Aku melepaskan satu keluhan yang agak berat lalu buku yang berada di tanganku aku buka perlahan. Sekejap sahaja aku tatap buku tersebut dan kembali mengalihkan pandanganku kehadapan semula.
Aku merenung air laut yang berombak dan sekali sekala menghembuskan angin yang sepoi sepoi bahasa kepadaku. Tatkala ini aku berasa tentang seketika namun tidak sampai beberapa saat kemudian aku kembali berasa seperti satu perasaan yang bercampur baur hadir di dalam hatiku ini.
' Ya Allah, kenapa setiap kali aku fikir tentang dia pasti akan muncul satu perasaan yang sukar digambarkan? '
Tanpaku sedari pipiku mula basah akibat daripada beberapa titisan air mata yang jatuh. Aku mengusap air mataku. Cuba ku tahan untuk tidak terus mengalirkan air mata yang akan deras jika aku tidak berjaya pertahankan tembok kekuatan diriku sendiri.
Namun, apakan daya. Aku juga manusia biasa. Hamba Allah juga. Sekuat mana aku cuba untuk bertahan, tembok itu juga tetap akan musnah.
Ya, aku tidak berjaya untuk pertahankan tembok ini pada kali ini. Buat kali yang kedua, aku tidak berjaya. Sebelum ini selalu berendam dengan air mata tetapi kali ini empangan pula tidak kukuh lalu membanjiri pipiku.
Tersedu sedan aku menangis. Aku tidak dapat mengawal diriku lagi kali ini. Aku tidak kisah lagi siapa yang berada di sekelilingku kali ini. Biarlah apa pun yang orang nak kata yang penting aku ada bersama Allah.
🥀
Sampai bila aku kena sembunyikan rasa cemburu, rasa sedih, rasa marah dengan menampalkan gelak ketawaku di hadapan?
Sampai bila?
Aku cuba untuk perbaiki diriku sepanjang aku bersama dengannya. Tapi, kenapa dia sanggup buat aku macam ini?
Bohonglah kalau aku tak cemburu, sedih, sakit yang paling penting bila aku nampak dan baca dengan mata aku sendiri semua kata - kata manis ataupun perbualan yang manis diantara mereka berdua.
Siapa dia yang aku maksudkan?
Baiklah, sememangnya aku pun tiada hak untuk bersikap berlebih - lebihan sebab dia pun tiada apa - apa kaitan dengan diriku. Tapi, dia tahu yang aku juga turut meminatinya dan dia juga meminatiku juga.
Tapi, sayang seribu kali sayang. Aku juga sangsi dengan setiap kata - katanya kepadaku. Kerana dia juga berkata sedemikian kepada perempuan lain. Itulah yang meninggalkan aku tanda tanya sama ada dia benar - benar ikhlas dengan diriku ataupun semata - mata ingin mempermainkan aku?
Aku penat.
Aku sedih.
Aku sakit.
Semua aku rasa.
Tapi, aku takut untuk luahkan perasaan aku kepada sesiapa kecuali Engkau Ya Rabb.
Aku rasa begitu sakit bila melihat ayat - ayat manis yang aku sendiri tidak boleh terima dia buat begitu walaupun aku tidak tahu niat sebenar dia.
Apa yang harus aku lakukan?
Aku menangis pun tiada guna sebab tiada siapa yang tahu apa yang aku rasa melainkan Engkau.
Adakah ini cara dia ingin membalas dendam terhadapku?
Aku sedih dan sakit.
🥀