5) Penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti bahagian tubuh secara seksual, perkataan-perkataan berunsurkan hubungan seks, dan yang seangkatan dengannya adalah DILARANG sama sekali.

6) Karya yang mengandungi konten berbaur lucah sama ada secara IMEJ, GRAFIK, BAHASA, atau AKSI akan dikecualikan daripada bertanding.

7) Karya yang mempersendakan agama atau bersifat perkauman serta menunjukkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum juga TIDAK DITERIMA untuk bertanding.

8) Karya perlulah menggunakan Bahasa Melayu dan penggunaan bahasa asing adalah dibenarkan dalam jumlah yang berpatutan.

9) Setiap peserta dikehendaki mengikuti (follow) akaun @ooze_diary serta vote setiap bahagian buku ini.

10) Satu penulis, satu karya sahaja.

PENTING! PENTING!

> SILA FOLLOW AKAUN @OOZE_DIARY
> SILA VOTE BUKU INI
> SILA POST SOAL BUKU INI DI MESSAGE BOARD ANDA
> SILA TAG #EALAINAWARD PADA KARYA YANG DIPERTANDINGKAN
> LETAKKAN BUKU INI DI DALAM READING LIST ANDA

> SILA FOLLOW AKAUN @OOZE_DIARY> SILA VOTE BUKU INI> SILA POST SOAL BUKU INI DI MESSAGE BOARD ANDA> SILA TAG #EALAINAWARD PADA KARYA YANG DIPERTANDINGKAN> LETAKKAN BUKU INI DI DALAM READING LIST ANDA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ealaín Award 2020 | WINNER ✓Where stories live. Discover now